Showing posts with label story of life. Show all posts
Showing posts with label story of life. Show all posts
Monday, 21 January 2013

.2013. this is the starting



selamat tahun baru 2013..
hepy new year 2013..
ok, dah lambat. dah tak ada orang nak wish.
tapi still dalam bulan januari kan?
the first month of this year..
so, my wish is still valid. 
ahaks. ikut suka hati je.. >.<

azam.. azam.. azam..
azam tahun lepas dah tutup buku..
before tu checklist mana tercapai n mana tak..
*yang saya punya seriously jangan tanya mana yang capai n mana yang tak*
hehehehe..
sebab, everyday i have a new list of my azam
ok, tipu. lupakan..

azam 2013.. insyaALLAH.. <3

in term of 'ROHANI'
1. perbanyakkan 'dating' bersama DIA.
2. banyakkan membaca surat2 cinta dariNya. (mungkin boleh tambahkan khatam kitab cinta tu kan)
3. sentiasa awal dalam memenuhi janji bertemu dengannya (kita sentiasa mahukan sesuatu berlaku cepat pada masanya. nikmat dan pertolongan datang secepat yang mungkin tapi adakah kita secepat mungkin menunaikan janji menunaikan ibadah padaNya apabila telah tiba masanya. muhasabah diri. )
4. more protect yourself. be a good n better muslimah than yesterday. <3

in term of 'FAMILIA'
1. be a good daughter for my parents, a good sister to my elder sister n younger brother (dah baik kot selama ni, tapi nak up skit. ahaks. over perasan gila)
2. always be there for my familia whener they need me
3. mission to make the always smile. familia the first priority
4. fullfill my promise to my parents (what it is? secreto de amor. ahaks)
5. jaga maruah diri keluarga. nama baik diri n keluarga..

in term of 'AKADEMIA'
1. give more more more n more effort for my studies.
2. never give up. try my best n insyaALLAH HE will settle the rest. =)
3. continue to make sure 'my journey' succeed n reach the final destination.
4. minimize the stress. already know what the bad effect from that.
5. practicing myself to be a good pharmacist in future!

yang tu je kot untuk kali ni. yang simple mimple tu simpan dalam hati n fikiran je la. hahaha..
i have learnt a thousand of things from the previous years.
i know that ALLAH already choose for me the best path n i just have to go through it with HIM. always remember that HE already there to help me up. n when i failed, HE make me that so in future when i success i know the truth value of it. 
i will never regret with every sadness, bitterness n difficulties in life that i have to face it.
why?
because i learnt how to be strong
i learnt to live by myself without depends on the others
i learnt how to be patient when the world against me
n i also learnt how to smile when i was hurt by other people.
n all of that are great experience for me. seriously it was. =)

thank you ALLAH for this memories.
alhamdulillah for everything that happened to me.
n insyaALLAH today will be better from yesterday for the brighter tomorrow..
=)
<3





Wednesday, 5 September 2012

InsyaALLAH.. this is the best for u..


applikasi permohonan ke matrikulasi untuk sesi 2013/2014 dah dibuka.. gatal2 print screen my adik punya borang.. heeee.. sebab masa tu tak print lagi n malas nak salin no siri, jadi inilah jalan mudah.. :P


yang pilihan kolej tu saya yang klik.. hehe.. eh, tapi ni bukan paksaan yer. pilihan ini dibuat demi kesejahteraan semua pihak.. eceyh..
sebenarnya, sebelum ni, adik saya sepatutnya nak pilih matrik di melaka, johor n terengganu (sebelum dia tau terengganu tak ada matrik). konklusi, dia dah plan dengan kawan2 dia nak ambik yang jauh2. tak nak ambik yang kat utara2 ni.
mula2 dia tnya saya, tapi jawapan saya hanya satu, keputusan kat tangan dia.. kamu sudah cukup dewasa untuk buat keputusan kamu sendiri, dik.. :) tetapi, ternyata hasratnya dihalang keras ayahanda n ibunda tercinta.
satu jam berlalu depan internet tapi tak mampu2 lagi nak klik pilihan kolej tu. baru nak isi borang matrik pun ambik masa sejam. saya aritu 5 minit je..
ketika dirinya di hadapan laptop, sambil mendengar bebelan bonda (sebab dia nak dok jauh tu) , matanya masih kekal menjeling saya. hehe.. jadi kejam, buat muka tak tau sambil tersenyum memang sangat best.. haha.. maaf la yer dik, pabila ahli majlis tertinggi telah bersuara, yang ahli rendah2 ni boleh senyum je,,
dan saya pun menolongnya dengan mengambil mouse laptop dan meng'klik' satu persatu pilihan kolej seperti di atas.. sambil muka adik saya masih cengeng dengan penuh berharap saya menekan yang lain..
HAHAHA...
tapi lepas tu dia tak usik atau ubah pilihan kolej tu.. :)
i know dik u have a soft heart. takkan mampu kecewakan orang.. kan? kan?
*tapi after tu sempat lagi bisik kat saya, "isi kat asrama aritu takpa"... hahaha.. noty yer kamu..*
don't worry, one day u can further study far from house, but for now, InsyaALLAH, this is the best choice, okay.. chill, yeah! :)

KATA 1: pilihan saya dulu sebijik macam ni jugak tapi posisi pilihan 1 dan 2 tukar tempat.. (bocor rahsia).. haha.. Alhamdulillah akhirnya saya mendapat pilihan pertama saya..
KATA 2: apa pun jadi, bagi saya tetap 'KMK U ARE THE BEST'.. <3 <3 <3


Sunday, 20 May 2012

Sepanjang Rawatan (catatan akhir)

catatan terakhir?
catatan ini merupakan sambungan dari catatan sebelum ini yang bertajuk Sepanjang Rawatan...
sepatutnya dah lama catatan tapi sebab masih belum ada kekuatan terpaksa ditangguhkan..
walaupun bukanlah nak kata sudah sangat kuat tapi alhamdulillah makin kuat.
setiap yang berlaku ada hikmah di sebaliknya..
dan kita mesti teruskan hidup walaupun apa yang berlaku..
itu yang sebaiknya..

sambungan...
setelah doktor di Hospital Lam Wah Ee memberikan kata putus dan cadangan supaya melakukan pembedahan kecil itu akhirnya kami beralah.. tau akan jawapan yang bakal diterima..
tidak mungkin cadangan ini mendapat persetujuan tambahan pesakit sendiri enggan dibedah. akhirnya mereka pulang.. meneruskan perubatan di sana..saya telah meminta doktor menyediakan surat rujuk agar dapat meneruskan rawatan yang lain di hospital lain..keputusan makmal, komen-komen doktor semuanya saya sertakan dan berikan kepada anaknya..semoga ada lagi ikhtiar yang dapat dilakukan.. tiada berita setelah itu dan andaian saya semuanya baik.. dalam beberapa minggu selepas tu, anaknya menelefon saya.. bertanya khabar dan sekali gus menceritakan perkembangan pesakit.. menurut anaknya, tekanan darah pesakit tiba-tiba turun bawah normal. mereka telah berhenti memberikan ubat hypertension yang diberikan doktor. saya jadi pelik. agak mustahil seorang pesakit yang mempunyai penyakit darah tinggi untuk darahnya turun bawah normal. sedangkan mama saya yang masih makan ubat juga tidak pernah darahnya dibawah normal. malah untuk mencapai normal juga agak susah. tiba-tiba perasaan saya menjadi tidak sedap. keadaan saya semasa nenek saya meninggal. tekanan darahnya yang tinggi tiba2 turun bawah normal di saat akhir sebelum nenek hembuskan nafasnya yang terkhir. masa tu satu je nasihat untuk diri sendiri. think positif! nothing happen. mungkin kesan ubatan herba atau sebagainya. bila di kampuang pengambilan herba n ubat2 tradisional kan macam biasa. ok, positif.. anaknya juga sempat maklumkan kepada mama saya yang mata pesakit sekarang sudah kuning. mama terdiam dan sempat berbisik kepada saya yang penyakitnya itu telah sampai ke hati. hanya doa yang mengiringi agar semuanya akan kembali baik. tetapi ternyata ALLAH maha mengetahui. seminggu selepas itu iaitu 18 April 2012, saya mendapat sms memberitahu yang pesakit akhirnya telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di rumahnya lewat tengah malam itu.. Innalillah.. dan ketika itulah saya menangis tidak henti hinggakan romate saya sendiri terkejut.. saya baru berhasrat nak ke rumahnya minggu hadapan tapi ternyata saya terlambat. :'(

saya tidak dapat pulang dan hanya seminggu selepas itu saya berkesempatan untuk ziarah kubur arwah.. dan ketika itu saya mendapat tahu cerita setelah pesakit pulang. setelah pulang, anak-anaknya tetap tidak berputus asa. meneruskan segala rawatan. pernah mereka berkunjung ke satu tempat yang mana terdapat perubatan cina cara tradisional. tapi menurut anaknya orang di situ seakan2 telah mengetahui keadaan pesakit dan hanya memberikan beberapa ubat tanpa memaklumkan untuk rawatan selanjutnya. kurang puas hati akhirnya buat keputusan tak nak ke situ lagi. selepas itu ada orang cadangkan satu ubat. bukan precribed by doktor n tak silap thats medicine was under research but already tested and used by a lot people n its work. 4 Life Transfer Factor. supplement used to boost the immunity. thats what can i concluded based on my reading. but for me, still every medicine have their own effect and will give differ efficacy. keberkesanan sesuatu ubat itu tetap bergantung pada pesakit itu sendiri. saya tidak prejudis terhadap ubat, mana mungkin sebab inilah masa depan saya. tapi saya memberikan pandangan dari perspektif saya sendiri. bicara seorang bakal ahli pharmacist. dan sudah pasti kos ubat itu tersangatlah tinggi. tapi selagi mampu, tetap akan diusahakan. kasih anak2.. pada mulanya memang berikan kesan yang positif. mata pesakit yang pada mulanya kekuningan mula surut. tapi keadaan ini tak lama. selepas beberapa hari matanya kembali menjadi kuning dan kesan itu tidak lama dan mereka akhirnya hentikan pengambilan ubat tu. matanya kuning dan semakin lemah. dua hari terlantar lemah di katil akhirnya dia pergi untuk selama2nya.. :'(
itulah kisah di saat2 terakhir yang diceritakan kepada saya.

berapa hari air mata sayang masih tidak kering. tambah bila ternampak gambarnya dalam fon saya. saat tu air mata menitik lagi. masuk kelas physic pharm dengan mata merah. first time! tak ada siapa berani tegur. saya masih membayangkan saat saya menguruskan perubatan pesakit semasa di sungai petani. bila difikirkan kembali betapa ALLAH berikan saya peluang untuk berbakti kali teakhir. kenapa saya katakan begitu? sebab serius masa di hospital lam wah ee, jika kesabaran tak tinggi memang tak kan jadi rawatan disitu. kenapa? hanya ALLAH je yang tau. beberapa hari kami terpaksa berkampung kat hospital tu dari pagi sampai petang semata2 untuk berjumpa doktor 5 minit. dan pernah sekali kami tunggu berjam2 semata2 nak dengar jawapan 'keputusan makmal belum siap'..
what? memang masa tu tak boleh diterima..
tapi masa tulah saya rasakan ALLAH telah berikan saya kesabaran yang sangat tinggi. sampaikan mama saya berulang kali tanya 'tak penat ke', 'tukarlah.. ma pulak tunggu.. za tunggu luar ke jalan2 dulu', atau 'serius kalau ma yang tunggu macam ni, memang ma nak mengamuk', 'dahla. jom balik'.. hanya senyuman je jawapan saya. kenapa? entahlah walaupun berjam2 menunggu n adakanya lari naik turun lif, masuk keluar makmal berulang kali untuk settle segala test n ambik keputusan, buat bayaran, ambik ubat dan sebagainya. malah tidur pun tak cukup. saya sikit pun tak rasa penat. saya tak tau kenapa. saya sendiri jadi pelik n bila sekarang baru saya faham kenapa. terima kasih ya ALLAH.. sebab saya merasakan yang saya juga telah berusaha untuk lakukan yang terbaik walaupun gagal. at least i have do something for him. alhamdulillah..
saya masih teringatkan dia. sangat. tapi saya tau yang pergi takkan kembali. datz i have to remember most. rasa macam dah terlebih panjang pulak catatan kali ni. saya bukan buat catatan ini untuk suka2 tapi ia adalah perkongsian untuk orang2 tertentu dan pastilah untuk saya juga. doa saya semoga segala2 yang berlaku menjadi titik permulaan untuk kehidupan yang baru. saya kena kuat. berat mata memandang berat lagi bahu memikul. kuatkan aku ya ALLAH.. insyaALLAH..

KATA 1: bagi menghormati dan menjaga hati semua pihak, tiada gambar yang dapat saya sertakan. malah saya sendiri telah buang semua gambar dalam fon saya sendiri. bukan buang terus tapi saya simpan dalam laptop n semoga satu hari nanti saya cukup kuat untuk menatapnya kembali. dan seperti yang selalu saya katakan.. 'i dont delete it to forget all of this things but i want to keep it hide for a while n let it remain it in my heart for forever'.. insyaALLAH.. =)



Friday, 20 April 2012

takdir

semua dah cuba yang terbaik.
semua dah lakukan apa yang termampu. 
namun semua ketentuan di tangan ALLAH..
tiap yang berlaku tepat pada masanya.
tepat pada waktu yang sepatutnya..
ini yang terbaik, walaupun berat nak terima..

i promise to myself to let everything go..
not to forget, but just to keep it in my heart..
whatever happen it will stay there..
not just now but forever..
i'm sorry for all the mistakes..
i'm sorry for all the lies.
but i do it for a reason.
that only ALLAH knows what it is..

accidently open the folders containing all the pictures.
saw that pictures, my tears come out again..
za, ingat lah.. ini yang terbaik..
takdir ALLAH tak ada siapa mampu halang..
apa yang mampu buat, bersabar n terima semua takdir ini,.
ini yang terbaik..
berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

tears..
please.. do not come out again.. :'(

KATA 1: akan kemaskini balik gambar2 dalam laptop ni. simpan baik2, sampai satu masa bila dah kuat, boleh bukak balik. sebab? memories should not been forgetten, because it was our diary. it should be kept in our heart and let it forever in there. =)


Thursday, 15 December 2011

a day of my 20th


then, this post not supposed to be post on today,, its supposed to be post on my birthday on 4th December.. Tapi atas sebab-sebab tertentu, boleh jer,, :p
konon-konon tak nak balik rumah kan, semua dah buat muka kesian, pergi lagi lecture dr.Amin pukul 8 malam tu.. memang innocent gila,. kuliah dr.amin tamat awal pukul 9.30 malam tu selepas habiskan semua lecture dia untuk semester ni dan sedikit taklimat tentang coursework kami.. how to upload you journal, how to upload your video on youtube n bla...bla..bla..
tapi akhirnya jam 11.30 malam tu, my parents come wif my brother to take me home...waaaaaa.. sangat hepi.. n finally i reached HOME at 1.30 am (4th December).. sebab kami singgah makan dulu kalau tak dari usm ke rumah dalam 1 jam lebih-lebih sikit jer..
dah tau dah takkan boleh buat apa kat rumah, just bawak balik laptop and notes skit2.. budget nak study la kan..
the day sangat awesome.. awl-awl lagi dah keluar.. sebab my father promises nak belanja makan kat luar.. hehehe




jalan-jalan n petang baru balik.. balik awal sebab my dad ada keja sikit nak jumpa orang pukul 6 petang tu.. petang tu gak nina mesej suruh datang bilik dia makan durian.. sebab dia tak tahu pun saya balik.. hehe.. sangat la kecewa kan, ye la dah lama tak makan durian.. tapi kekecewaan tu sekejap je sebab bila lepas my father balik dari appoinment kat luar tengok-tengok my dad bawak balik durian... wahhhh.. (sebenarnya tak tau pun sebab my dad tak bawak masuk, my adik yang bising-bising kata bau durian, then selongkar habis kereta-kereta).. haha.. sangat terharu.. sebab my dad kata kesian tengok muka kecewa saya.. haha..
dan lagi satu perkara yang buat saya kegembiraan saya tahap giga adalah sebab ni:


hahaha.. my first besday present for this year.. thanx so much my dearie brother.. luv u more than u ever thought.. touchingggg.... sayang sangat-sangat spongebob ni, tiap ari kena peluk.. haha.. my mum panggil benda passport kaki kecil.. seriusly sampai sekarang saya dan adik tercari-cari apakah kaitannya.. haha.. malam tu keluar lagi, sepatutnya nak pergi majlis sambut menantu kat rumah husband kak yang tapi tak jadi.. nampak la konvoi kereta ke rumah husband kak yang kat sungai layar.. memang hebat la kan, hampir 20 buah kereta.. wahh.. kagum sebentar..

SELAMAT PENGANTIN BARU KAK YANG, SEMOGA BAHAGIA HINGGA KE AKHIR HAYAT... AMIIINN...

pada hari tu jugak dapat makan secret recipe.. credit also to my brother yang tolong realisasikan impian sis dia yang terlampau tinggi ni.. haha.. episod makan pada hari tu diakhiri dengan ini..


my brother dapat ni sebab masuk contest newspaper NST tu.. masuk je dapat pizza.. dengan jahat bertanya, kenapa hantar satu je penyertaan, kalau tak boleh dapat 2 pizza.. haha.. gila demand.. dia dengan jegil mata berjawab," dulu masa masuk kena buat apa? poster je kan.. ni tau tak kena buat magazine.. memang hebat la kan nak hantar banyak-banyak".. erkkk.... hehe... apa-apa pun thanx so much yer dik, tunggu saya balik semata-mata nak makan sekali even dia dah lama dapat kupon pizza ni.. sayang juagk kat akak dia ni.. (^^)

"I LOVE MY FAMILY SOO MUCH.. THANX FOR THE BEAUTIFUL MEMORY"

i am officially turn 20th.. no more teens life.. i'm not become more older but i come more sweet.. my sweet 20th.. =)
telah 20 tahun berada di bumi ALLAH ini, moga diri ini menjadi lebih matang dan lebih bertaqwa kepada Yang Maha Esa..

video untuk kali ini:


insyaALLAH my luv for u will not fade even how much the times goes by

KATA 1: katil saya sekarang penuh
dengan spongebob.. haha..
KATA 2: saya hanya balik rumah untuk satu hari, sangat tak puas.. tak tau dah bila boleh balik.. adakah selepas finaL? sangat tough la kan.. mampukah? haha

Friday, 9 December 2011

Fon rosak!!!


*calling my mum*
saya: ma, fon rosak.. sedih...
mama: fon yang mana? yang merah ke?
saya: ha'ah.. (dalam hati, klu yang lagi satu ni xkesah sangat.. ok, kejam.. ).. tapi dah hantar kedai dia cakap tak tau apa yang rosak, ahad baru siap.. kalau tak boleh macam mana? ==
mama: tak pe la tunggu dulu ahad ni macam mana.. nanti kol ma lain bagitau macam mana. kalau boleh rezeki la tu, kalau tak boleh beli je la baru.. lija kan banyak duit.. dah expired kot fon tu.. haha
saya: errrrrrr......
*the rest is history*

KATA 1: agak-agak kalau beli baru, mama i nak support tak??
(mood:sad+desperate=i want my fon back!!!)
KATA 2: Al-Fatihah buat adik Al Azim yang telah kembali ke Rahmatullah kerana jangkitan leptospirosis.. semoga dirimu tenang di sana dik n ditempatkan di tempat orang-orang yang beriman.. amiin.. takziah buat keluarga.. n semoga cepat sembuh yer abang (kembar al-azim, sorry tak ingat nama) yang turut ditahan di hosptital kerana mempunyai simptom-simptom yang sama.. dengar cerita mereka baru beberapa hari pulang dari mandi manda di sebuah pusat rekreasi di Tupah, Kedah.. n menurut my mum, tempat itu dahulunya telah dipagar atas sebab keselamatan tapi kini dibuka semula.. kenapakah? saya tidak tahu.. ==

*sometimes we do not know the reasons for something because only ALLAH knows the REAL story of our life*

Sunday, 20 November 2011

orang yang sunyi

<3 Assalamualaikum <3


baru balik dari deeparaya (deepavali+hari raya) celebration kat foyer school pharmacy.. roomate tak balik lagi (actually kami lari awal sebab rasa macam boring duduk lama2 dalam tu).. so, duduk la dalam bilik ni sorang2.. janji pada diri sendiri nak siapkan practical dosage.. siapkah untuk malam ini?? hurmm
dapat satu quote untuk dikongsi.. untuk dijadikan peringatan+penghayatan untuk diri sendiri..


bila fikir2 balik betul jugak. orang yang senantiasa berusaha untuk gembirakan orang lain ni sebenarnya sangat sunyi.. disebabkan mereka faham erti 'sunyi' yang sebenar, jadi mereka berusaha supaya orang sekeliling mereka tak rasa apa yang mereka rasa.. temani mereka kerana mereka begitu sukar menuturkan perkataan yang menggambarkan betapa mereka amat memerlukan kita.. :'(
seperti kita lihat orang yang penuh dengan kegembiraan dan senantiasa tersenyum seakan-akan dalam hidupnya tidak pernah sekalipun ditimpa masalah adalah orang yang paling menyedihkan.. kenapa?? kerana kesedihan dalam diri mereka terlalu besar sehinggakan mereka sangat menghargai kegembiraan yang walaupun kecil.. dan kerana mereka sudah biasa dengan kesedihan, mereka menjadi begitu bijak dalam menyembunyikan perasaan dengan melahirkan sebuah senyuman yang berjaya mengaburi 1001 pasang mata..

mutiara kata :
Sometimes we struggle through a tasteless coffee till the last sip
&
we find sugar lying at the bottom
^^That's Life^^,
Enough sweetened but not stirred well... ♥
For real.. May ALLAH help us to stire our coffee well.!!!

kata 1: setiap orang ditimpakan musibah dan dugaan yang sama rata walaupun dalam bentuk yang berbeza
kata 2: minggu ini sangat letih+lelah.. kelas awal pagi berterusan hingga malam, presentation untuk management minggu ini? wah!!!
kata 2: my adeq sudah selamat menjadi penganggur di rumah sehingga cuti persekolahan tamat.. saya mengaku saya sangat jeles.
Thursday, 17 November 2011

stuck in my heart

<3 Assalamualaikum <3


selesai dengan kuiz bichem.. Alhamdulillah.. ok ke tak?? erk.. itu belakang kira... nasib sangat baik n syukur sebelum masuk test sempat terpandang principle of salting out.. kalau tak 10mark tu akan melayang2 ucap selamat tinggal kat aku.. huhuh.. after dari pukul 8 malam sampai 1 pagi menghadap biochem, structure amino acid sempat hafal semalam tapi tak banyak, agak kecewa sebab hilang markah kat structure yang tak sempat hafal.. huhuh.. :'(
tapi, syukur lah dengan at least kertas tu tak kosong kan.. =)
balik test, management kelas cancel, so, terus balik bilik..
buka fb, twitt n so on.. =)
tiba2 rasa rindu :p

gambar apa ni.. this is one of my favourite picture,, serius.. last party of 5Zarqali aka 5Udayana.. on farewell party.. masa ni aku jadi mc dengan my twin.. who?? tu yang sedondon dengan i pakai warna pink..
serius masa ni sangat susah nak paksa my twin ni nak guna 'pink' theme(actually tiap couple kena guna theme yang berlainan.. sje pilih pink sebab my twin ni memang allergic gila la dengan 'pink' colour ni.. hehe.. saya sangat jahat n saya mengaku.. (^^)
tapi demi kesiankan twin dia ni so dia dengan rela+berat hatinya mengikut kata hati i..
yeay!
masa ni gak tiap orang akan dapat hadiah dari SA (secret admire) masing2 n kita pun kena bagi kat SA kita.. errrrr??
siapakah SA saya n dalam diam saya ni SA kepada siapa??
well, all be the secret of the paper yang dicabut.. undian dilakukan n sebarang bantahan tidak dilayan.. eceh..
dan ditakdirkan my SA lelaki n saya pun SA kepada lelaki gak..
sebelum majlis, semua orang kena bagi surat or something like that kat orang yang kita minat ni..
creadit to husna yang banyak bagi dorongan+galakan+bantuan..
masa tu saya jadi sangat nakal..
hehehehehe,,,
kepada orang yang saya minat dalam rahsia tu (translate dari SA), ampun maaf yerr.. =)
n kepada SA saya, terima kasih daun keladi for all the presents really2 appreciate that even mula2 touching sebab tak dapat surat..
(^^)
serius rindu kelas ni, rindu my maktab ni, my frens n my romate+housemate..
semua dah bawak haluan masing2, most of them are currently in egypt ( a doctor to be)
wherever you are hope one day we can meet again..
semoga kejayaan milik kita bersama.. =)
luv u all..

our currently official website:


kata 1: ZARQALI actually our class's name tapi udayana tu nama special untuk kelas kami.. =) sebab? tu kena tanya orang bertanggungjawab.. =)
kata 2: munira di IIUM, husna di China, sangat rindu mereka.. :'( nanti balik kita dating together2 ok.. =)


Wednesday, 26 October 2011

a story to tell..

<3 Assalamualaikum <3



hari ni off ke guar cempedak.. buat apa?? saja membuang masa n jalan2 wif my parents and my uncle n of course dengan 2 orang budak yang nakal tu.. :)
jalan2 sambil beli barang sikit.. nak dekat balik my father tanya tak nak beli ke kain sembahyang yang baru alang2 dah keluar.. yang lama ada lagi tapi tinggal satu sebab yang lagi satu dah koyak so my dad kata beli je la yang baru kat sini.. jalan punya jalan my mum xlarat dah then suruh kami je pergi cari.. so jalan la me, my mak cik and 2 orang kanak2 tu.. hehehehe..

nak dijadikan cerita kat tempat terakhir kami pergi cari kain sembahyang tu, terjadilah satu peristiwa.. bukan kami memilih tapi my mak cik cakap beli yang buatan indonesia biar elok sikit.. dah alang2 ramai yang jual saja la nak wat perbandingan harga dulu sampailah ke satu gerai sorang mak cik ni.. my mak cik dah minta kebenaran nak buka n nak try jap kain sembahyang tu n mak cik tu dia je so kami consider dia xkisah.. ok la tapi terlalu terang sangat corak dia n harga dia quiet mahal dari gerai yang sebelum ni kami tengok.. so my mak cik cakap tunggu sekejap nak pergi tanya my mum sebab kami xbawak duit (actually alasan je la xkan nak direct cakap tak nak lak kan) n mak cik tu tiba2 marah.. kata2 mak cik tu yang sempat aku ingat:
"isyh kenapa tak cakap nak pergi tanya mak dulu.. buat apa nak tnya mak.. ni dah try bru nak bagitau... bukan senang nak lipat kain sembahyang ni balik.. ni kain sembahyang ni kena lipat elok2 tau.. lain kali bagitau la dulu nak tanya mak xnak beli lagi n bla2.... dah la bukak sampai dua.."

sentap jugak tapi kami diam je.. my mak cik dah laju kedepan, aku lambat skit sebab nak tarik budak 2 orang tu lagi... aku ingat nak say sorry tapi amarah mak cik tu tak habis lagi rupanya.. sempat lagi.. n ayat ni benar2 wat aku tersentap..
"nanti orang masuk meminang orang kata nak test dulu baru bagitau nak ke tak..pastu bagitau tak nak.. baru tau"

aik?? apa kena mengena lak beli barang dengan masuk minang? tak ada kaitan kan.. n kenapa perlu menyumpah orang.. harga maruah n harga sesuatu barang tak sama.. harga maruah sangat tinggi untuk dinilai.. sangat tersentap dengan kata2 itu.. tapi macam kata my mum n my dad kata
"sabarla, mungkin rezeki dia kurang arini, jadi dia mood tak baik.. or mungkin tadi dia marah kat orang lain tp tertempias kat kita.. biar je la, bukan kita kenal pun dia.."
sabarlah hati.. bukan dia yang tentukan jodoh n takdir untuk kita tp Allah S.W.T.



n hari ni aku dapat satu lagu ni untuk dikongsi.. sangat best n menyentuh hati..



<credit to Dunia Sarah >


 

Template by Web Hosting Reviews