Sunday 20 May 2012

Sepanjang Rawatan (catatan akhir)

catatan terakhir?
catatan ini merupakan sambungan dari catatan sebelum ini yang bertajuk Sepanjang Rawatan...
sepatutnya dah lama catatan tapi sebab masih belum ada kekuatan terpaksa ditangguhkan..
walaupun bukanlah nak kata sudah sangat kuat tapi alhamdulillah makin kuat.
setiap yang berlaku ada hikmah di sebaliknya..
dan kita mesti teruskan hidup walaupun apa yang berlaku..
itu yang sebaiknya..

sambungan...
setelah doktor di Hospital Lam Wah Ee memberikan kata putus dan cadangan supaya melakukan pembedahan kecil itu akhirnya kami beralah.. tau akan jawapan yang bakal diterima..
tidak mungkin cadangan ini mendapat persetujuan tambahan pesakit sendiri enggan dibedah. akhirnya mereka pulang.. meneruskan perubatan di sana..saya telah meminta doktor menyediakan surat rujuk agar dapat meneruskan rawatan yang lain di hospital lain..keputusan makmal, komen-komen doktor semuanya saya sertakan dan berikan kepada anaknya..semoga ada lagi ikhtiar yang dapat dilakukan.. tiada berita setelah itu dan andaian saya semuanya baik.. dalam beberapa minggu selepas tu, anaknya menelefon saya.. bertanya khabar dan sekali gus menceritakan perkembangan pesakit.. menurut anaknya, tekanan darah pesakit tiba-tiba turun bawah normal. mereka telah berhenti memberikan ubat hypertension yang diberikan doktor. saya jadi pelik. agak mustahil seorang pesakit yang mempunyai penyakit darah tinggi untuk darahnya turun bawah normal. sedangkan mama saya yang masih makan ubat juga tidak pernah darahnya dibawah normal. malah untuk mencapai normal juga agak susah. tiba-tiba perasaan saya menjadi tidak sedap. keadaan saya semasa nenek saya meninggal. tekanan darahnya yang tinggi tiba2 turun bawah normal di saat akhir sebelum nenek hembuskan nafasnya yang terkhir. masa tu satu je nasihat untuk diri sendiri. think positif! nothing happen. mungkin kesan ubatan herba atau sebagainya. bila di kampuang pengambilan herba n ubat2 tradisional kan macam biasa. ok, positif.. anaknya juga sempat maklumkan kepada mama saya yang mata pesakit sekarang sudah kuning. mama terdiam dan sempat berbisik kepada saya yang penyakitnya itu telah sampai ke hati. hanya doa yang mengiringi agar semuanya akan kembali baik. tetapi ternyata ALLAH maha mengetahui. seminggu selepas itu iaitu 18 April 2012, saya mendapat sms memberitahu yang pesakit akhirnya telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di rumahnya lewat tengah malam itu.. Innalillah.. dan ketika itulah saya menangis tidak henti hinggakan romate saya sendiri terkejut.. saya baru berhasrat nak ke rumahnya minggu hadapan tapi ternyata saya terlambat. :'(

saya tidak dapat pulang dan hanya seminggu selepas itu saya berkesempatan untuk ziarah kubur arwah.. dan ketika itu saya mendapat tahu cerita setelah pesakit pulang. setelah pulang, anak-anaknya tetap tidak berputus asa. meneruskan segala rawatan. pernah mereka berkunjung ke satu tempat yang mana terdapat perubatan cina cara tradisional. tapi menurut anaknya orang di situ seakan2 telah mengetahui keadaan pesakit dan hanya memberikan beberapa ubat tanpa memaklumkan untuk rawatan selanjutnya. kurang puas hati akhirnya buat keputusan tak nak ke situ lagi. selepas itu ada orang cadangkan satu ubat. bukan precribed by doktor n tak silap thats medicine was under research but already tested and used by a lot people n its work. 4 Life Transfer Factor. supplement used to boost the immunity. thats what can i concluded based on my reading. but for me, still every medicine have their own effect and will give differ efficacy. keberkesanan sesuatu ubat itu tetap bergantung pada pesakit itu sendiri. saya tidak prejudis terhadap ubat, mana mungkin sebab inilah masa depan saya. tapi saya memberikan pandangan dari perspektif saya sendiri. bicara seorang bakal ahli pharmacist. dan sudah pasti kos ubat itu tersangatlah tinggi. tapi selagi mampu, tetap akan diusahakan. kasih anak2.. pada mulanya memang berikan kesan yang positif. mata pesakit yang pada mulanya kekuningan mula surut. tapi keadaan ini tak lama. selepas beberapa hari matanya kembali menjadi kuning dan kesan itu tidak lama dan mereka akhirnya hentikan pengambilan ubat tu. matanya kuning dan semakin lemah. dua hari terlantar lemah di katil akhirnya dia pergi untuk selama2nya.. :'(
itulah kisah di saat2 terakhir yang diceritakan kepada saya.

berapa hari air mata sayang masih tidak kering. tambah bila ternampak gambarnya dalam fon saya. saat tu air mata menitik lagi. masuk kelas physic pharm dengan mata merah. first time! tak ada siapa berani tegur. saya masih membayangkan saat saya menguruskan perubatan pesakit semasa di sungai petani. bila difikirkan kembali betapa ALLAH berikan saya peluang untuk berbakti kali teakhir. kenapa saya katakan begitu? sebab serius masa di hospital lam wah ee, jika kesabaran tak tinggi memang tak kan jadi rawatan disitu. kenapa? hanya ALLAH je yang tau. beberapa hari kami terpaksa berkampung kat hospital tu dari pagi sampai petang semata2 untuk berjumpa doktor 5 minit. dan pernah sekali kami tunggu berjam2 semata2 nak dengar jawapan 'keputusan makmal belum siap'..
what? memang masa tu tak boleh diterima..
tapi masa tulah saya rasakan ALLAH telah berikan saya kesabaran yang sangat tinggi. sampaikan mama saya berulang kali tanya 'tak penat ke', 'tukarlah.. ma pulak tunggu.. za tunggu luar ke jalan2 dulu', atau 'serius kalau ma yang tunggu macam ni, memang ma nak mengamuk', 'dahla. jom balik'.. hanya senyuman je jawapan saya. kenapa? entahlah walaupun berjam2 menunggu n adakanya lari naik turun lif, masuk keluar makmal berulang kali untuk settle segala test n ambik keputusan, buat bayaran, ambik ubat dan sebagainya. malah tidur pun tak cukup. saya sikit pun tak rasa penat. saya tak tau kenapa. saya sendiri jadi pelik n bila sekarang baru saya faham kenapa. terima kasih ya ALLAH.. sebab saya merasakan yang saya juga telah berusaha untuk lakukan yang terbaik walaupun gagal. at least i have do something for him. alhamdulillah..
saya masih teringatkan dia. sangat. tapi saya tau yang pergi takkan kembali. datz i have to remember most. rasa macam dah terlebih panjang pulak catatan kali ni. saya bukan buat catatan ini untuk suka2 tapi ia adalah perkongsian untuk orang2 tertentu dan pastilah untuk saya juga. doa saya semoga segala2 yang berlaku menjadi titik permulaan untuk kehidupan yang baru. saya kena kuat. berat mata memandang berat lagi bahu memikul. kuatkan aku ya ALLAH.. insyaALLAH..

KATA 1: bagi menghormati dan menjaga hati semua pihak, tiada gambar yang dapat saya sertakan. malah saya sendiri telah buang semua gambar dalam fon saya sendiri. bukan buang terus tapi saya simpan dalam laptop n semoga satu hari nanti saya cukup kuat untuk menatapnya kembali. dan seperti yang selalu saya katakan.. 'i dont delete it to forget all of this things but i want to keep it hide for a while n let it remain it in my heart for forever'.. insyaALLAH.. =)



0 cakap-cakap tentang coretan ini:

 

Template by Web Hosting Reviews