Showing posts with label relax. Show all posts
Showing posts with label relax. Show all posts
Monday, 27 January 2014

Let it go





u dont need 1000 words to calm u down.
to cheer u up.
to give u a smile.
to give u a courage.
u just need a space with a people that giving u a word.
not everytime but at the right time.. =)

yang tak tengok frozen mohon tengok. yang malas nak tengok, boleh just google lagu2 dia kat youtube. sangat best. the lyrics and the songs. very recommended. rasa macam nak ulang2 dengar lagu dia. 
that happened when i'm become addicted. =)


Thursday, 27 October 2011

secukup rasa (e-karya)

<3 Assalamualaikum <3


saja nak kongsi novel my feveret writer..















Thursday, 1 September 2011

40 hari aku merajuk!

Cerpen : 40 Hari Aku Merajuk!

Oleh : Wazrul Shah & Osie


“AWAK, dekat sini kita kawan aje tau,” katanya.
“Sampai bila?”
“Tunggu masa sesuai,” Ringkas dia menjawab.
“Okey.” Dan mereka berpisah.
Sunday, 31 July 2011

aiseyman, driver je??

Cerpen : Aiseyman, Driver jer??

Oleh : Arasharrina

JAWATAN : PEMANDU PERIBADI DIKEHENDAKI (Full time / Part time)
JANTINA : LELAKI / PEREMPUAN
UMUR : 25 TAHUN KE ATAS
………………………………………………………………………………………………………………………………………
“Aiseyman, Driver jer?? Oklah daripada takde. Esok boleh try……” helaian surat khabar berita harian itu dilipat dan disisip rapi kedalam beg sandang yang dibawanya. Sudah hampir satu hari dia mencari kerja. Bukan nak yang full time, part time je pun. Tapi nak mencarinya…fuhh, hilang semangat. Matanya melilau memandang sekeliling. Busy! Busy! Semuanya dirasakan bergerak pantas. Digagahkan kakinya untuk melangkah. Dia pun perlu pantas menyusur masa. Ah! Sekarang bukan masa untuk give up.
+++++++++++++++++++++++++++++++++
“Safiya!!” suara lantang si majikan memecahkan keheningan ofis.

cukuplah sekali


Cerpen : Cukuplah Sekali

Oleh : ZuLyaN RamSaR

i
Siaran di televisyen masih lagi terpasang. Perlahan-lahan Sufi menapak mendekati teman serumahnya. Dia menjengah. MasyaALLAH…tidur rupanya. Terdengar dengkuran halus gadis itu. Sufi hanya mampu menggeleng memandangnya.
“Azi, bangun. Pergi masuk bilik kau. tidur duduk macam ni. tak sakit badan ke?” Sufi mengejut rakannya itu. Azi bangun lalu menggeliat seketika. Kepalanya digaru kasar. Sungguh, dia terlalu mengantuk.
Ditoleh jam di dinding rumah. Sudah jam 12 tengah malam. ‘Baru pukul 12? Aku tidur pukul berapa tadi?’soalnya sendiri. Azi menjerit kecil. Sufi yang terkejut segera berpaling.
“Kau apahal?”

Wednesday, 27 July 2011

u r my missing A2

Cerpen : You Are My Missing A II
Oleh : Osie
“Itu la. Lain kali jangan minum air yang ada semut!” sambung Ed lagi. Giliran Fari pula membeliakkan mata. Suka-suka jiwa je cakap. Bila masa pulak semut jadi perasa tambahan minuman aku.
Ed gelak besar melihat muka Fari yang berkerut-kerut. Sungguh, dia rindu pada wajah itu. Lebih sebulan tidak bertemu membuatkan dirinya hilang punca.
Farihani. Tidaklah secantik Ness. Juga tidak sebijak Ness. Tapi kejujuran dan ketulusan hati Fari buatkan dirinya tertarik. Ya, sangat innocent.Telus. Bersih. ‘Eh, banyak pulak aku puji budak ni. Hehehe. Aku rindu kau la Farihani, ‘ senyuman terukir.
Farihani mengangkat kening. ‘Tak betul agaknya cikgu aku ni. Sebulan hilang balik-balik dah telonggar wayar dekat otak. Sengih sorang-sorang.
“Cikgu Ed accident lagi ke?,” Terlepas soalan itu dari mulut kecilnya.

u r my missing A

Cerpen : You Are My Missing A
Oleh : Osie
Hari minggu yang tenang. Ferrari kuning laju memecah kehangatan tengah hari. Sehangat hati pemandu.
“So scared of breaking it
But you won’t let it bend
And i wrote two hundred letters
I won’t ever send
Somehow it is cut so much..”
Hati Ed bengkak. Hatinya panas. Hampir mencapai 100 degree celsius. Kalau masak air dah boleh mendidih!
“Deeper then they seem
You’d rather cover up
I’d rather let them be
And i’ll set you free..”

Tuesday, 24 May 2011

temuduga jawatan BINI datuk!



Cerpen : Temuduga Jawatan BINI Datuk

Oleh : Umi Kalsom

“SAFIRA!!!” nyaring suara Puan Mastura menjerit mengejutkan anak dara bertuah dalam rumahnya.
“Safira oiii… bangunlah. Dah pukul berapa dah ni!” dengan volume paling maksima suara Puan Mastura bergema dalam rumah itu. Mahu bergegar satu pangsapuri dengan kenyaringan suaranya. Rasanya, jiran setempat pun boleh terjaga dengan gegaran suaranya, namun tidak bagi seorang anak dara yang sedang terbaring selesa dalam bilik di rumah itu.
“Safira… haish!!! Geram betullah aku dengan budak seorang ni. Mahu naik darah kalau terpekik macam ni hari-hari.” Pintu bilik Safira tinggal nak roboh saja. Sudah bagai nak rak Puan Mastura mengetuknya. Masa-masa beginilah dia akan lupa mana dia simpan kunci pendua pintu bilik.
“Safira!!!”

Saturday, 21 May 2011

ehem.. i love u too


Cerpen : Ehem… I Love You, Too!

Oleh : Wazrul Shah

It’s a yes or no question. What’s so difficult about it?
HATI Ad tak tenang, ke kiri salah, ke kanan salah. Pusing-pusing dalam bilik dari tadi. Dada berdebar-debar macam dah nak meletup. Lub dub lub dub… Jam di tangan dikerling sekilas. Hatinya dari tadi tak henti merungut. Kenapalah lama sangat? Haishhh…

Wednesday, 4 May 2011

Isteriku yg blurr


Cerpen : Isteriku yang blur

19 December 2010  
Kategori: Cerpen
3,654 bacaan 51 ulasan

Oleh : ezaitie nfib
Di Bilik Pengantin.
“Abang, saya bawakan kopi,” Sumaiyah menhulurkan secawan kopi kepada suami yang baru dinikahinya awal pagi tadi.
“Letak je kat situ,” Si Suami, Johan mengarah kasar.
“Nanti sejuk dah tak sedap,” lembut sumaiyah berbicara.
“Aku kata letak kat situ letak je lah. Kenapa tak faham bahasa ni? Nak aku cakap bahasa tamil pula ke?” Semakin kasar bahasa Johan.
“Abang pandai cakap bahasa tamil ke? Tak sangka saya,” tahap kebluran Sumaiyah dah mai dah.
“Ish…lemaslah aku cakap dengan kau ni,” Johan bangun dan terus beredar keluar dari bilik pengantinya.
“Abang…kopi,” diangkatnya cawan kopi separas muka.
“Kau je lah minum kopi tu. Tak selera aku nak minum air tangan kau,” laung Johan.
“Air tangan boleh minum ke?” Sumaiyah terus berteka-teki.

Tuesday, 3 May 2011

Mencari Seorang Ashraf Muslim







Cerpen : Mencari Seorang Ashraf Muslim
19 December 2010  
Kategori: Cerpen
1,924 bacaan 29 ulasan

Oleh : Aliesha Kirana
Ashraf Muslim berlutut di hadapan Aliya, memegang cincin nan indah bertatah berlian yang berkilauan. Aliya terkedu memandang perlakuan Ashraf Muslim, hatinya berdegup kencang.
“Aliya, sudi tak awak… jadi isteri saya, bersama saya, sehidup semati, sampai ke syurga?”
Aliya pandang wajah Ashraf Muslim lama-lama, tak percaya.
‘What? Hero pujaanku melamar? Betul ke ni? Kalau mimpi, janganlah aku bangun!’

starting..



ok.. aku sgt suka bca cerpen n smua yg swktu dgnnya.. so, aku ambk skit ruang ni utk post karya2 yg best!!
hehEheHe...
i'm sooooo addicted to that...
SERIUS...
ENJOY~~

karya2 di 'copy' dr:




 

Template by Web Hosting Reviews