Wednesday 30 November 2011

cekelat


Sometimes we cannot expect to much.. because expectation may hurt u.. n sometimes also we got touched and sad for something that it shouldn’t.. but I was the truth living of life.. malam2 makan cekelat wif my romate.. juz want u to be happy as u have make mine..=) maybe i cannot be a good ones help ur heart to be fine like u did to me but i want u to cheer u up and make happy like u have done to me everytime when my tears is out of my control..


KATA 1: kenapa coklat?? sebab ada fakta mengatakan coklat boleh merembeskan hormon yang boleh membuatkan seseorang itu gembira dan hormon tu hanya ada dalam diri wanita.. sebab tu girl suka coklat.. =)
KATA 2: my romate kata dia makan dalam masa 2 minit.. saya makan dalam masa 1 minit.. haha
KATA 3: cannot see my romate sedih because she the one that can sit beside me and hear me until my tears have give up to come out again.. luv u banyak2 romate.. =)

my weekend


 my class hari ni memang sangat bagus.. kelas jam 8 pg.. kelas bi 1 jam---> tidur 1 jam ---> jalan plus minus 1 jam---> klas med chem 1 jam---> BALIKKKK...
balik bilik ok, bukan balik rumah..
begitulah kot agaknya jadual menjelang ujung sem ni.. ==
yang tu tak ada masalah... yang masalahnya pasal my weekend.. why?? because my weekend semenjak-memenjak ni sangat lah 'AWESOME'!!!!!!!


kenapa?? sebab my weekend for this month:
last week: full with MEETING (assignment+research yang tunggu celik mata je nak submit)
this week: full with LECTURES
next week: full with QUIZ
next2 week: my study weekkkk!!!
so? mana nak letak perkataan "BALIK" ni?? tolonglah jadual, bagilah satu tempat untuk saya tempatkan perkataan "BALIK" tu.. ok, budget macam boleh la kan jadual tu dengar.. (><)
penegasan di sini yer... saya bukan

cuma saya nak BALIK rumah je.. dah lama tak balik.. yer2 je la kan za.. ok stop it.. berhenti membina angan2.. :'(

atas nasihat, sekarang ni tengah meng'aplikasi'kan concept "REWARD".. dah mula sikit2 dah sekarang, nampak kesan n perubahan even sikit.. semoga semuanya berjalan lancar n plan ni berhasil.. insyaALLAH..


tahniah buat kak yang. alhamdulillah kak yang selamat diijabkabulkan pada hari Sabtu lepas (26 NOVEMBER 2011).. semoga kekal hingga ke akhir hayat dan penggembaraan ke dunia baru ini mendapat keberkatan n hidapyah ALLAH senantiasa.. AMIIINN.. insyaALLAH walimatul urus kak akan diadakan sabtu ini (3 Disember 2011).. ok, yang ini pun tak dapat pergi.. sangat sedih.. sorry yer kak yang, jadual tak mengizinkan even dah janji dengan akak nak datang.. jangan risau, my pray always with u..



post FB hari ini: tahniah USM (ok, tak nak cakap lebih2 karang kontroversi).. haha



gambar ni tak ada kena mengena pun.. just post suka suki hati.. (^^)
Sunday 27 November 2011

hari ini

<3 Assalamualaikum <3


baru balik dari karnival bowling pharmacy kat Penang Bowl.. bukak laptop untuk siapkan discussion for my management research..(my leader dah bising tanya bila i nak hantar part i).. hehehe.. sorry yer.. in the making.. lately sangat sibuk.. bukak fb n noti berikan berita ni..


dengan ini saya mengaku saya sangat sedih membaca post ini.. huhuhuh.. :'(


Friday 25 November 2011

salam MAAL HIJRAH

<3 Assalamualaikum <3



Salam maal hijrah.. semoga hari ini lebih baik dari semalam n hari esok membawa sinar baru untuk hari ini.. beristiqamah.. cuba perbaiki diri untuk menjadi lebih baik dari semalam.. =)

Saiyidina Ali Karramallahu Wajhah berkata, 
"Beruntunglah orang yang hari ini lebih baik dari semalam, rugilah orang yang hari ini sama sahaja dengan semalam, celakalah orang yang hari ini lebih buruk dari semalam."

 Doa Akhir Tahun. Dibaca 3 kali pada penghujung waktu Asar, sebelum masuk waktu Maghrib.


 Doa Awal Tahun. Dibaca sebanyak 3 kali selepas solat Maghrib.


credit to : ORANGE 4 KAY

minggu ini

<3 Assalamualaikum <3


akhirnya tamatlah kuliah bagi MINGGU INI.. even memang tiap2 minggu busy, tapi minggu ini ke'busy'an mencapai tahap maksima.. terpaksa akui.. :'(
isnin aritu, saya dengan rasminya telah menghabiskan practical dosage 2 saya.. yeay.. =) memang tersenyum bahagia la kan dah tak payah berat fikir bila nak buat labelling, nak kuiz selang seminggu, nak tensen dalam makmal bila preparation ubat tu tak jadi.. kenangan terpahit dua minggu lepas apabila terpaksa buat ubat untuk injection dua kali sebab tak jadi.. waaaa...
setelah dua semester terpaksa menghadapi semua ni, untuk subjek DOSAGE FORM 1 & DOSAGE FORM 2, kini tinggal bersedia untuk final.. erk?? dah sedia ke??
jadi untuk makmal yang terkahir, inilah hasilnya : =)

ampoule ku.. hehe..ada 7 tapi kena hantar 5 je.. ampoule ni untuk ubat injection tapi untuk 1 dose/1 kali guna tu sebab kecik. klu multi-dose botol dia besar.. =)

my last preparation.. ampoule for single use injection+eye drop+multi-dose injection.. tapi yang multi-dose tak ada sebab kena masuk autoclaving selama 1 hari..

esoknya sempena jualan pro-convo, telah mendapat satu hadiah kejutan.. ini dia..


from my lovely roomate.. thanx yer sayang.. sayang u banyak2.. sorry tak ada untuk u, lain tahun i belikan, k..

n minggu ni jugak dapat berita gembira dari my leader untuk medicinal chemistry project..

 
alhamdullillah akhirnya report kami untuk tajuk "The Design Approach for Safer, Potent and Selective Drug Compounds" mendapat approve dari supervisor kami.. thanx yer Dr.Nizam... dan sekarang bersedia untuk vivo presentation yang bakal diadakan mid december ni.. InsyaALLAH..
untuk management course, memanglah sangat men'tensen'kan.. presentation kami untuk case study telah berakhir.. syukur even agak kena attacked la kan dengan Mr.Imran tu tapi hampir semua kena attacked gak, so recovery la jugak even sikit.. =)
untuk course ni, coursework yang wajib kami siapkan ada dua iaitu case study+research.. tajuk yang diberi untuk kumpulan kami
CASE STUDY : Central Drugs (my part: evaluation of first come-first serve policy)
RESEARCH : Evaluation of community pharmacist's perception regarding impact on new technology on pharmacy business

sedar tak sedar, akhirnya bakal menamatkan semester 3.. uhuk.. draft jadual untuk final telah keluar.. sangat scary.. tak ada gap langsung?? memang akan lagi tensen la kan.. kata2 penyedap hati:exam tahun depan... erk?? :p


FAR 222: Dosage Form II
LMT 100: Preparatory English
FAR 241: Antimicrobe Therapy
FAR 221: Physical Pharmacy 1
FAR 212: Medicinal Chemistry
FAR 211: Biochemistry
FEL 272: Pharmacy Management

GUD LUCK TO MYSELF N ALL MY COURSEMATES!!! =)

KATA 1 :untuk management, sekarang dalam darurat menyiapkan research sebab presentation awal bulan 12
KATA 2: in the mood in searching video about aminoglycosides for assignment antimicrobe.. kami kena buat video untuk assignment ni n video tu akan diupload dalam youtube.. :p
KATA 3: chat with my sis, dia tengah sibuk untuk final project.. saya tengah berusaha berjimat untuk beli tiket for attend her convocation.. =)
KATA 4: my roomate nak balik rumah, so akan sunyi untuk 4 har.. huhuh
KATA 5: telah sebulan berlalu, sangat terkesan dihati.. senantiasa berdoa agar semua ini berakhir n air yang keruh kembali jernih.. tapi mungkin belum tiba masanya ALLAH mengabulkan doa hamba-Nya ini.. :'( teringin sangat tersenyum gembira dengan hati yang ikhlas seperti dulu n bukan tersenyum bagi menyembunyikan duka..

Sunday 20 November 2011

orang yang sunyi

<3 Assalamualaikum <3


baru balik dari deeparaya (deepavali+hari raya) celebration kat foyer school pharmacy.. roomate tak balik lagi (actually kami lari awal sebab rasa macam boring duduk lama2 dalam tu).. so, duduk la dalam bilik ni sorang2.. janji pada diri sendiri nak siapkan practical dosage.. siapkah untuk malam ini?? hurmm
dapat satu quote untuk dikongsi.. untuk dijadikan peringatan+penghayatan untuk diri sendiri..


bila fikir2 balik betul jugak. orang yang senantiasa berusaha untuk gembirakan orang lain ni sebenarnya sangat sunyi.. disebabkan mereka faham erti 'sunyi' yang sebenar, jadi mereka berusaha supaya orang sekeliling mereka tak rasa apa yang mereka rasa.. temani mereka kerana mereka begitu sukar menuturkan perkataan yang menggambarkan betapa mereka amat memerlukan kita.. :'(
seperti kita lihat orang yang penuh dengan kegembiraan dan senantiasa tersenyum seakan-akan dalam hidupnya tidak pernah sekalipun ditimpa masalah adalah orang yang paling menyedihkan.. kenapa?? kerana kesedihan dalam diri mereka terlalu besar sehinggakan mereka sangat menghargai kegembiraan yang walaupun kecil.. dan kerana mereka sudah biasa dengan kesedihan, mereka menjadi begitu bijak dalam menyembunyikan perasaan dengan melahirkan sebuah senyuman yang berjaya mengaburi 1001 pasang mata..

mutiara kata :
Sometimes we struggle through a tasteless coffee till the last sip
&
we find sugar lying at the bottom
^^That's Life^^,
Enough sweetened but not stirred well... ♥
For real.. May ALLAH help us to stire our coffee well.!!!

kata 1: setiap orang ditimpakan musibah dan dugaan yang sama rata walaupun dalam bentuk yang berbeza
kata 2: minggu ini sangat letih+lelah.. kelas awal pagi berterusan hingga malam, presentation untuk management minggu ini? wah!!!
kata 2: my adeq sudah selamat menjadi penganggur di rumah sehingga cuti persekolahan tamat.. saya mengaku saya sangat jeles.
Thursday 17 November 2011

stuck in my heart

<3 Assalamualaikum <3


selesai dengan kuiz bichem.. Alhamdulillah.. ok ke tak?? erk.. itu belakang kira... nasib sangat baik n syukur sebelum masuk test sempat terpandang principle of salting out.. kalau tak 10mark tu akan melayang2 ucap selamat tinggal kat aku.. huhuh.. after dari pukul 8 malam sampai 1 pagi menghadap biochem, structure amino acid sempat hafal semalam tapi tak banyak, agak kecewa sebab hilang markah kat structure yang tak sempat hafal.. huhuh.. :'(
tapi, syukur lah dengan at least kertas tu tak kosong kan.. =)
balik test, management kelas cancel, so, terus balik bilik..
buka fb, twitt n so on.. =)
tiba2 rasa rindu :p

gambar apa ni.. this is one of my favourite picture,, serius.. last party of 5Zarqali aka 5Udayana.. on farewell party.. masa ni aku jadi mc dengan my twin.. who?? tu yang sedondon dengan i pakai warna pink..
serius masa ni sangat susah nak paksa my twin ni nak guna 'pink' theme(actually tiap couple kena guna theme yang berlainan.. sje pilih pink sebab my twin ni memang allergic gila la dengan 'pink' colour ni.. hehe.. saya sangat jahat n saya mengaku.. (^^)
tapi demi kesiankan twin dia ni so dia dengan rela+berat hatinya mengikut kata hati i..
yeay!
masa ni gak tiap orang akan dapat hadiah dari SA (secret admire) masing2 n kita pun kena bagi kat SA kita.. errrrr??
siapakah SA saya n dalam diam saya ni SA kepada siapa??
well, all be the secret of the paper yang dicabut.. undian dilakukan n sebarang bantahan tidak dilayan.. eceh..
dan ditakdirkan my SA lelaki n saya pun SA kepada lelaki gak..
sebelum majlis, semua orang kena bagi surat or something like that kat orang yang kita minat ni..
creadit to husna yang banyak bagi dorongan+galakan+bantuan..
masa tu saya jadi sangat nakal..
hehehehehe,,,
kepada orang yang saya minat dalam rahsia tu (translate dari SA), ampun maaf yerr.. =)
n kepada SA saya, terima kasih daun keladi for all the presents really2 appreciate that even mula2 touching sebab tak dapat surat..
(^^)
serius rindu kelas ni, rindu my maktab ni, my frens n my romate+housemate..
semua dah bawak haluan masing2, most of them are currently in egypt ( a doctor to be)
wherever you are hope one day we can meet again..
semoga kejayaan milik kita bersama.. =)
luv u all..

our currently official website:


kata 1: ZARQALI actually our class's name tapi udayana tu nama special untuk kelas kami.. =) sebab? tu kena tanya orang bertanggungjawab.. =)
kata 2: munira di IIUM, husna di China, sangat rindu mereka.. :'( nanti balik kita dating together2 ok.. =)


Sunday 13 November 2011

impian kami tercapai.. yeay!

<3 Assalamualaikum <3


kami?? siapakah?? yes, me n dayu.. well, setelah dirancang dengan rapi, akhirnya niat n impian kami utk bertandang ke tempat ni tercapai.. =)


perpustakaan awam, sungai petani..

well wat apa kami kat sini?? budget rajin?? muahahaha.. kuiz dah dekat.. study tak habis lagi.. :'(
akhirnya setelah lebih dua jam berhempas pulas, akhirnya siap la cover tutor biochem kami..(even ada certain question akhirnya tetap tak dapat solution, oh voet n voet, tapi kami dah cuba sebaik mungkin.. cheewah)  =)
then, lepas tu, apa lagi?? enjoy..
pergi taman jubli perak (actually kat sebelah lib tu je pun) jalan-jalan, naik buaian, n dapat tengok rusa..
yeay! best2..

 dapat naik buaian.. ok, serius macam budak.. tapi.. ada kesah?

 tasek@jubli perak

me+dayu+rusa (ada kat belakang tu, tak nampak sangat sebab rusa tu dah sedia nak lari)

 dayu...

tengok tak lama sebab kami ada planning lain..
main badminton..
budget terror.. haha.. 
 akhirnya bila dah penat kami pun blah dari tempat tu (plus kami mula perasan yang rasanya boys kat situ nak guna tempat tu main bola.. sorry ye adik2, 'akak2' ni tak tau.. ngee..

me+dayu

 kenapa nampak gemuk ni?? errrr...

 balik sakit tangan sebab dah lama tak exercise.. haha.. u deserve it..
credit to dayu yang sudi hantar balik.. =)
esok nak balik usm dah, kepala dah makin ribut, kuiz dah makin hampir,,
waaaa...
arini gak dapat invitation untuk majlis kawen my kakak angkat yang dulu rajin jaga i masa kat smk bandar sungai petani..
congratez yer kak yang for ur wedding.. semoga bahagia n berkekalan hingga akhir hayat.. InsyaALLAH klu tak ada aral, kami sekeluarga akan datang.. =)

mutiara kata:
hidup ini terlalu singkat untuk menyesali n menangisi sesuatu yang tak perlu.. move on and live ur life.. hidup ini terlalu indah untuk kita cemari.. kita tak akan boleh ketawa untuk lawak yang sama berulang kali tapi kenapa kita masih menangisi n meratapi sesuatu peristiwa duka berulang-ulang kali.. ALLAH tau apa yang terbaik untuk kita.. yakinlah padaNya.. InsyaALLAH.. ya ALLAH ya tuhanku, kuatkan lah aku, berilah aku kesabaran n ikhlaskan lah hatiku di setiap perbuatanku.. berikanlah yang terbaik buat hambaMu ini kerana sesungguhnya hanya Kau lah tempat aku meminta pertolongan.. =)

p/s 1: gambar tak boleh upload sebab masih kat dayu, will upload it later.. =)
p/s 2: nak balik usm dah tapi tak tau lagi nak balik ke tak this december.. wedding kak yang + my besday.. ngeee.. tapi mesti sibuk since due date research around the corner.. hmm
p/s 3: credit to dayu for today beautiful moment.. love it..  insyaALLAH diri ini akan makin kuat.. =) luvvvv
p/s 4 : lepas ni dah akan tak rajin upload blog.. sangat susah line wifi usm untuk upload blog.. :'(

impian : nak main badminton kat usm nanti, exercise.. tercapaikah?? hurmmm

Saturday 12 November 2011

ALLAH sayang saya, ALLAH uji saya

<3 Assalamualaikum <3


kadang-kadang kita selalu merungut akan setiap dugaan dan ujian yang ALLAH berikan kepada kita. semestinya aku turut terlibat dalam 'golongan' itu.. tetapi sedarkah kita mengapa ALLAH menduga kita sekalian.. kita diduga, barulah kita terngadah dan kembali bersamaNya.. tetapi jika kita tidak diduga adakah kita akan bangkit dari mimpi-mimpi kita ini.. tiap kali diduga dan diuji ucaplah 'ALHAMDULILLAH' kerana ini membuktikan ALLAH sangat menyayangi kita dan ingin kita senantiasa ingat padaNya tanpa tersasar dari jalan yang sepatutnya.. bersyukurlah kerana kita menjadi insan n hambaNya yang bertuah yang diduga yang mana mungkin orang lain tidak berkesempatan mengalami 'pengalaman' berharga ini.. =)


 
Allah menguji seseorang itu kerana Allah swt mempunyai rahsianya tersendiri, sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita.

..............................
.....................

RINTIHAN

Ketika Allah rindu pada hambanya, Allah akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yang isinya adalah ujian...

Dalam hadith qudsi Allah berfirman:

“Pergilah pada hambaku lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya.”
(HR. Thabrani dari Abu Umamah)


Abu Said dan Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi SAW. bersabda: 

“Seorang muslim yang ditimpa penderitaan, kegundahan, kesedihan, kesakitan, gangguan, dan kerisauan, bahkan hanya terkena duri sekalipun, semuanya itu merupakan kafarat (penebus) dari dosa-dosanya.''
~H.R. Bukhari dan Muslim~


Tuesday 8 November 2011

"architect" in the making

<3 Assalamualaikum <3


sangat rajin untuk update blog sejak kebelakangan ni... tak da kerja?? tipu la tu.. assignment bertimbun, research tunggu masa nak due date je.. kuiz dah pangil2..
arggghhhh....
ok fine.. relax.. (^^)
cerita untuk post kali ni ialah impian, cita2 n harapan..
kenapa tiba-tiba aku bukak cerita ni lak??
sebab kadang2 dalam hidup kita terlalu mengejar sesuatu untuk orang lain dan bukan untuk diri kita sendiri.. dan kadang kala mungkin juga sebab kekhilafan diri sendiri kita selalu mahukan orang lain mengikut kata hati kita tanpa kita sedar yang adakalanya seseorang itu juga mempunya jalan yang mereka ingin pilih dan lalui..
masa dulu kecik2 bila cikgu tanya apa cita2?
terlalu banyak cita2 yang kita ingin gapai.. tapi tercapaikah?
tiba2 aku teringatkan satu impian aku suatu masa dulu.. agak kelakar tapi iyalah masa tu kan budak2 lagi.. kanak2 ribena (^^)
aku pernah melawak n aku rasa masa tu serius kot, lepas habis PMR, nak masuk sekolah teknik n nak ambik bidang masak2.. nak belajar memasak.. (^^)
camna? ayu tak?? haha
tak ada cita-cita nak jadi doktor ke farmasi ke engineer ke or yang sewaktu dengannya.. senang, belajar masak paling2 jadi cikgu.. cikgu masak.. haha..
bila fikir balik mesti orang kata errr kolot gila cita-cita tapi itulah impian yang terlukis apabila saya berumur 12 tahun (after UPSR)
tapi semua berubah, masa form 4 masuk asrama, berdepan dengan orang2 luar cita2 pn berubah.. mula nak menggapai bintang di langit or cari mutiara di lautan.. ceh!
ambik SPM, msuk matrix n hah this is my new path in my life.. dah masuk u fikir bila masa aku pernah mimpi nak ambik course ni?? errrrr
ok, tutup pasal my old story, the story yang aku nak story mory ni pasal my brother, my only brother..
habis PMR, dia mula konpius sebab our parents lebih suka dia ambik biology, life science kot2 la ada rezeki leh jadi doctor selepas dua orang kakaknya gagal realisasikan impian tu.. (alhamdulillah my sis sekarang merupakan pelajar tahun akhir jurusan perakaunan di Universitas Negeri Medan, Indonesia) me? rujuk sini :-)
tapi yang ni je aku cakap dengan dia, dia kena fikir yang dia kena buat ni for the rest of his life.. klu salah pilih, he is the one who will suffer.. so?? decide my urself.. i'm always beside u does not take into account what is your choice.. ;-) sweet tak?
betul la aku tetap akan sokong even apa pun yang dia pilih, alhamdulliah akhirnya dia pilih jalan sendiri..
our parents kecewa skit, tapi lepas pujuk ok la.. itz about future, biar dia pilih jalan sendiri n berdiri atas kaki sendiri.. even satu hari dia menyesal, dia akan ambik iktibar n muhasabah diri.. itulah pengajaran hidup yang terbaik.. :P
tapi sekarang aku benar2 nampak potensi n minat dia ke arah mana..

his project for the spm (paper reka cipta)
gambar ini telah diambik secara senyap2 (bukan curi2) hehe..
cantek kan??

yang ni yang dah gabung.. idea asal ada kat bawah ni.. hehehe..




project membawa tema pemanasan.. tentang alat pembakar yang pada masa yang sama boleh memanaskan lauk yang lain yang berkuah.. senang untuk picnic sebab kecil dan ringan untuk dibawa.. macam sangkar je.. eh? aku lak yang promote :-)


apa2 pun gud luck my dear brother for the coming SPM.. jadikan mimpimu memori yang paling bermakna dalam hidupku.. kejarlah impianmu n ketahuilah kami senantiasa ada disisimu dik.. :p


p/s : adakalanya kita selalu terlepas pandang sesuatu yang bermakna dalam hidup.. kita selalu mengetepikan hati n perasaan orang lain kerana terlalu taksub mengejar kesempurnaan tanpa kita sedari kesempurnaan itu tetap akan hadir di celah kegembiraan dan kebahagian semua orang disekeliling kita.. ketahuilah bahawa ALLAH telah merancangkan sesuatu yang begitu indah dalam hidup kita, jadi jangan sesekali merungut dan bersyukurlah dengan setiap yang kita miliki.. :-)

holiday @ aidiladha

<3 Assalamualaikum <3



welcome back to the blog's world!!! erk?? in the other meaning welcome back home
salam aidiladha.. smoga aidiladha ini dapat membrikan ruang untuk kita melakukan pengorbanan walaupun hanya sekelumit.. dan semoga aidiladha kali ini memberikan kita peluang untuk memahami erti sebenar pengorbanan.. ^^
raya kali ni macam biasa, menu tak berubah untuk beberapa tahun kebelankangan ni
(idea aku untuk tukar menu tahun ini mendapat tentangan hebat dari my bro n jiran tetangga.. erk?? jiran?? haha.. another long story)
dari pagi sampai petang memang 2 kerja la aku buat.. buat kerja menghidang atau makan rumah orang.. macam2 makanan ada.. turn makan kat rumah aku, hah waktu tu baru padan muka sebukit pinggan untuk dicuci.. ;'(
tapi yang bestnyer petang tu, my dad and my uncle decided nak keluar jalan..
yeay..




ok fine my bro bising kata aku tak terror tangkap gambar.. errr... ce undi tengok gambar yang mana lagi cantekkk. (mood : riak + berlagak).. haha

yeah, itulah destinasi kami lewat petang tu membawak ke tengah malam..
wow?
tengah malam.. mesti la bertolak pun dah petang, jalan lagi makan lagi.. huha2 lagi.. kan dah malam :)
n special event waktu tu kami celebrate sekali dengan birthday puteri bongsu uncle i ni..
me+besday girl.. harap maklum yer muka adik kecik ni sememeh skit.. dia tak suka tangkap gambar.. tu muka jadi macam jeruk tu.. hehe

lama dah mengidam nak celebrate besday, sampai demam2 last2 ni baru tercapai..
biasa la budak2 ni lain skit, klu depa tak dapat apa yang depa nak sangat, then u have to deserve something from that.. ^^
bagi je apa depa nak.. terus ok.. :)




 terkedu dah tak tau nak cakap apa.. T_______T


cepat2 potong, pasni bleh kita mandi.. (mood : excited)

tempat tu ok la best tapi yang tak bestnya sebab kena pakai tudung sentiasa.. iya la kan ada boys skali.. sebenarnya ada je kolam tertutup untuk girls tu, tapi kami tak perasan.. dah siap mandi semua baru perasan.. tapi air kat situ tak berapa panas sangat..
masa kaki jejak air tu serius sangat panas, tapi bila dah lama2 ok la..
orang kata dah immune..
me n my bro and budak2 tu siap tunjuk tough lagi kat our parents konon tahan panas sedangkan kami dah lama dalan kolam tu, so dah jadi tak berapa panas sangat ler..
hehe.. :p
my dad cakap air tu bagus untuk yang ada allergik like me.. betul ke??
tapi mungkin sebab kami tak biasa, jadi xboleh terlalu lama sangat dok dalam kolam tu..
penat.. melaui teori adeq saya:
adeq: temperature increase, so pressure increase..
ceit mentang budak fizik wat ceramah lak kt sini. kihkih. :p
apa2 pun memang enjoy mandi kat sana.. :)


yang ni kolam utama.. sumber untuk kolam2 yang lain.. sangat panas.. tengok nampak berasap-asap..


masa kami datang orang tak ramai sangat sebab orang lagi suka datang tengah2 malam.. masa kami datang awal lagi sebab takut sesat.. :-)


wif my adeq spupu yang lagi sorang... kami ni memang gila gambar skit yer.. T_______T


akhirnya mendapatkan apa yang diidam idamkan.. (erk? idam???)


memang teruk gila dah makan nasi pun masih teringin nak makan burger.. tak tahan tengok orang ramai jual kat situ,, thnx to my adeq spupu yang sangat memahami keinginan kakaknya yang seorang ini.. kihkihkih

ok.. cuti raya ini memang saya makan banyak.. saya mengaku.. (^^)

pukul 3 pagi sampai rumah, solat trus lena tak sedarkan diri.. hehe..

 

Template by Web Hosting Reviews