Tuesday 8 November 2011

"architect" in the making

<3 Assalamualaikum <3


sangat rajin untuk update blog sejak kebelakangan ni... tak da kerja?? tipu la tu.. assignment bertimbun, research tunggu masa nak due date je.. kuiz dah pangil2..
arggghhhh....
ok fine.. relax.. (^^)
cerita untuk post kali ni ialah impian, cita2 n harapan..
kenapa tiba-tiba aku bukak cerita ni lak??
sebab kadang2 dalam hidup kita terlalu mengejar sesuatu untuk orang lain dan bukan untuk diri kita sendiri.. dan kadang kala mungkin juga sebab kekhilafan diri sendiri kita selalu mahukan orang lain mengikut kata hati kita tanpa kita sedar yang adakalanya seseorang itu juga mempunya jalan yang mereka ingin pilih dan lalui..
masa dulu kecik2 bila cikgu tanya apa cita2?
terlalu banyak cita2 yang kita ingin gapai.. tapi tercapaikah?
tiba2 aku teringatkan satu impian aku suatu masa dulu.. agak kelakar tapi iyalah masa tu kan budak2 lagi.. kanak2 ribena (^^)
aku pernah melawak n aku rasa masa tu serius kot, lepas habis PMR, nak masuk sekolah teknik n nak ambik bidang masak2.. nak belajar memasak.. (^^)
camna? ayu tak?? haha
tak ada cita-cita nak jadi doktor ke farmasi ke engineer ke or yang sewaktu dengannya.. senang, belajar masak paling2 jadi cikgu.. cikgu masak.. haha..
bila fikir balik mesti orang kata errr kolot gila cita-cita tapi itulah impian yang terlukis apabila saya berumur 12 tahun (after UPSR)
tapi semua berubah, masa form 4 masuk asrama, berdepan dengan orang2 luar cita2 pn berubah.. mula nak menggapai bintang di langit or cari mutiara di lautan.. ceh!
ambik SPM, msuk matrix n hah this is my new path in my life.. dah masuk u fikir bila masa aku pernah mimpi nak ambik course ni?? errrrr
ok, tutup pasal my old story, the story yang aku nak story mory ni pasal my brother, my only brother..
habis PMR, dia mula konpius sebab our parents lebih suka dia ambik biology, life science kot2 la ada rezeki leh jadi doctor selepas dua orang kakaknya gagal realisasikan impian tu.. (alhamdulillah my sis sekarang merupakan pelajar tahun akhir jurusan perakaunan di Universitas Negeri Medan, Indonesia) me? rujuk sini :-)
tapi yang ni je aku cakap dengan dia, dia kena fikir yang dia kena buat ni for the rest of his life.. klu salah pilih, he is the one who will suffer.. so?? decide my urself.. i'm always beside u does not take into account what is your choice.. ;-) sweet tak?
betul la aku tetap akan sokong even apa pun yang dia pilih, alhamdulliah akhirnya dia pilih jalan sendiri..
our parents kecewa skit, tapi lepas pujuk ok la.. itz about future, biar dia pilih jalan sendiri n berdiri atas kaki sendiri.. even satu hari dia menyesal, dia akan ambik iktibar n muhasabah diri.. itulah pengajaran hidup yang terbaik.. :P
tapi sekarang aku benar2 nampak potensi n minat dia ke arah mana..

his project for the spm (paper reka cipta)
gambar ini telah diambik secara senyap2 (bukan curi2) hehe..
cantek kan??

yang ni yang dah gabung.. idea asal ada kat bawah ni.. hehehe..




project membawa tema pemanasan.. tentang alat pembakar yang pada masa yang sama boleh memanaskan lauk yang lain yang berkuah.. senang untuk picnic sebab kecil dan ringan untuk dibawa.. macam sangkar je.. eh? aku lak yang promote :-)


apa2 pun gud luck my dear brother for the coming SPM.. jadikan mimpimu memori yang paling bermakna dalam hidupku.. kejarlah impianmu n ketahuilah kami senantiasa ada disisimu dik.. :p


p/s : adakalanya kita selalu terlepas pandang sesuatu yang bermakna dalam hidup.. kita selalu mengetepikan hati n perasaan orang lain kerana terlalu taksub mengejar kesempurnaan tanpa kita sedari kesempurnaan itu tetap akan hadir di celah kegembiraan dan kebahagian semua orang disekeliling kita.. ketahuilah bahawa ALLAH telah merancangkan sesuatu yang begitu indah dalam hidup kita, jadi jangan sesekali merungut dan bersyukurlah dengan setiap yang kita miliki.. :-)

0 cakap-cakap tentang coretan ini:

 

Template by Web Hosting Reviews