Cerpen : 40 Hari Aku Merajuk!
Oleh : Wazrul Shah & Osie
“Sampai bila?”
“Tunggu masa sesuai,” Ringkas dia menjawab.
“Okey.” Dan mereka berpisah.
****
“PERGHHH.. dahlah putih, tinggi, muka pan asian, sebiji macam model!” Hampir terkeluar anak mata Ayyad memandang gadis yang melepasi meja mereka.
“Kalau dapat ni bahagia hidup aku Shy,” Ayyad tersengih. Matanya masih tidak lari dari wajah gadis yang melintasinya tadi.
Shy menggelengkan kepalanya. Dia mencipta senyum selapis. Gelas di atas meja segera dicapai. Fresh orange disedut sehingga separuh. Ayyad memapar riak pelik. “Shy, kau ni kan.. Takut aku tengok,”
“Apahal pulak?” Kening Shy terangkat. Aku pulak dikata pelik? Shy tertanya sendiri.
“Kau memang tak ada perasaan ke bila pandang perempuan? Kau straight ke tak ni?” Sengaja Ayyad berkata begitu, menguji sahabatnya. Mana taknya. Lelaki lain kalau gadis cun lalu depan mata, confirm tak berkelip. Si Shy ini lain pula ceritanya. Boleh dia buat selamba saja. Jeling sesaat pun tidak. Normal ke macam tu?
Bulat mata Shy memandang Ayyad yang selamba-bomba membuat statement menghiris.
“Kau nampak ashtray ni? Karang dengan ashtray sekali dengan habuk-habuk rokok ni aku sumbat dalam mulut kau,” Shy memegang ashtray yang dari tadi setia di hadapan Ayyad. Ayyad tersengih.
Shy, bukan perokok seperti dirinya. Tapi mujurlah Shy biasa sahaja apabila rakan-rakannya yang lain merokok di hadapannya.
‘Korang dah besar, belajar dah tinggi sampai tingkat 19. Boleh fikir sendiri mana elok mana tak,’ Itu ayat Shy yang masih Ayyad ingat sehingga sekarang. Memang menusuk, tapi masih belum terbuka untuk Ayyad berhenti merokok. Entahlah, dia masih belum bersedia untuk berhenti merokok.
“Ehehe, rilekslah Shy. Aku tanya aje sebab aku tengok kau macam tak ada perasaan aje dengan perempuan,” Ayyad tersengih lagi, barisan giginya ditayang dengan penuh perasaan bangga. Asap rokok dihembuskan perlahan. Shy mengerutkan dahi. Virus virus! “Nak kata dah ada steady, aku tak pernah nampak pun,” Ayad menyambung.
Shy terdiam. Kopi panas diteguknya perlahan. ‘Siapa kata tak ada?’ “Kau punya taste teruklah. Aku pandang yang boleh buat isteri terus,” Shy tersenyum. Ya, yang boleh membawa diri, yang elok budi pekerti, dan yang bersifat penyayang, seperti mama… Ya, mama wanita terbaik yang pernah dia kenal. Al-Fatihah buat mama.
Ayyad menyimpul senyum. Masuk akal juga apa yang Shy katakan itu. Abahnya pun pernah berpesan. Kalau nak cari isteri, cari yang molek akidahnya, yang sudah tahu batas pergaulan. Yang sudah terjaga auratnya. Tidak adalah suami dibebani dengan dosa. Tiba-tiba Ayyad tersenyum lagi, teringat pula dia pada Surah An-Nur ayat 26 :
‘…dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)…..’
Ayyad berdoa supaya dia mendapat seorang isteri yang baik dan dapat bersama-sama membina sebuah rumahtangga yang berlandaskan Baitulmuslim. Sementelah Shy yang sedang mengelamun itu langsung tidak disapa oleh Ayyad. Ayyad mengatur langkah, tapi bibirnya masih lagi mengukir senyum.
Senyum itu pengubat lara.
****
SHY menutup pintu biliknya. Sebelah tangannya mengesat rambut yang masih basah dengan menggunakan tuala. Baru sahaja punggungya mencecah katil, handphone di atas meja tiba-tiba melagukan The Book of Morris Johnson. Sesaat dia mengerling pada nama pemanggil. Spontan senyuman terukir di bibirnya.
“Assalamualaikum,”
“Wa’alaikumussalam.” Salam berbalas.
“Mama kirim salam dengan lafaz Assalamualaikum. Mama tanya, bila awak nak datang rumah lagi?” Suara mendatar dari hujung talian kedengaran merdu. Walau tanpa suara yang menggoda, walaupun tanpa lenggok suara manja. Shy tersenyum. Salam yang dikirim dijawab dalam hati.
“Mama aje tanya? Awak? Tak tertanya-tanya ke?” Shy mengusik. Kedengaran ketawa kecil dari hujung talian.
“InsyaAllah.. Kalau ada masa free, saya pergi sana lagi. Mama awak sihat?” “Alhamdulillah sihat,” ringkas sahaja jawapan dari gadis itu.
“Awak dah solat?”
“Dah,”
“Mama dah panggil makan. Saya letak dulu. Assalamualaikum,” Talian diputuskan.
Shy senyum segaris. Handphone kembali diletakkan di atas meja. Wa’alaikumussalam. Buah hatinya itu tak seperti perempuan lain. Kalau perempuan lain rela berlapar untuk bergayut dengan pakwe masing-masing. Shy senyum lagi. T-shirt Padini hitam di hujung katil di sarung ke tubuhnya/
Dia memegang perut yang dari tadi berbunyi.. Perutnya sudah bergendang memainkan irama selamat pengantin baru. Shy mencari-cari nombor telefon Ayyad. Pantas SMS ringkas dihantar.
Jom make?
Shy bukannya anak jati Kelantan. Tapi dia sengaja menghantar mesej berbaur dialek Kelantan kepada Ayyad. Tidak sampai seminit, SMS berbalas.
Maye meta.
Ringkas juga balasan dari Ayyad. Shy terlopong. Apa tu? Terasa menyesal pula dia menghantar SMS dalam dialek Kelantan tadi. Alih-alih dia pula yang terlopong tidak faham.
Lama dia berfikir. Sesaat selepas itu Shy tergelak sendiri. Kepalanya digelengkan beberapa kali. SMS itu dikerling sekali lagi dengan senyuman yang masih berbaki. Oh.. ‘sembahyang sebentar…’
If you can’t stop, at least smile as you go by.. Shy tersenyum.
****
“OKAY, itu saja yang akak nak cakap. Kamu semua bincanglah sesama sendiri nanti,” tegas suara Kak Marlia kedengaran.
“Akak nak kena balik rumah ni. Karang laki akak bising tak ada makanan untuk dinner,” Kak Marlia sengih. Yang lain hanya ketawa. Tangan Kak Marlia laju mengemas semua kertas kerja yang dibentangkannya tadi.
“Alah kak, beli aje set KFC yang family punya tu. Senang,” Ayyad mengusik. Bulat mata Kak Marlia memandangnya. Ayyad maintain sengih ala-ala model gigi.
“Kalau dah dua hari berturut-turut dinner dengan KFC, maunya kami yang jadi ayam daging nanti!” balas Kak Marlia. Ayyad ketawa.
Lah, dah dinner dengan KFC rupanya semalam. Itulah, suri rumah yang busy mengalahkan menteri. Makanan pun main order dekat makanan cepat atau orang putih cakap fast food!
Kak Marlia. Masih belum memcecah 25 tahun. Habis sahaja degree, terus kahwin. Orang cantik, bukan sahaja cantik di luar, dalam hati pun cantik. Sebab itulah Abang Bad terus ikat. Takut terlepas.
“Akak, nanti kalau ada apa-apa yang saya tak faham, saya call akak tau,” Nadhira pula menyampuk.
Kak Marlia senyum. “Call ajelah Nad, bukannya Abang Bad kau nak marah pun,” Abang Bad memang sporting. Baik. Padanlah mereka berdua.
Selepas memberi salam, Kak Marlia bergegas keluar dari bilik perbincangan. Tak ramai orang di perpustakaan waktu itu. Shy menjeling jam tangan. 5.00 petang.
“Jom kita tengok wayang, nak?” Auni tiba-tiba bersuara. Shy yang sedang meneliti tentatif program yang bakal dianjurkan oleh fakulti mereka mengangkat kepala. Auni sengih.
“Kan Kak Marlia suruh kita sambung diskus fasal tadi,” Nadhira mencelah. Shy dan Ayyad mengangguk-angguk. Tu tandanya mereka setuju dengan kata-kata Nadhira.
“Alah, Kak Marlia kan cool. Dia tak kisah punya asalkan kita siapkan kerja sebelum waktunya,” Auni sengaja tayang gigi dia yang tak berapa nak lawa tu. Nadhira mencebik.
Bab nak bertangguh buat kerjalah yang dia tak berapa nak gemar sangat. Kalau boleh, dia nak siapkan sesuatu kerja tu dengan cepat. Tak payah nak tangguh-tangguh lagi. Siap cepat, hantar cepat.
“Ha’ahlah Auni. Aku join kau!” Laju Ayyad menyampuk. Bulat mata Nadhira memandang Ayyad. Cepat betul tukar fikiran. Tadi sokong aku, sekarang sokong Auni pulak. Dia ni memang macam lalang la!
“Jomlah Nad, Shy,” Ayyad cuba memujuk Nadhira dan Shy. Wajah Ayyad sekarang memang tak boleh blah! Kalah Puss In The Boots dalam cerita Shrek! Muka memujuk ala-ala nak minta pelempang.
“Aku pass. Baik aku balik rumah, tido.” Nadhira malas nak cakap lagi. Kalau cakap pun, sama aje. Auni dan Ayyad sengih. Barang-barang yang berterabur di hadapan mereka sudah siap dikemas.
“Tak eloklah tidur petang Nad,” Auni menyampuk sembari memberi nasihat.
“Baik kau ikut kita orang.”
“Aku sayang sepuluh ringgit aku!” Nadhira sengih. Auni mencebik. Kedekut betul kawan aku sorang ni. Getus Auni di dalam hati.
“Shy?” Matanya beralih pula kepada Shy. Shy angkat sebelah kening dia. Buku notanya yang terbuka lantas ditutup.
“Kalau tak jadi discussion ni, aku ada tempat lain yang kena pergi.” Datar saja suara Shy.
“Mana?”
“Baiti khotiibatii..” Shy tersengih.
“Woi, kau belasah cakap Arab kenapa! Kami bukannya faham. Kalau faham pun si Nadhira ni aje ha!” Ayyad merungut. Bengang sebab tak faham apa yang si Shy tu cakap. Buatnya si Shy tu mengumpat dia? Haish..
“Sebab kau orang tak fahamlah aku cakap,” Shy ketawa kuat. Nadhira hanya senyum memandang kawan-kawannya yang lain.
Nadhira pun ambil bahasa Arab sebagai bahasa ketiga dulu, sama macam Shy. Auni lebih suka Jepun dan Ayyad pula ambil bahasa Mandarin. Ayyad membuat wajah pelik. Apa ya makna tu…
“Cakaplah Shy!” Desak Ayyad. Shy gelak lagi.
“Balik kau buka Google, cari maksud dia.” Jawapan yang agak menyakitkan hati diberi oleh Shy. Ayyad jeling Shy macam nak makan. Shy ketawa lagi.
“Agak-agaklah.. Tak payah jeling macam nak makan bro.”
“Tak adanya nak makan kau.” Jawab Ayyad. Pecah ketawa antara mereka berempat lagi.
“Dah la.. Aku pergi dulu. Confirm ey Shy? Nad?” Shy dan Nadhira angguk serentak sejurus Ayyad bertanya mereka. Auni geleng kepala. Susah betul nak ajak si Shy dengan Nadhira ni melepak tengok wayang!
****
TEPAT JAM 5.45 petang, Shy sampai di hadapan rumah banglo dua tingkat yang tersergam indah itu. Keretanya diparkir elok di bawah pohon mangga yang rendang di sebelah pagar besar. Sepasang suami isteri yang berada di taman mengukir senyum. Serentak mereka berdua bangun dari kerusi.
“Assalamualaikum,” Shy senyum. Tangan kedua orang tua itu disalami. Memang dah lama dia tak datang sini. Sibuk fasal program yang akan datang nanti. Memang tak cukup kaki. Nak cari penganjur lagi. Nak cari tempat penginapan. Cari itu, cari ini.
“Wa’alaikumussalam. Jemput masuk Shaizan.” Pelawa Puan Kamariah.
Shy mengangguk. “Makcik, pakcik sihat?”
“Alhamdulillah. Mari masuk sembang dekat dalam. Yah, panggilkan Ira turun.”
Shy sengih. Bakal bapa mertuanya itu memang sporting!
****
“IRA, nanti letak kopi banyak sikit tau. Kasi kaw-kaw!” Shy sempat berbisik sembari mengenyit sebelah matanya sewaktu gadis itu melepasinya.
Gadis itu mencebik. Suka-suka hati dan jantung dia saja nak main order-order. Shy ketawa kecil melihat muka buah hatinya yang berkerut-kerut.
Puan Kamariah juga menyusur ke dapur. Meninggalkan suaminya bersama Shy di ruang tamu. Encik Rahman masih lagi membelek majalah yang baru dihadiahkan kepadanya tadi.
“Memang pakcik dah lama minta Ira beli edisi ni. Tapi asyik lupa saja katanya. Nasib baik kamu belikan,”
Shy sengih. Matanya turut memandang majalah SOLUSI di tangan bakal bapa mertuanya itu. “Saya lalu depan kedai buku tadi pakcik. Itu yang teringat Ira cakap pakcik nak baca edisi ni.”
Encik Rahman mengangguk-angguk. “Abah kamu sihat? Bila dia nak datang Kuala Lumpur lagi?”
“Abah sibuk sekarang pakcik. Semalam katanya dia perlu ke Langkawi. Jenguk anak syarikat yang baru buka bulan lepas. Mungkin dekat-dekat majlis nanti dia datang sini.” Beritahu Shy.
Encik Rahman dan abahnya merupakan kawan lama. Malah, jodohnya dengan Ira pun adalah rancangan abah dan arwah mama. Sewaktu pertama kali melihat Ira di suatu majlis dua tahun lalu, arwah mama terus berkenan. Peribadi Ira memikat hati mama. Malangnya mama tak sempat melihat mereka mendirikan rumah tangga.
“Shaizan, pakcik harap kamu sabarlah dengan perangai Ira tu. Pakcik tahu dia keras kepala sikit.”
Lamunannya terhenti. Kata-kata bakal mertuanya membuatkan Shy senyum. Ya, dia tahu itu. Tapi pakcik.. Ira bukan keras kepala sikit. Tapi banyakkkkk!!!
“InsyaALLAH pakcik. Selagi Ira tak melakukan perkara salah, saya tak kisah,” ikhlas jawapan Shy. Encik Rahman mengangguk-angguk.
Puan Kamariah keluar dari dapur dengan sebuah dulang di tangan. Ira menyusul dari belakang. Satu persatu mangkuk disusun di atas meja. Shy menjeling sesaat. Wah..pengat pisang! Favourite!
“Makan Shaizan. Pengat ni Ira yang buat,” Puan Kamariah senyum. Ira yang sedang menuang teh ke dalam mug abahnya itu hanya senyum tawar. Mug berisi kopi diletakkan hadapan Shy.
Shy memasukkan pengat pisang yang siap terhidang ke dalam mulut. Perghh,,, maniss,, lemak berkrim disukai ramai! Spontan dia memandang Ira yang turut sama merasa pengat pisangnya.
Mug berisi kopi dicapai. Langkah kanan betul aku harini. Dengan pengat pisang terbaik dari air tangan bakal isteri. Dengan kopi kaw favourite…kopi dihirup dengan penuh nikmat. Erkk…?? Kopi apa ni?
Shy terbatuk. Pahit!!!! Masin? Habis tersembur kopi yang baru dihirupnya tadi Berkerut-kerut muka Shy menahan rasa kopi yang tak pernah dirasa orang. Ira menahan gelak. Dua pasang mata memandang ke arah mereka.
“Nadhira!” Suara Puan Kamariah dan Encik Rahman bergabung. Shy memandang wajah Nadhira. Dia ketawakan aku? Boleh macam tu???
****
AKHIRNYA program yang berminggu-minggu dirancang, menjadi juga. Sudah tiga hari mereka di sekolah itu. Sekolah Menengah Cemerlang. Menjadi fasilitator disitu. Itulah program terakhir Kak Marlia dan Shy sebelum mereka menghabiskan program master tahun ini.
Sekali sekala ada program bersama budak sekolah bagus juga. Bolehlah mereka tanamkan azam untuk ke menara gading. Boleh lah mereka tahu sedikit sebanyak tentang cara belajar ni universiti yang sangat berbeza dengan cara belajar di sekolah.
“Kak Nadhira, Amy nak minta nombor telefon boleh? Nanti bila akak dah balik U, boleh la Amy contact akak lagi,” Nadhira senyum. Wajah gadis yang membahasakan dirinya Amy itu dipandang. Ya, dia juga pasti akan merindui pelajar-pelajar yang terlibat dalam program ini. Banyak perkara yang telah di lakukan bersama.
“Panggil Kak Ira aje Amy,” Nadhira menulis nombor telefonnya seperti yang diminta. Pantas dihulurkan pada gadis yang berusia 15 tahun itu. Gadis itu tersenyum puas. “Simpan elok-elok. Jangan buat pekasam nombor akak ni. Nanti bila PMR dapat straight A’s baru call akak, tau,” Nadhira mengusik. Gadis itu tersenyum.
Amy meminta diri untuk bersama rakan-rakannya yang lain. Mata Nadhira beralih ke arah pentas di hadapannya. Malam itu malam penutup. Hampir semua pelajar yang terlibat sudah membuat persembahan.
Shy dan Ayyad sedang membetulkan mic di tengah-tengah pentas. Entah apa yang hendak di lakukan oleh mereka berdua pun Nadhira tak pasti. Dia berpaling pula mencari kelibat Auni. Auni sedang rancak bergambar dengan adik-adik dari kumpulannya. Nadhira senyum. Auni memang cepat mesra. Peramah!
“Persembahan terakhir dari wakil fasilitator. Di jemput ke pentas, Shaizan!!” Suara Abang Ayub memecah hingar dewan. Semua mata tertumpu ke arah pentas. Shy segak dengan kemeja dan bow-tie. Nadhira tergelak kecil. Tak pernah pula dia tengok Shy pakai macam ni.
“Ehem, ehem,” Shy membetulkan suara. Gamat tepukan dan sorakan dari seisi dewan. Nadhira senyum selapis. Apa saja la yang nak di buatnya kalini.
“The turtle is slowly and is happy with his face of life
The flamingo walks with elegant grace — she knows she’s one of a kind
If you can’t stop, at least smile as you go by
If you can’t stop, at least smile as you go by
Sometimes, you just gotta know how to feel
The happy crab danced on the beach to a calypso beat
The happy mullet jumps for the pure joy of being alive
If you can’t stop, at least smile as you go by
If you can’t stop, at least smile as you go by
Sometimes, you just gotta know how to feel
The gator grinned as he dreamed of his next meal
Every good fisherman has a pelican watching over him….”
Shy tersenyum manis sambil melambai-lambai ke arah penonton yang berada di dalam dewan. Setelah itu, Shy berdehem. Dia sedang memikirkan sesuatu. “Allow me to sing one more song..” Bersorak semua yang ada di dewan. Siapa yang tidak suka mendengar nyanyian Shy yang begitu merdu itu?
“This one is specially dedicated for my special someone..” Shy tersenyum meleret.
‘Tika kita bersua hati mula tergoda
Payah nak dilupakan walau seketika
Tidak pernah terduga cinta mula berputik
Bagai kan tak percaya aku jatuh hati
Kaulah kekasih yang amat ku sayang
Andai tidak bersua pastinya ku merindu
Kerana hati dah tertawan
Kerana cinta dah terbena
Yang pasti kini
Hanya kau saja bertakhta di hati ini
Kan ku sunting diri mu sayang
Kan ku bina istana cinta
Kau kekasih ratu hatiku selama-lamanya..’
Meremang bulu roma Nadhira mendengar suara Shy. Sungguh, inilah kali pertama dia mendengar Shy menyanyi macam ni. Nadhira senyum sendiri. Hatinya kembang. Mekar. Dia tahu lagu kedua itu untukya. Hanya dia yang tahu.
Semua yang ada di dalam dewan bersorak. Teruja mendengar suara ala Bruno Mars oleh Shy. Auni kembali ke meja makan fasilitator. Ayyad juga turut sama menyertai mereka. Kak Marlia masih lagi bersembang dengan guru sekolah di meja VIP.
Bihun goreng Singapore di masukkan ke dalam mulut. Suasana hingar tidak dihiraukan. Shy sudahpun melabuhkan pungguh di sebelahnya.
“Kenapa kau tak sign masuk Mentor aje Shy?” Tanya Ayyad dengan riak kagum di wajahnya. Cheesecake yang berada di dalam piring dicapai, langsung disua ke dalam mulut.
“Tak naklah aku. Nanti aku popular korang jugak susah,” Shy berlawak sembari menayangkan giginya yang putih itu. Buah tembikai yang sudah siap dihiris dimasukkan ke dalam mulut. Wajah merah Nadhira yang berkerut-kerut bahana menahan pedas bihun goreng itu dipandang dengan penuh perasaan kasih.
“Nad, dari satu ke sepuluh, berapa kau nak evaluate nyanyian aku tadi?”
“Tiga!”
Ayyad dan Auni ketawa. Shy mencebik? Kurang pendengaran ke apa tunang aku ni?
“Fail kau kasi dekat Shy, Nad? Tak patut betul. Sikit punya best suara kawan kita ni,” Auni mencelah.
“Entah, aku tak ambil attention sangat. Bihun ni pedas sangat la,” selamba bomba jawapan dari Nadhira. Ternganga Auni dan Ayyad. Boleh pulakkkkk….
Berubah muka Shy. Tak ambil attention? Wajah tunangnya itu dipandang kosong. Nadhira….
****.
PETANG yang damai. Ramai student yang mengambil masa ini untuk membuat ulangkaji. Perpustakaan dibanjiri dengan pelajar. Exam hampir tiba. Assignment pula sudah bersusun. Silap langkahlah kalau pakai redah tidur dalam bilik aje waktu macam ni.
“Ira…”
“Hmm?” Matanya masih tidak berkalih dari buku yang sedang dibaca.
“Pandang saya,” sedikit keras nada suara Shy. Kening Nadhira terangkat sedikit. Apa kena ni? Period ke haper?
“Ada apa?” Perlahan suara Nadhira kedengaran. Wajah Shy di hadapannya di pandang.
“Awak sayang saya tak sebenarnya?”
Bulat mata Nadhira memandang tunangnya itu. “Hisy, perlahanlah sikit, nanti diorang dengar,” Jiji dan Didot yang berada di hujung meja yang sama dikerling sekilas. fuhh, selamat! Mereka berdua masih tekun membuat nota.
“Biarlah diorang dengar. Kenapa awak takut sangat kalau diorang tahu?” Sedikit tegas nada suara Shy kedengaran. Nadhira menelan liur, kesat. Apa angin yang menyerang Shy hari ini? Tiba-tiba sahaja berubah wajah.
“Awak sayang saya tak sebenarnya?” soalan itu diulang dengan lurah kerutan di dahi. Wajahnya serius.
“Sayanglah,” ringkas jawapan dari Nadhira, acuh tidak acuh sehingga menimbulkan perasaan sakit hati di hati Shy.
“But you act like you’re not!” Bidas Shy dengan pandangan yang menikam. Dia sudah lama berdiam diri akan hal ini.
Terangkat kening Nadhira. Jiji yang berada di sebelah memandang sesaat. Namun, dia kembali menatap bukunya. Dia sudah tidak boleh bersabar lagi. Dia tahu kesabaran itu tiada hadnya. Fainnassobru la haddalahu,kama qauluhu ta’ala fil qur’anul kareem wa fi suurah al-baqoroh aayah 285 : La yukallifu illahu nafsan illa wus’aha laha ma kasabat wa’alayha ma ik’tasabat. (Bersabar itu tiada hadnya, seperti yang telah difirmankan oleh Allah di dalam surat Al-Baqarah ayat 285: Allah tidak membebani seseorang sesuai dengan kesanggupannya. Dia mendapat pahala dari kebajikan yang dikerjakannya dan dia mendapat seksa dari kejahatan yang diperbuatnya).
Shy mengeluh lagi. dia tahu akan hal itu. tapi dia belum cukup kuat untuk menahan sabar. Walaupun dia tahu sifat sabar itu merupakan sesuatu perkara yang indah. Dia memandang Nadhira dengan renungan kosong.
“Awak, kenapa ni? Tiba-tiba aje. Kan selalu okay.. Tak ada pun nak bising-bising macam hari ni?” Nadhira diterpa perasaan hairan.
“Orang dah cakap saya gay tau sebab tak pandang perempuan lain,” dengus Shy. Kata-kata Ayyad masih lagi berlayar di dalam mindanya.
Nadhira tergelak kecil. Wajah Shy yang berkerut seribu dipandang sekilas. spontan bibirnya menguntum senyum.”Biarlah orang nak kata. Yang penting awak tak.. Bersabarlah.. Isbir a’la kullu hal… Innallaha yuhibbussoobirin..” Nadhira tersenyum semanis kurma. Bahasa Arabnya kedengaran lembut di cuping telinga Shy.
Shy terdiam. Memang betul apa yang dikatakan oleh Nadhira. Bersabarlah dalam apa jua perkara, sesungguhnya Allah SWT mencintai insan yang bersabar.. Dia menyetujui hal itu, tetapi.. Gejolak rasa dihatinya tidak boleh dikekang lagi. Bentang pertahanannya telah rapuh diserang ombak yang menggila!
“Ira..” Panggil Shy dengan suara yang penuh menggoda.
“Ya?” Nadhira mengangkat wajah, novel Muhammad The Messenger diangkat sedikit. Tadi sudah puas dia mengulangkaji pelajaran, sekarang ini waktu untuk dia meluangkan masa dengan membaca novel pula.
Lagi pula, membaca rentetan kisah Nabi Muhammad SAW memberikan satu tamparan yang hebat pada Nadhira. Begitu tabahnya Rasullulah SAW memperjuangkan Islam. Begitu payahnya untuk menyebarkan dakwah pada zaman itu. Tetapi sekarang, semuanya sudah menjadi mudah.
“Kita buat pengumuman!” Shy bersuara kembali. Dahi Nadhira berkerut. Kurang mengerti dengan kata-kata Shy. Pengumuman apa? Shy nak masuk program Mentor ke? Nadhira tergelak sendiri.
“Pengumuman apa?” Soal Nadhira dengan senyuman di bibir. Wajah Shy masih serius seperti tadi. Bila sekali lihat wajah Shy, seperti Aaron Aziz pun ada.
“Pengumuman that we are engaged couple!” Terbuntang luas anak mata Nadhira sebaik mendengar kata-kata Shy itu. Biar betul? Pantas dia menolak cadangan Shy dengan renungan yang tajam.
“No! Tunggulah dulu. Saya belum sedia,” Nadhira memberi alasan.
“Why?” Suara Shy kedengaran perlahan. Dia Bimbang rakan-rakannya yang lain mendengar perbualan mereka berdua.
“Saya tak sedia lagi. Malulah, belum habis belajar dah tunang,” laju perkataan itu keluar dari bibir mungil Nadhira. Shy mengeluh.
“Awak malu bertunang dengan saya? Awak malu dapat tunang tak hensem macam saya? Macam tu?” Shy terus serkap jarang. Nadhira mengetap gigi. Ke situ pula Shy ini! Nadhira mendengus di dalam hati.
“Bukan macam tu…”Cepat-cepat Nadhira memotong. Haizz, silap faham pulak dia ni.
“Then, what? Memang betul awak tak sayang saya, kan?” Shy bingkas bangun dari tempat duduknya. Buku notanya segera ditutup. Pantas dia melangkah keluar dari perpustakaan. Nadhira kaku. Erkkk! Apa jadi ni? Shy?
“Kenapa tu Nad?” Ayyad yang baru tiba dari rak buku menegur. Pelik melihat wajah Shy yang cemberut. Dia melabuhkan punggung di sebelah Nadhira. Buku yang diambil dari rak tadi diletakkan di atas meja.
“Entah… merajuk, kot” perlahan dia berkata.
“Shy? Merajuk?” Kening Ayyad terangkat. Dia tergelak kecil.
“What for?”
Nadhira diam. Matanya kembali menghadap buku. Macam-macam andaian berlari-lari di kepalanya. Ahh.. biarlah dia sejuk dulu. Tak lama dia merajuk tu. Getus Nadhira di dalam hati.
Bila cinta sudah ada di hadapan mata, tak ramai yang nak hargai. Bila cinta tu pergi, barulah tergesa-gesa kita mencari. Itulah realiti… Tapi apa yang pasti, cinta pada Illahi merupakan perkara yang terindah dari yang paling indah dan juga hakiki.
Ahabballah qabla ahabba ummatuhu. (Cintailah Allah sebelum mencintai umat-Nya).
****
JANGKAANNYA totally meleset! Ingatkan Shy merajuk sekejap saja. Hambek kau, hampir seminggu diam tak ada berita. Dia pula yang seperti harimau hilang taring. Tidak senang duduk. Hendak telefo pun tidak boleh. Hendak jumpa lagilah payah. Entah dekat mana Shy menyepi.
“Dia pergi mana Yad?” Akhirnya dia terpaksa juga menebalkan muka untuk menelefon Ayyad. Hanya Ayyad sahaja yang tahu dimana Shy. Entah apa yang Ayyad fikir nanti. Bukannya pernah dia tanya tentang Shy pada Ayyad.
“Ada aje dekat bilik ni. Kenapa Nad?”
“Kenapa dia tak jawab call aku?” Nada suara Nadhira kedengaran risau dan cemas.
“Entah, tak dengar kot,” Ringkas jawapan Ayyad. Nadhira mengeluh. Masuk hari ini sudah lima hari Shy mendiamkan diri. Panggilannya pun tidak bersambut. Di perpustakaan pun tak ada.
“Tak apalah Yad, thanks!” Talian dimatikan. Geram juga bila Shy diamkan diri seperti ini. Apa masalah sebenarnya.
Penat dia menjawab soalan dari mama. Abah lagi. Kak Long pun sama.
‘Shy mana? Lama tak nampak,’ Shaizan tak telefon ke Ira?’ Shaizan tu, Shaizan ni..Shy..Shy.. Janganlah buat macam ni. Mama, abah, Kak Long rindu awak.. okay,saya tipu, saya yang rindu awak! Siapa cakap saya tak sayang awak. Siapa cakap saya tak cinta awak?
“Ira,” Suara dari belakang mengejutkan Nadhira. Mama! Buat dada orang berlari marathon je la mama ni.
“Apa cerita dengan Shy?” soalan yang tidak dinanti-nantikan dari mama. Nadhira senyum tawar. Dia mengeluh. “Lama Shy tak telefon. Selalu hari-hari dia call Ira,”
“Entahlah ma,” dia bersila di atas katil. Merenung dinding yang bercat kuning itu. Kosong.
“Kamu berdua gaduh?”
“Tak pun. Entah, mungkin dia terasa hati dengan Ira,” perlahan suara Nadhira.
“Kenapa?” Mama sudah turut sama duduk di atas katil. Wajah Nadhira yang kusut dipandang. Jarang nampak Nadhira monyok persis kucing tak dapat makanan macam ni.
“Dia tak setuju Ira rahsiakan pertunangan kami. Ira belum sedialah ma. Malulah, belum habis belajar lagi dah tunang, nak kahwin. Ira baru 22 tahun, ma,”
“Ira tahu tak, kami dulu umur 18 dah kahwin, tau”
Nadhira ketawa. “Itu zaman bila ma. Sekarang dah lain. Mana ada kawan-kawan Ira yang dah kahwin.”
“Mama rasa Shaizan hanya nak Ira tunjukkan yang Ira sayangkan dia. Mama tengok, Ira layan dia macam kawan aje.” Kening Nadhira terangkat. Mama ni. Pandai aje. Nak tunjuk sayang macam mana lagi.
“Ira memang sayang dia ma. Nak tunjuk macam mana. Ira dah biasa macam tu. Sebelum kami ditunangkan pun, kami memang kawan, kan”
Shy dan Nadhira sudah saling mengenali ketika arwah mama Shy datang untuk meminang. Satu universiti, satu fakulti. Cuma tahun yang berbeza.
“Kamu kenalah tunjuk sekali sekala rasa sayang tu. Barulah Shaizan rasa dihargai,” Mama senyum. Nadhira buat muka. Love is so blind. It feels right when it’s wrong.. Nadhira bermonolog sendiri.
“Habis tu, Ira nak buat apa?” Wajah mama dipandang sepi. Mama senyum selapis.
If you can’t stop, at least smile as you go by..
****
LAMAN SISWA hingar. Macam biasa. Hari minggu sebegini ramai yang memilih untuk membuat study group ataupun suka-suka melepak. Kalau di perpustakaan hendak berbincang pun perlu mengawal suara, kalau dekat sini, hendak menjerit dua batu boleh dengar pun tak ada orang yang nak ambil peduli.
“Apa dalam bekas tu Nad?” soal Ayyad. Berkerut dahinya.
“Makanan,” jawab Nadhira, ringkas.
“Apa dia?” Keningnya terangkat, mengalahkan Ziana Zain!
“Pengat pisang!” Nadhira tersengih.
“Wow, apa lagi? Bukalah cepat! Kami pun nak rasa!” Ayyad tersengih-sengih seperti kerang busuk. Nadhira tersenyum. If you can’t stop, at least smile as you go by…
“Tak boleh, ini untuk tunang aku,” tegas Nadhira menjawab
Ayyad dan Auni ketawa serentak, macam berjanji saja hendak ketawa. Kak Marlia yang turut ada bersama di laman siswa itu hanya mengukir senyum selapis.
“Kau nak bantai makan sorang cakap ajelah. Tunang konon!” Ayyad mencebik. Hampir meleleh air liurnya mendengar perkataan pengat pisang. Perutnya pun sedari tadi mendendangkan lagu Albi Nadak. Alahai.. Laparnya!
Nadhira menjuihkan bibirnya. Dia tersenyum sendiri. Jam di tangan dikerling sekilas. Lambat pulak dia ni. Selalu kalau ada perbincangan, laju aje datang. Nadhira mengomel di dalam hati.
“Kak, nanti akak tengok- tengokkan Chapter 1 dan 2 saya,” ujar Nadhira. Kak Marlia mengangguk. Nadhira tersengih. Bagi pelajar master seperti mereka, semua rujukan mestilah tepat dan dirujuk kepada yang berpengalaman terlebih dahulu.
“Sini bro!” Suara Ayyad mengejutkan Nadhira yang sedang khusuk menaip tesisnya. Dia senyum selapis. There you go.. If you can’t stop, at least smile as you go by.. Shy yang berjalan menuju ke arah mereka dipandang dengan senyuman yang paling manis.
Shy memberi salam. Dia duduk di meja sebelah memandangkan meja mereka sudah dipenuhi buku-buku dan laptop. Buku-buku rujukannya dibuka. Nadhira bingkas bangun. Bekas Tupperware yang berisi pengat pisang tadi diambil.
“Nak pergi mana dengan bekas tu Nad?” Auni berasa pelik. Nadhira hanya kekal dengan sengihnya yang ala-ala kuda dapat rumput.
“Nak kasi dekat tunang akulah, Shaizan.” Nadhira berterus-terang akhirnya.
Auni dan Ayyad sama-sama terlopong. Bulat matanya melihat Nadhira melabuhkan punggung di kerusi di hadapan Shy. Komplot apakah? The happy crab danced on the beach to a calypso beat… Wajah Nadhira kelihatan ceria saja.
****
HAMPIR kau Shy, hampir! Shy menepuk dahinya sendiri. Dia hampir kalah dengan pengat pisang yang dibawa oleh tunangnya tadi. Tapi betullah. Pengat pisangnya, cair di mulut, menusuk di hati! Petang tadi..
****
“APA ni?” Shy sengaja bersuara dingin, sedingin salju di musim sejuk!
“Pengat pisang,” Nadhira tersengih. Bekas Tupperware dibuka. Sudu diletakkan di sisi.
Kening Shy terangkat. Bukan dia tidak dengar kata-kata Nadhira tadi. Kembang hatiya mendengar perkataan tunang dari bibir Nadhira. Wajah Ayyad dan Auni yang masih terlopong dikerling sekilas.
Kedua-dua sahabatnya memapar riak terkejut dan dahi mereka berselirat dengan seribu satu persoalan. Pengat pisang dihadapan matanya dipandang tanpa nafsu. Selamat ke ni? Karang dia guna-guna aku pulak. Hisy, mengarut kau Shy!
“Jangan risau, saya sayang awak. Tak ada potassium cyanide dalam tu,” Nadhira berlawak. Lucu melihat wajah Shy berkerut-kerut memandang pengat pisang di hadapannya.
Shy lambat-lambat mengambil sudu di hadapannya. Diambilnya seketul dan dibawa ke dalam mulut. Perghhh.. terbaik dari ladang, macam biasa! Lemak berkrim disukai ramai!
‘Nak sesudu lagi ni.. Erk, alamak, tak boleh, tahan Shy.. Kau tengah mood merajuk, remember!’ Shy berperang dengan suara hatinya.
Sudu diletakkan kembali. Wajah Nadhira dipandang. “Awak letak apa dalam ni? Pahit!” Kritik Shy dengan suara yang keras.
Kening Nadhira terangkat. Nak tipu pun agak-agaklah Shy sayang. Aku dah rasa tadi elok aje. Nadhira mengukir senyum. Sometimes, you just gotta know how to feel! Teruk betul rajuknya. Nadhira bingkas bangun. Tupperware diletakkan di hadapan Ayyad.
“Nah, makanlah. Tunang tersayang aku dah kenyang!” Sinis kedengaran kata-kata Nadhira pada cuping telinga Shy. Dia cuba menahan gelak. Dia tahu Nadhira geram dengan kritikannya tadi. Rasakan!
Sekali lagi Ayyad terlopong. “Shy, Nad, baik korang cerita dari A sampai Z sebelum aku lipat korang dua puluh!” Pecah ketawa.
Ketawalah.. Tapi janganlah berlebihan. As it deadens the heart.
****
NADHIRA memandang kosong langkah Pakcik Muhammad dan Shy ke garaj. Teruk betul Shy ni. Nak datang tak beritahu. Dengan keluarga dia pula tu. Mama dan abah macam dah tahu aje mereka nak datang. Mama siap masak banyak-banyak lagi hari ni. Patutla dari pagi tung tang tung tang dekat dapur.
Aku jugak yang terlopong tak tahu apa-apa. Masuk hari ini sudah dua puluh hari Shy mogok merajuk. Habis sudah ikhtiar Nadhira. Tidak tahu hendak tunjuk sayang bagaimana lagi.
Tup-tup hari ni hari pernikahan dicepatkan. Ngam-ngam selepas tarikh Shy hantar tesisnya yang terakhir. Si Shy tu buat selamba aje tegur aku depan mama dan abah tadi. Kalau tak, haram. Dengus Nadhira di dalam hati.
Merajuknya makin menjadi-jadi. Rasanya, budak-budak yang merajuk pun tak susah sangat nak pujuk. Ini dah boleh jadi bapak budak, takkan nak pujuk guna aiskrim jugak? Haih!!
“Shy, kita keluar beli barang hantaran esok?” Nadhira terpaksa merendahkan egonya. Takkan pasal ni nak buat keras kepala. Karang dia juga yang malu. Pengantin tak ada hantaran?
“Saya tak ada masa, awak pergi aje dengan Ayyad,” selamba bomba Shy membalas.
“Saya nak kahwin dengan awak, bukan Ayyad!” Nadhira berasa sakit hati.
Shy sengih di hujung talian. Tapi dia maintankan suara serius. Tak boleh tunjuk Shy. “Saya tak ada masa free,” Nadhira mendengus. Pantas telefon diletakkan. Hatinya sakit.
Nadhira menarik nafas beberapa kali. Ya, dia tahu dia salah dulu. Rajuk Shy adalah disebabkan oleh dirinya juga. Sabar Nadhira, sabar…. Shy tak tahu kau sayang dia dah lama. Shy tak tahu kau admire dia. Shy tak tahu semua tu.
To love without condition, to talk without intention, listen without judging, to give without reason and to care without expectation. – art of true relationship
****
“WOI, mata tu cover, cover,” belakangnya ditepuk kuat. Nadhira yang khusyuk memandang ke arah seseorang bingkas tersentak. Kacau daun kering betullah si Fati ni. Habis mood tenang aku melayang. Ya, tenang menatap wajah dia. Hehehe. Gatal kau Nad!!
“Alah, aku nak cari ketenangan kejap pun tak boleh,” Nadhira mencebik. Fati menarik kerusi di hadapan Nadhira. Handbagnya diletakkan di atas meja.
“Berapa lama kau nak tengok dari jauh ni,” Fati turut sama memandang ke arah yang sama. Nadhira sengih. Pen yang berada di atas meja di capai. Tangannya laju melakar sesuatu di atas kertas A4. “Kenapa kau tak tegur-tegur dia ke, pergi kenal-kenal,” Fati memberi cadangan.
Bulat mata Nadhira mendengar cadangan berani pengsan oleh Fati. “Gila kau. Tak ke di panggil hidung kemek, pipi tersorong macam kereta sorong!”
“Kau nak berperibahasa agak-agaklah Nad. Merosakkan bahasa ibunda aje,”
Nadhira tersengih. “Sorry-sorry. Hidung tak mancung, tapi pipi tersorong-sorong,”
Fati mencebik. Ha! Tahu pun peribahasa betul.
“Malulah weh. Nanti dikata perigi cari timba,” Hambik kau Fati, semua peribahasa aku kasi! Nadhira tersengih lagi.
“Kalau kawan tak salah, kan. Bukannya aku suruh kau pergi depan dia cakap ana uhibbuka ya akhi!” Fati tergelak-tergelak.
Nadhira tersenyum sahaja. Entah.. sungguh dia tak berani. Nadhira memandang ke arah itu lagi. Lelaki itu masih bersembang dengan Kak Marlia dan beberapa orang senior lagi yang dia tidak kenali. Mungkin mereka berada di tahun yang sama.
Tenang sungguh air muka dia. Sumpah aku suka! Nadhira berbicara sendiri.
The turtle is slowly and is happy with his face of life. The flamingo walks with elegant grace — she knows she’s one of a kind…
****
BULAT MATANYA memandang insan yang tersengih-sengih dihadapannya. Tak sangka senior sekolah dia dulu sama-sama satu universiti dengannya. Siap satu kos yang sama!
“Yad, kau pun belajar sini?” Nadhira ketawa kecil. Ayyad, Yad. Dulu rakan sebiliknya tergila-gilakan perangai gila-gila si Ayyad ni. Dia juga yang kena jadi posmen. Zaman sekolah. Posmen-posmen untuk surat cintan cintun ni dah macam tradisi.
“Well, I’m here, dalam library yang sama,” Ayyad sengih. Nadhira gelak. “Hei, hei, aku tua dari kau. Call me abang, okay,” Ayyad mengusik. Nadhira ketawa lagi. Lelaki disebelah Ayyad senyum selapis.
“Tapak kasut kau abang!” Nadhira gelak. Ayyad, memang tidak berubah dari dulu. Kuat menyakat. Gila-gila!
“Nad, kau tahun first eh? Dulu uni mana?”
“Haah, aku baru jejak sini sem nilah. Dulu buat degree dekat Penang,”
Ayyad mengangguk-angguk. “Kau duduk sini ajelah Nad. Meja semua dah penuh tu,” Ayyad memberi tawaran. Mata Nadhira memandang sekeliling. Yup, memang pun penuh.
Lama berfikir, akhirnya Nadhira mengangguk juga. Confirm jantung aku tak berhenti bermaraton macam ni. Dekat sangat dengan dia. Dekat…
“Shy, ni junior aku yang paling nakal dekat sekolah dulu, Nadhira,” Selamba ayat dari Ayyad. Bulat mata Nadhira memandang Ayyad yang tergelak kecil dengan kata-katanya sendiri.
“Kau boleh panggil Ira, nama manja dia. Nad, ini Shy, kawan aku merangkap housemate!,” Lelaki itu senyum selapis. Wah, sweet aje senyum!
“Best tak duduk sini?” Lelaki yang dipanggil Shy tadi memulakan bicara. Nadhira tersentak. Sesaat kemudian dia senyum.
“Best… juga….” Naahhh…timba sudah menemui perigi.
****
RASANYA itulah kali pertama dia bersembang dengan Shy. Kali pertama jumpa face to face. Dan lama selepas itu, dia dikejutkan lagi dengan satu berita yang memang tidak dijangka.
Sungguh… Dia tak tahu macam mana nak tunjuk rasa gembira. Kalau melompat, nampak sangat terlonggar wayar dekat medula oblongata. Kalau senyum seharian pulak, diorang confirm kata aku terkena penyakit urat muka. Nak buat muka tegang? Itu bukan gembira namanya. Tapi yang penting dia HAPPY!
The happy crab danced on the beach to a calypso beat
The happy mullet jumps for the pure joy of being alive
****
“IRA ingat tak Makcik Salmah yang kita jumpa masa kenduri Haikal hari tu?” Soalan dari mama membuatkan kening Nadhira terangkat. Lama.
“Ingat, kot..” Nadhira sengih. Mama menepuk dahi. Boleh pulak tambah kot.
“Dia nak pinang Ira untuk anak lelaki dia,”
Nadhira yang sedang enak menghirup susu panas tersedak. Lama dia terbatuk.
Tunang? Aku baru 21 tahun! “Mama jangan buat lawak Mr. Bean malam-malam ni ma. Karang Ira mimpi Mr. Bean, sapa nak jawab,” Nadhira mengusik. Ada-ada ajelah mamaku yang tersayang ni.
“Tak ada kerja mama nak melawak malam-malam ni Ira oit. Betullah ni mama cakap. Dia nak pinangkan untuk anak dia, Shaizan. Kan Ira ada jumpa dia masa kenduri hari tu”
Nadhira mengerutkan dari. Makcik Salmah mana pulak yang datang dengan anak dia malam tu. Bila pulak aku jumpa dengan anak Makcik Salmah? Erk, takkanlah.. Dia ke? Biar betikkk???
Kadang-kadang hidup ni penuh dengan kejutan. Kecilnya dunia.
****
“LAA.. rupanya family kita kenal!” Lelaki itu senyum segaris.
“Haahlah. Kalau tak ada majlis ni, kita pun tak tahu,” Nadhira tersengih.
“Apa kaitan Haikal dengan awak?”
“Isteri Haikal tu Maksu saya,” Jelasnya.
“Awak pulak?”
Terlopong Nadhira mendengarnya. Dia ketawa kecil. Lelaki itu membuat wajah pelik.
“Hmm.. Haikal tu sepupu saya!”
Giliran lelaki itu yang terlopong. Mereka sama-sama tergelak. Mama dan abah yang bersembang dengan ibubapa lelaki itu hanya memandang sekilas. Pelik melihat kami yang bergelak tawa.
****
“SHAIZAN?” Jerit Nadhira. Mama mengangguk-angguk. Nadhira terdiam. Subhanallah. Memang kuasa Allah. Patutlah aku rasa lain macam bila melihat Shy. Jodoh aku rupanya..
Jodoh dah depan mata, takkan nak diam?
****
AKHIRNYA segala barang hantaran sudah selamat dibeli. Ayyad memang tahu apa yang Shy suka. Mungkin juga Shy yang memberitahu Ayyad terlebih dahulu. Kepala Nadhira pusing. Lagi lima hari majlis nikah mereka. Shy masih lagi diam membisu. SMS yang dihantar juga dibiar sepi tanpa balasan.
Apa lagi yang aku nak buat untuk pujuk dia ni. Takkan nak bawa piano depan rumah dia dan nyanyi? Tak basi ke idea tu? Nyanyi untuk seseorang?
Siapa kata basi? Setiap orang akan gembira bila lagu di nyanyikan khas untuk dirinya. Ya, macam aku. Rasa nak terbang pun ada masa majlis makan malam di sekolah menengah tempoh hari. Shy nyanyi lagu untuk aku. Ya, untuk aku.
Muka aku pun boleh bertukar merah macam tu. Tapi nasib baik juga bihun Singapore hari tu pedas, boleh juga buat alasan. Agak-agak Shy akan berhenti merajuk tak kalau aku mainkan lagu untuk dia? Eh, aku mana reti main piano. Nadhira menepuk dahi.
Hadui.. Adam Shaizan. Tolonglah berhenti merajuk. Aku rindu. Tiba-tiba Nadhira mendapat idea. Dia mengukir senyum segaris.
If you can’t stop, at least smile as you go by…
****
HARI ini hari yang ke dua puluh sembilan. Nadhira meminta pertolongan Ayyad untuk membawa Shy ke sebuah restoran yang terkenal di tengah bandar. Mujurlah Ayyad tidak banyak tanya, jadi tak perlulah Nadhirah menjawab soalan pelik Ayyad.
“Nad, aku kat depan ni.. Mana kau?” Suara Ayyad kedengaran jelas di corong telefon. Nadhira memerhati wajahnya di hadapan cermin.
Dadanya berdebar. Betul ke keputusan yang kau nak buat ni Nadhira? Dia menyoal dirinya sendiri. Terasa malu pun ada. Arh.. Segala rasa bercampur menjadi satu. Tapi ini sahaja satu-satunya jalan untuk dia menebus kembali kesalahannya.
“Ready?” Soal Auni. Nadhira mengangguk. Sekali dah melangkah, jangan pandang belakang lagi! jangan buat kerja separuh jalan! Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai jadi sizzling mee! Nadhira tergelak sendiri. Ada kena mengena ke?
“Cepatlah.. Boleh gelak pulak dia..” Tegur Auni. Nadhira bingkas bangun dari kerusi dan melangkah keluar.
****
RESTORAN Pinky Kiwi. Sebuah nama restoran yang comel. Shy sudah mula berasa bosan. Dari tadi menunggu, apa sebenarnya yang mahu dikatakan oleh Ayyad? Sedari tadi tidak henti-henti menyuruhnya untuk bersabar dan bersabar.
“Aku ada hal ni Yad. Kalau kau nak buang masa aku, lain kali ajelah.” Bebel Shaizan, turkish stick di atas pinggan sudah habis dijamah. Besar sangat ke perkara yang Ayyad ingin sampaikan?
Tiba-tiba sahaja restoran itu menjadi gelap gelita. Sunyi.. Pelanggan yang berada di dalam restoran itu seolah hilang suaranya. Dada Shy berdebar, dia mulalah tak sedap hati kalau duduk dalam gelap. Bukannya apa, dia serik dengan tragedi dulu! Tragedi apa? Biarlah dia yang menyimpannya sendiri.
‘My baby, he don’t act like himself no more,
he lost that smile I used to adore
he spent his nights slapping his veins,
he lost that glow he used to have in his face,
empty burned bottle on the carpet
my baby lying beside it,
tin foil and melted sugar everywhere,
he said his provider was his pharmacist friend, ben..’
Shy terkedu. Suara itu sangat dia kenali. Dia seakan mengalami dejavu. Dejavu? Atau ini salah satu ulangan rakaman macam yang selalu Astro buat tu? Shy bingung sendiri. Apalah yang aku merepek ni?
Sementelah Nadhira yang berada di atas pentas kecil yang tersedia di dalam restoran itu cuba menahan gelora di jiwanya. Betapa dia merindui senyuman Adam Shaizan! Betapa dia merindui saat dulu.
Shy berlagak selamba walaupun lampu sudah bernyala kembali. Nadhira yang sedang melangkah menghampirinya dipandang dengan wajah yang serius. Shy bangun.
“Apa awak buat ni? Sengaja nak bazirkan masa saya? Buang duit? Malukan saya?” Marah Shy, tapi dia tidaklah memarahi Nadhira dengan suara yang kuat. Ayyad yang berada di sebelah Shy terdiam.
Nadhira pula kelu untuk berbicara. Takkan sedikit pun Shy tidak terpujuk dengan nyanyiannya tadi? Mujurlah Auni mahu membantunya untuk memainkan piano. Jika tidak.. Tapi, hati Nadhira menjadi luluh mendengar kata-kata Shy.
“Saya buat semua ni sebab saya sayangkan awak.. Please.. Jangan merajuk lagi.. Ya.. Saya salah.. Listen everyone.. Lelaki yang ada di depan mata saya ni ialah tunang saya. Dia lelaki yang berjaya mencuri hati saya.. I love him.. So much!” Nadhira bersuara lantang.
Merah membahang wajah Shy mendengar kata-kata itu. Kata-kata yang telus! Dan pelanggan yang berada di dalam restoran bertepuk tangan. Satu babak yang sukar ditonton jika ingin dilihat di dalam televisyen!
“I’ve to go.” Shy terus menapak pergi. Nadhira termangu sendiri. Dia terkesan dengan tingkah Shy.
Adam Shaizan.. If I had to walk a million miles to find your smile.. I would!
****
SEPI. BUTIR bicara di hujung talian ditelitinya satu persatu. Biar betul? Perasaan bersalah menerpa dirinya.
“Macam mana boleh jadi macam tu ma?” Dadanya turun naik. Risau. Nadhira demam panas!
“Mungkin rindukan Shy kot.”Mama tergelak kecil.
Mama boleh selamba gelak ma? “Shy nak jumpa dia ma..”
“Jangan dulu Shy. Mama nak dia berani tunjuk sayang dia. Mama nak dia pandai tunjuk yang dia perlukan seseorang.”
“Tapi ma, dia dah sakit macam tu. Shy takut nanti melarat,” Shy resah. Memang dia sudah lama sejuk hati. Setelah macam-macam Nadhira buat untuknya. Kasi hadiah tiap-tiap minggu, masakkan makanan kegemaran tiap-tiap hari. Nadhira pun dah pandai guna ayat ‘saya sayang awak’dalam mesej dan menyanyikan lagu khas buatnya! Kalau dulu, tunggu bulan jatuh hempap kelapa dulu.
“Jangan risaulah Shy. Mama kan ada. Kak long dia pun baru balik dari Johor tadi. Kami boleh tengok-tengokkan dia.”
Shy termenung setelah talian diputuskan. Seram juga dengan bakal mak mertuanya tu. Dia pula yang bersungguh-sungguh mahu Nadhira menunjukkan rasa sayang dekat aku. Nadhira..Nadhira. susah sangat ke, sayang?
In the crossroads of life, our choices determines where we go. The way we see each path depends on the influence of the world to us. Choose wisely.
****
ESOK majlis akad nikah. Sudah lebih sebulan Shy merajuk. Sebulan sepuluh hari! Nadhira masih termenung di dalam biliknya yang dihias sebegitu cantik. Apa erti semua ini kalau hati dia tidak tenang. Hati Shy tak tenang? Belakang tangannya dibawa ke dahi. Masih panas. Macam mana nak nikah esok ni? Pengantin demam pada hari pernikahan? Ada ke?
Dia mengeluh berat. Telefon di atas meja dicapai. Nombor yang sekian lama dihafal ditekan. Tak lama. Panggilan bersambut.
“Awak..” Shy tersentak. Dia tersengih sendiri. Suara Nadhira di hujung talian kedengaran serak-serak basah. Dah macam suara Ella tunang aku ni.
“Hmm?”
“Awak tahu tak saya sayang sangat dekat awak? Saya sayang awak sebelum kita bertunang lagi. Saya sayang awak lebih bila awak jadi tunang saya. Dan.. hanya awak lah yang saya akan sayang bila awak jadi suami saya nanti.” Lembut suara itu kedengaran.
Shy tersentak. Kembang hatinya mendengar. Terharu? Ya. Shaizan diam. Sungguh dia speechless!
“Memang saya tak pandai tunjuk sebelum ni. Saya tak reti. Saya tak pandai nak tunjuk yang saya sayang awak…”
“Kan senang tu..” Potong Shy tiba-tiba. Nadhira tersentak. Senang? Apa yang senang? Aku dah sakit-sakit rindu macam ni. Pening kepala sebab dia. Senang?
“Senang?”
“Kalau awal-awal awak cakap macam tu kan senang,” Shy senyum.
“Tak payahlah saya nak merajuk sampai 40 hari!”
Kening Nadhira terangkat. Eh, baru 40 hari ke? Aku rasa macam dah setahun! “Maafkan saya, Shy. Kalau awak tak nak teruskan pernikahan ni, saya rela..” Tersekat-sekat suara Nadhira. Esok sudah majlis akad nikah. Nadhira pasti Shy belum pun membeli barang hantaran untuknya. Pasti…
“Awak jangan nak buat kelakarlah Ira,” Shy ketawa.
“Kalau saya tak nak teruskan, tak adalah saya susah payah datang sini nak pasang khemah ni. Nak susun mejalah, buat tu la buat nilah. Berpeluh saya ni ha..”
“Awak dekat sini?” Nadhira hampir menjerit.
“Ada ni hah. Dekat laman. Baru siap pasang …..”
Tuttt tuttt tuttt. Talian diputuskan. Kening Shy terangkat. Aik? Takkan telefon rumah pun coverage tak elok?
Err….Ira?
Bulat mata Shy memandang Nadhira di hadapannya. Tercungap-cungap. Mungkin sebab berlari dari tinggat atas.
“Kenapa tak cakap nak datang?”
Shy senyum. Wajah Nadhira yang pucat dipandang. Kesian tunangnya itu. Demam panas sebab kerinduan!. Ya, akupun rindu.. Tapi kena tahan juga. Nak beri pengajaran pada Nadhira, kata mamalah…
“Saya kan dalam mode merajuk, remember?”
Nadhira mencebik. Dia senyum selapis. Sejuk betul malam ini.
“Ira sayang, saya tahulah awak tak sabar-sabar nak jumpa saya. Tapi at least, pakailah cantik sikit,” Shy mengusik. Kening Nadhira terangkat. Kenapa nak kena pakai cantik-cantik? Nikahnya esok, lagipun ni rumah aku. Okay apa apa yang aku pakai sekarang. Erk jap! Pajama lengan pendek, rambut yang kusut.. Rambut? Alamak, macam mana boleh lupa nak sarung tudung ni!
“Saya naik sekejap. Awak tunggu, jangan balik dulu,” pantas Nadhira meniti tangga ke biliknya. Nasib baiklah kebanyakan yang ada di laman rumahnya itu, saudara maranya. Kalau tak, mana nak letak muka. Bakal pengantin selamba keluar dari bilik tidur macam muka baru bangun tidur!
If you can’t stop, at least smile as you go by..
****
ALHAMDULILLAH. Akhirnya selamat juga mereka menikah. Selepas berjumpa Shy malam itu, terus demamnya kebah. Mama dan Kak Long tidak habis-habis mengusik. Nadhira hanya senyum. Memang sudah kenyataan. Dia demam rindu. Kalau orang nak kata dia mengada-ngada, dia tidak kisah.
Jalan-jalan ke rumah Kak Besah,
ada aku kesah?
Nadhira tergelak sendiri mengenangkan pantun dua kerat yang direkanya itu. Akhirnya selesai sudah segala masalah. Barulah dia berasa tenang. Barulah mandinya basah. Barulah tidurnya lena.
Dan sekarang, mereka berdua berada di India. Menikmati bulan madu mereka yang ditanggung sepenuhnya oleh keluarga Nadhira. Hadiah perkahwinan katanya.
Handphone di atas meja tiba-tiba menyanyikan lagu Honey Bee dendangan Zee Avi. Pantas butang on ditekan. Nadhira senyum sesaat mendengar suara si pemanggil. Lama mereka bersembang, akhirnya talian diputuskan juga.
“Siapa tu?” Soal Shy yang baru keluar dari tandas.
“Auni,” jawab Nadhira, ringkas.
“Kenapa?”
“Dia suruh kita bawa balik souvenier nanti,” Nadhira melangkah ke arah sofa. Handphone diletakkan di atas meja kecil. Dia melabuhkan punggung di sebelah suaminya.
“Kacau betul diorang ni,” Shy merungut. Nadhira tergelak kecil mendengar nada suara suaminya. Nada tak puas hati! Shy memeluk bahu Nadhira seeratnya. Nadhira merasa kehangatan pelukan suaminya itu. Perasaan cinta itu terasa menjalar ke seluruh jiwanya.
“Kenapa?”
“Yalah, tadi Ayyad call. Pesan itu lah, ini lah,” mula dah membebel…. Nadhira maintain senyum.
“Dia tak tahu ke yang kita tengah honeymoon. Masa ni hanya untuk kita berdua aje.”
Nadhira tergelak. “Diorang masih tekejut tu. Tak percaya yang kita dah kahwin,” ujar Nadhira.
“Ira tulah nak berahsia sangat,” Shy mencebik. Dahi isterinya itu dikucup lembut.
“Yalah, Ira salah. Teruk juga bila kena layan orang merajuk. Sampai 40 hari pulak tu!” Nadhira mengungkit. Mana mungkin dia lupakan hal itu.
Shy tersengih. Televisyen hanya dipandang tanpa perasaan. Bukan faham pun apa yang pelakon-pelakon ni cakap. Bukan ada subtitle Melayu dekat sini.
“Agak-agak kalau abang tak buat macam tu, Ira berani tak nak tunjukkan perasaan Ira?” Shy merenung wajah isterinya dengan penuh perasaan kasih. Nadhira menyimpul senyuman.
“Thanks. Abang dah banyak ajar Ira. Abang dah sedarkan Ira,”
“Itulah. Sayang tu kena tunjuk. Kalau tak, orang boleh rasa tidak dihargai.” Shy tersenyum, jemari isterinya itu digenggam erat sembari memberikan sebuah ciuman pada dahi Nadhira.
“Yalah..Ira tengah belajar nak tunjukkanlah ni,” Nadhira mencebik. Shy hanya tergelak kecil.
“Tak susahkan? Ira pun takkan rugi apa-apa,” panggilan itu secara automatiknya bertukar sejak mereka berdua menjadi suami isteri.
“Iya abang. Ira tahu. Ira budak baru belajar. Kalau Ira silap lagi, tolong jangan merajuk. Ira tak terdaya nak tanggung rindu selama 40 hari lagi.”
Shy ketawa. Pipi isterinya dicium. Betapa dia sayangkan isterinya itu.
“Ira nampak tu..” Shy menuding jarinya ke arah Taj Mahal yang berada tidak jauh dengan hotel yang diinap oleh mereka. Nadhira mengangguk. Dia melentokkan kepalanya pada bahu Shaizan.
“Abang tak sekaya Shah Jehan untuk dirikan Taj Mahal untuk Ira. Tapi cukuplah abang nak Ira tahu yang abang sayangkan Ira sepenuh hati abang.. Abang sayangkan Ira lebih dari abang sayangkan diri abang sendiri..” Penuh romantis Shy berkata.
Nadhira mengukir senyum. Dia terkedu. “Words can’t even explain how I feel right now.. Because you make me speechless.” Ujar Nadhira membalas pelukan suaminya itu.
“Kalau speechless… Jom..” Nadhira mengerut dahi.
“Pergi mana?”
“Rancang masa depan kita.. Abang nak anak kembar..” Shy tersenyum nakal. Nadhira mencubit lengan suaminya. Spontan, tingkap bilik itu ditutup.
Malam itu menjadi satu sejarah buat Nadia Nadhira dan Adam Shaizan meraikan cinta mereka yang sudah lama bersemi. Dan Taj Mahal menjadi saksi. Shy bermonolog. ‘Aku hanya sayangkan kau Nadhira. Moga kau menjadi isteri pertama dan terakhirku. InsyaAllah…’
Shy juga berdoa supaya dia kekal sihat sejahtera dan dapat menjalankan tugasnya sebagai seorang suami dengan baik. Dan Shy berharap dia dia dapat membentuk sebuah keluarga baitulmuslim. InsyaAllah..
Take the good part of everything and minimize the bad one. The good will make you smile while the bad will make you cry. Live Happily…
thanx to:
0 cakap-cakap tentang coretan ini:
Post a Comment