Cerpen : You Are My Missing A II
Oleh : Osie
“Itu la. Lain kali jangan minum air yang ada semut!” sambung Ed lagi. Giliran Fari pula membeliakkan mata. Suka-suka jiwa je cakap. Bila masa pulak semut jadi perasa tambahan minuman aku.
Ed gelak besar melihat muka Fari yang berkerut-kerut. Sungguh, dia rindu pada wajah itu. Lebih sebulan tidak bertemu membuatkan dirinya hilang punca.
Farihani. Tidaklah secantik Ness. Juga tidak sebijak Ness. Tapi kejujuran dan ketulusan hati Fari buatkan dirinya tertarik. Ya, sangat innocent.Telus. Bersih. ‘Eh, banyak pulak aku puji budak ni. Hehehe. Aku rindu kau la Farihani, ‘ senyuman terukir.
Farihani mengangkat kening. ‘Tak betul agaknya cikgu aku ni. Sebulan hilang balik-balik dah telonggar wayar dekat otak. Sengih sorang-sorang.
“Cikgu Ed accident lagi ke?,” Terlepas soalan itu dari mulut kecilnya.
Kening Ed terangkat. Apa soalan ni. Aku ada rupa macam orang lepas accident ke? “Tak lah. Rindu. Kenapa?” muka Fari yang masih la maintain senyum direnung. Dalam…
“Erk, cikgu cakap apa? Rindu?”
Merah muka Ed. ‘Alamak, macam mana boleh terlepas pulak ni,’ “Saya tak accident lah. Kenapa?” Cepat-cepat Ed merubah ekpressi muka. Buat muka tak ada apa-apa.
“Tak adalah. Saya tengok cikgu senyum sorang-sorang. Kot kot la wayar dah longgar kat mana-mana sebab accident.” Selamba Fari mengusik. Ed membeliakkan mata.
“Nak kata saya tak betul, ke?”
“Eh, tak adalah sampai perkataan tu. Kejam sangat bunyinya,” Fari sengih.
“Oh, melawan ya sekarang. Mana belajar?” Ed mengeleng. Ada-ada saja si Fari ni. Fari hanya sengih.
Suasana kembali sunyi. Ed hanya memandang wajah Fari yang sejak dari tadi tersengih sengih. Lala yang kena goreng dengan serai pun tak sengih macam tu. Dua tiga pekerja restoran yang sedang mengemas meja dan kerusi mengerling kearah mereka berdua beberapa kali. Sepasang suami isteri yang duduk di hadapan mereka tadi sudahpun selesai membuat pembayaran di kaunter. Tinggallah Ed. Satu-satunya pelanggan yang ada.
“Awak pergi kemas meja sana. Karang kena marah dengan bos,” Ed membuka mulut. Segan pula melihat beberapa orang pekerja yang menjeling-jeling. Fari juga yang setia menayang gigi du hadapannya. Jarum jam sudahpun menunjukkan tepat pukul 10.00 malam. Fari menarik kerusi di hadapan Ed. Dengan selamba bomba dia melabuhkan punggung. Ya, dengan sengihan yang masih berbaki.
“Biarlah pekerja yang kemaskan. Saya nak sembang dengan cikgu lagi ni,”
“Eh, bukan ke awak bekerja dekat sini?” Buang tabiat agaknya budak ni. Berangan jadi bos! Ed sengih.
“Iyalah,” Fari mengangguk.
“Habis tu, awak tak takut kena marah dengan bos? Rilek je lepak dekat sini. Pekerja yang lain tak komplen ke?” Ed makin pelik. Fari menarik senyum. Lagi lebar.
“Mana la diorang berani nak kutuk anak bos!”
“Eh?” Ed tercengang. Fari tergelak kecil. Mata Ed bulat memandang Fari yang masih dengan sengihannya. “Restoran ni awak punya?”
“Nope. Abah yang punya,”
“Laa, kenapa tak cakap,”
“Cikgu tak pernah tanya,”
“Pulakk.. dah tu, encik yang saya minta kebenaran masa nak pergi klinik tu siapa?”
“My abah!” Fari sengih. Ya, dia masih ingat mimik muka abah waktu itu. Terkejut, terperanjat, terpaku, ter tak boleh buat apa-apa. Semua bercampur baur.
Mana taknya, dahlah kaki Fari dihempap kaca dan sup panas. Seorang lelaki yang tak dikenali suka suka hati jantung dia je tarik anak dia bawak pergi klinik!. Balik dari klinik tempoh hari, dia terpaksa menjawab bertubi-tubi soalan dari abah. Bertubi-tubi jugalah dia menjawab. Semua Edwan Haris ni punya pasal.
Mulut Ed ternganga. Gulp. Sekali air liur terasa sambal belacan! ‘Malu nyer aku. Selamba bomba je angkut anak dara orang depan bapak dia,’
“Cikgu!, tutup mulut tu. Abah okey je. Saya dah cerita semua.” Fari sengih. Nak tergelak pun ada. Muka Ed dah macam hapa dah. Abah memang panas jugak mula-mula tu. Tapi, selepas balik dari klinik, selepas diterangkan apa yang terjadi, selepas kasi abah dua-tiga gelas air batu, barulah abah sejuk. Hehe, abah…
“Betul ni?” Ed masih teragak-agak.bimbang juga kalau abah Fari tidak suka.
“Ya. Tengok muka saya yang serius ni,” Fari sengih. Jari telunjuknya di tala ke arah mukanya sendiri.
“Kalau tu muka serius, muka gembira macam mana?” Ed ketawa.
Fari gelak. Kak Madi yang sedang mengelap meja menjeling sekilas. Senyuman tidak lekang dari bibirnya. Ada lah tu gosip nanti. Haih kak Madi. “Lama tak nampak cikgu dekat sini. Pergi mana?” Baru Fari teringat untuk bertanya.
“Syarikat hantar pergi Sabah sebulan. Saya baru sampai semenanjung petang tadi. Lepas mandi semua terus datang sini,” Mata Ed melilar ke arah sekeliling restoran. Tidak ramai pekerja di restoran itu. Hanya 4 orang termasuk Fari.
Fari senyum. Tak penat ke cikgu aku ni. “Wah, tak sabar-sabar nak makan dekat sini ke,”
“Bukan,” potong Ed tiba-tiba.
“Eh, dah tu?” Kening Fari terangkat. Bukan untuk makan? Dah tu, nak tengok result aku. Eh, jap, mana pulak dia dapat tahu aku nak tunjukkan result aku hari ni?
“Nak jumpa awak la. Farihani. Kalau saya nak makan, dekat kedai depan rumah pun boleh,” Ed sengih. Farihani menelan air liur. Lain perasaannya ketika ini. Terasa darah menyerbu ke muka. Nak jumpa aku? Rindu aku ke? Er, takkan lah kot…
“Orang tanya betul-betul lah,” tergagap-gagap Fari bersuara. Mukanya sudah berubah warna. Merah!
“Laa, betullah. Tengok muka saya. Banyak punya serius ni. Bukan takat serius, duarius lagi,” Ed mengusik.
“Senget,”
“Hahahaha”
*************************
“Abah awak ada?” perlahan Ed bertanya. Dia baru melabuhkan punggung di atas kerusi. Ramai pelanggan tengah hari itu. Mata Ed menilik setiap inci bahagian restoran. Fari sengih. Takut la tu.
“Nope. Abah keluar. Ada hal,” Buku menu di letakkan di atas meja.
Ed menarik nafas lega. Senyuman nipis diukir. Matanya menatap menu yang diberikan oleh Fari. Hari itu hari sabtu. Fari tiada kuliah. Ed tidak bekerja.
Ed menarik nafas lega. Senyuman nipis diukir. Matanya menatap menu yang diberikan oleh Fari. Hari itu hari sabtu. Fari tiada kuliah. Ed tidak bekerja.
“Kali ni saya betul-betul nak nombor telefon awak, boleh?”
“Eh? Nombor telefon saya ada dalam menu ke?” Kening Fari terangkat. Ed gelak. “Ada ke cikgu?” Fari tak puas hati. Menu yang dipegang Ed diambil. Dibeleknya beberapa kali.
“Farihani!” Suara Ed bercampur ketawa. Fari juga melakar senyuman.
“Awak main-main kan saya, ya?”
“0123456789!” Senafas Fari menyebut. Ed terpinga. Erk, eh, dah kasi ke?
“One more Farihani,”
“Tak boleh dah, yang tak ada dalam menu, mahal sikit kalau nak order,”
“Berapa? Untuk awak, saya tak kisah berhabis banyak mana,” kata-kata Ed ikhlas kedengaran. Fari menelan air liur. Apa kena dengan engineer ni? Meroyan pagi-pagi. “Farihani,”
“Er, ya.” Fari sengih. Pen yang dipegangnya menulis sesuatu di kertas order. Kertas itu kemudiannya diletakkan di atas meja. Ed tersenyum.
“Terima kasih. Berapa ringgit?”
“Cikgu!”
Ed ketawa. Serta merta perut laparnya menjadi kenyang!
*************************
“Fariz, tolong lah berubah sayang. Bila la anak mama ni nak jadi matang macam Edwan. Tiap-tiap malam keluar. Pagi-pagi mula lah liat nak pergi kerja. Papa kamu dah banyak kali bising,” Lembut suara Datin Maznah memujuk. Viz mengeluh. Edwan. Edwan. Edwan. Cuba lah satu hari aku hidup tanpa nama dia. Bosan!
“Maaa, please. Viz nak tidur kejap ni. Sakit kepala,” Viz menarik gebar. Sekilas matanya menjeling jam di hujung meja. Pukul 8.00 pagi.
“Viz subuh baru balik, memang lah kepala tu sakit.” Datin Maznah mengeleng. Hati ibunya risau. Bimbang. Takut anaknya itu tidak ada masa depan. Kenapalah Viz tak boleh jadi macam Edwan, sepupunya. Rajin. Dah ada kerjaya sendiri. Tak ada lah nak keluar berhibur tiap-tiap malam.
“Esok je lah Viz mula kerja Ma. Harini serius Viz sakit kepala. Penat. Esok ya, Ma?”
“Dah berapa kali Viz cakap esok-esok. Tak jugak mula kerja. Dah, sekarang bangun. Papa kamu dah bising tadi. Dia nak Viz ada dekat pejabat harini. Kalau tak, belanja Viz kena potong,” Datin Maznah menarik gebar. Langsir putih diselak. Cahaya matahari pagi menjenguk masuk ke dalam bilik bercat biru tua itu. “Wake up,” Belakang Viz ditepuk lembut.
Viz menggeliat. Malas. Sakit hati pun ada. Edwan Haris. Satu satunya sepupu lelaki yang dia ada. Mama tu pun satu. Papa tu pun dua. Eh, bukan. Mama dengan papa tu pun satu. Sikit-sikit nak jadi macam Edwan, sikit-sikit Edwan. Ed, kau spoil lah. Nak berjaya, tak payah lah susahkan aku. Arghhhh.
Viz bangun juga. Dipaksa matanya untuk buka. Dia mencapai Blackberry di hujung katil. Mencari-cari nombor telefon seseorang yang dia rindu. Seingatnya sudah seminggu mereka tidak bertemu. “Ness, jom lunch dengan I nanti. I pergi office hari ni. Bosan,” Pantas Viz menjawab bila talian disambung.
“I dekat KLIA ni. Eh, I tak bagitahu you ke? Sorry,” Ness tergelak kecil di hujung talian. Kening Viz terangkat. KLIA? Nak pergi mana pulak si Ness ni.
“Buat apa dekat KLIA? You nak hantar siapa?”
“I la yang nak berangkat. I dapat offer dekat Milan tau. Flight I lagi dua jam.” Suara Ness kedegaran sangat teruja. Itulah cita-citanya. Itulah impiannya. Menjadi seorang model yang berjaya. Model antarabangsa.
“Berapa lama you dekat Milan?” Viz mengeluh. Ness. Walaupun dia dah berjaya merampas Ness dari Ed, hakikatnya, jiwa Ness masih dengan Ed. Ya. Hati Ness masih pada Ed.
“Dua tahun macam tu. Tapi maybe hujung tahun ni I balik kejap,”
Er terdiam. Dua tahun? Tak pernah pun Ness cakap apa-apa sebelum ni. Tiba-tiba nak buat modelling dekat Milan dua tahun.
Er terdiam. Dua tahun? Tak pernah pun Ness cakap apa-apa sebelum ni. Tiba-tiba nak buat modelling dekat Milan dua tahun.
“You dah fikir masak-masak ke Ness?”
“Eh, of course la dear. Kan ini memang impian I. Eh Viz, next time la I call you lagi. I got to go. Bye!”
“Okey. Take care,” Talian diputuskan. Viz memandang kosong kearah dinding. Macam tu je Ness? Just like that? Kau tinggal aku macam tu je? Sekali lagi Viz mengeluh. Tuala dicapai. Pergi mati lah semua perempuan.
******************
“Farihani. Awak tahu tak saya suka awak?”
Fari terbatuk. Habis tersembur teh O ais limau bungkus yang baru sahaja disedutnya. Bulat mata Fari memandang Ed yang tersengih menayang gigi putihnya.
Ed membaling secebis roti gardenia ke dalam tasik. Berebut rebut ikan yang bermacam warna mendapatkannya. Ed senyum melihat gelagat ikan campuran oren,putih dan hitam yang berlumba lumba mendapatkan makanan. Fari memandang Ed yang masih selamba. Muka Ed direnung dalam-dalam. Edwan Haris, baik. Matang. Kacak…
“Awak dengar tak?” Ed menoleh kearah Fari. Sekali lagi Fari tersentak. Air liur ditelan. Rasa teh O ais limau!. Roti gardenia di tangan di masukkan ke dalam mulut. Haih, kongsi makan dengan ikan ke cikgu aku ni?
“Hmm, dengar..”
“Awak suka saya tak?”
“Err, saya kena jawab ke?”
“Farihani….” bulat mata Ed. Main-main pulak dia. Aku cium karang. Hehehe.
Fari sengih nakal. Sekali lagi teh O ais limau di sedut. Kenapa tiba-tiba manis pulak rasanya ni?
“Awak sweet, awak tahu tak?” Ed senyum. Muka putih Fari direnung.
“Tak,”
“Apa yang tak?”
“Tak, saya tak tahu saya sweet,”
Edwan senyum. Fari..Fari.. tengok, macam mana la aku tak terjatuh hati,jiwa dan perasaan dekat budak ni. Ada saja yang buat aku senyum.
Edwan senyum. Fari..Fari.. tengok, macam mana la aku tak terjatuh hati,jiwa dan perasaan dekat budak ni. Ada saja yang buat aku senyum.
“Farihani,” lembut suara Ed memanggil. Meremang bulu roma Fari. Sumpah, kalau hati dia macam air batu ni, confirm dah cair meleleh!. Mak ai suara dia..
“Hmm?” Fari tak berani memandang. Dia boleh rasakan darah merah menyerbu ke muka. Panas… Saya suka, tapi….
“Saya sayang awak ni. Awak sayang saya tak?”
“Cikgu, memang kena tanya straight to the point ek? Kias kias la sikit,”
Ed ketawa. “Kenapa? Awak malu? Farihani. Be my wife?” Sekali lagi Fari tersedak. Apa mimpi Cikgu tak bertauliah aku ni. Tadi cakap suka. Sekarang ajak kahwin.
“Farihani..kalau saya cakap lagi, agaknya awak tercekik dekat sini,” Ed mengusik.
“Saya baru 22 tahun cikgu oit. Masak air pun boleh kering,”
“Tak apa, nanti saya belikan water heater. Confirm tak kering!”
“Saya belajar pun tak habis lagi ni, macam mana?”
“Belajarlah, bukannya saya suruh awak duduk rumah 24 jam,”
Fari diam. Alamak, kena kahwin jugak ke ni. Memang la aku suka tapi….
“Ada lagi?” Ed mengusik apabila melihat dahi Fari berkerut-kerut.
“Tapikan cikgu, mengikut pengalaman kawan-kawan sayalah, ramai jugak yang tak boleh fokus belajar bila couple,”
Ed gelak sakan. Farihani..Farihani.. “Itu pengalaman kawan-kawan awak. Awak punya pengalaman InsyaAllah tak macam tu. Nak cuba? Jom kahwin!”
Kening Fari terangkat. Haih cikgu aku ni….
****************************
Memang bertuah kau Edwan. Mana kau pergi, ada saja perempuan yang ikut kau. Matanya masih terpaku pada satu pasangan yang duduk bersila di tepi tasik. Ramai yang jogging petang itu, namun matanya menangkap seorang lelaki yang cukup dia kenal. Lelaki yang bernama Edwan Haris.
Memang bertuah kau Edwan. Mana kau pergi, ada saja perempuan yang ikut kau. Matanya masih terpaku pada satu pasangan yang duduk bersila di tepi tasik. Ramai yang jogging petang itu, namun matanya menangkap seorang lelaki yang cukup dia kenal. Lelaki yang bernama Edwan Haris.
Hatinya bernanah mendengar gelak tawa pasangan itu. Gadis di sebelah Edwan kelihatan ayu, manis bertudung. Bersimpuh sambil memegang bungkusan minuman. Sesekali gadis itu tersenyum diusik.
Edwan Haris, kau tahu nasib kau nanti. Hah, perempuan tu sekali. Senyuman diukir. Senyuman penuh makna!
***************************
“Maaf dik, maaf!”
“Maaf dik, maaf!”
Dahi Fari berkerut. Tangannya mengibas ngibas kainnya yang basah. Kotor!
“Maaf ya dik, abang tak sengaja,”
“Hm, tak apalah bang, dah ditentukan hari ni saya disimbah lopak air,” Fari senyum sesaat. Apalah nasib hari ni. Kuliah cancel, abah pula ada kerja kedat luar, tak boleh ambil. Dah elok jalan kaki, kena simbah pulak dengan lopak air. Fari membuka langkah. Cuaca panas. Tak larat nak berjemur lama-lama dengan entah siapa yang langgar lopak air ni.
“Dik… dik..”
Fari mematikan langkah. Dipandangnya tuan punya kereta yang menjadi penyebab dia disimbah lopak air! Lelaki itu senyum. Mak ai, kacaknya. Kalah Aaron Aziz! Fari, mata tu jaga. Jaga.
“Ya?”
“Abang gantikan baju tu, nak? Kasut tu sekali. Dah kotor teruk tu,” Berkerut-kerut lelaki itu memandang kasut putih Fari yang sudah lencun. Warna teh ais!
“Tak apa bang, boleh je basuh ni. Elok lagi,” Fari Sengih. Entah apa la dia ni. Kau aku kea air je. Bukan Hydrochloric Acid 5.0! “Terima kasih, saya balik dulu. Lain kali jangan langgar lopak air lagi,” sempat Fari mengusik. Lelaki itu hanya senyum.
“Kalau macam tu, abang hantarkan awak balik la. Takkan awak nak jalan dengan kasut basah macam tu,” Lelaki itu masih lagi cuba untuk menolong.
“Hah, boleh jugak bang. Lagi dua blok depan tu,” Fari sengih. Apa kau buat Fari? Senang-senang je naik kereta orang. Ah, lelaki ni macam baik je. Lagipun panas terik ni. Tak sanggup aku nak jalan lagi.
“Kalau macam tu, jom,” Lelaki itu senyum. Fari sengih. Selamba dia melangkah masuk kedalam kereta setelah lelaki itu membukakan pintu. Kereta porshe ni Fari. Dalam mimpi pun belum tentu kau boleh nampak. Tapi, Cikgu Ed pun ada Ferrari. Erk, Cikgu Ed!
Kereta diberhentikan di hadapan Restoran Western Here. Lelaki itu membuka pintu di bahagian penumpang. Fari sengih sendiri. Wah wah Fari. Macam puteri kau harini.
“Terima kasih bang. Jemput lah masuk, makan,”
Lelaki itu mengeleng. Lain kali saya datang. Saya ada hal kejap lagi. Maaf ya dik,”
Lelaki itu mengeleng. Lain kali saya datang. Saya ada hal kejap lagi. Maaf ya dik,”
“Eh, tak ada hal besar pun. Okay, Saya masuk dulu. Assalamualaikum!”
“Waalaikumussalam,” Lelaki itu senyum. Dia melangkah ke tempat pemandu. Seminit kemudian, kereta itu memecut laju ke arah jalan besar. Fari sengih. Dia melangkah masuk ke dalam restoran dengan senyuman masih berbaki. Menyanyi-nyanyi!
“Farihani…..”
Fari tersentak. Erk, aku mamai ke apa? Macam suara cikgu Ed! Dia memandang kekiri dan ke kanan. Tak ada pun.
“Farihani,”
Pantas Fari berpusing ke belakang. Ed!
“Cikgu!” Fari sengih. Namun tak lama. Melihatkan muka Ed yang tiada riak Fari kembali serius. Apa kena dia ni. Muka tegang macam kain kena tarik je.
“Awak balik dengan siapa tadi?” Perlahan Ed bertanya. Fari meletakkan buku di atas meja. Kerusi ditarik. Ed menurut.
“Saya baru jumpa dia tadi. Dia langgar….”
“Langgar awak? Awak cedera tak? Sakit kat mana-mana?” pantas Ed memotong. Bertalu-talu soalan dari Ed. Fari ketawa kuat.
“Cikgu! Saya okay la. Sihat lagi ni” Fari mengeleng-ngeleng. Haih cikgu ku sayang. “Dia langgar lopak air la, kena baju saya. Then, dia dengan baik hatinya menghantar saya balik,”
“Awak pasti ke dia baik?”
“Apa maksud cikgu?” terangkat kening Fari. Tak senang dengan nada suara Ed yang penuh curiga.
“Awak suka-suka hati je naik kereta dia. Awak pasti ke yang dia tu baik. Harini dia hantar awak balik. Esok-esok entah kemana dia bawa awak,” Panjang lebar ulasan Ed. Fari terdiam. Apa ni. Tiba-tiba nak marah.
“Cikgu, dia just nak tolong saya je. Tanda minta maaf,”
“Jangan mudah percaya orang Farihani..” Ed memotong. Farihani, tolong la jaga diri tu.
“Ini lah yang saya tak suka,” perlahan Fari bersuara. Ed terpempam. Erk, tak suka?
“Apa maksud awak, Farihani?”
“Saya tak suka dikongkong. Takkan itu pun cikgu nak marah. Saya bukan buat apa pun. Dia just hantar saya balik. Lagipun dia baik,” senafas Fari bersuara. Serius dia tak suka di kawal begini.
“Saya bukan nak kongkong awak Farihani. Saya kenal dia. Dia bukan orang baik-baik,”
“Dahlah cikgu, cikgu nak makan apa? Nanti saya suruh Kak Madi hantarkan. Saya nak naik mandi dulu. Assalamualaikum,” Laju Fari melangkah ke dalam bilik pekerja. Ed terpaku.
“Farihani…saya kenal dia. Kenal!” Ed mengeluh. Apa saja lah rancangan Viz kali ni. Viz, kau jangan nak buat onar!
******************************
“Viz, kenapa you tak cakap yang you ada cousin hot?”
Kening Viz terangkat. Mata Viz memandang gadis yang berada di hadapannya. Sudah dua tahun mereka berkawan. Sejak dari tahun pertama di universiti lagi.
“Viz, kenapa you tak cakap yang you ada cousin hot?”
Kening Viz terangkat. Mata Viz memandang gadis yang berada di hadapannya. Sudah dua tahun mereka berkawan. Sejak dari tahun pertama di universiti lagi.
“Kenapa?”
“Dia suka I!!, tadi dia bagitahu. Rupanya Ed tu cousin you,”
“Oh. Haah, dia cousin I. You dah declare ke dengan dia?”
“Belum, I masih belum kasi jawapan. You rasa macam mana?” Ness memandang Viz meminta pendapat. Sungguh. Seperti ingin terbang apabila Ed meluahkan rasa cinta pagi tadi.
Viz senyum tawar. Ness, aku yang selama ni suka kau, kau tak tahu ke? Selama ni aku pastikan kau selesa setiap kali bersama aku. Tapi kau masih anggap aku kawan? Kau tak sayang aku, Ness?
“Kalau you sayang dia, terima je lah,” Ringkas jawapan Viz. Ness senyum. Oh Ed! Memang dia baru mengenali Ed. Belumpun sampai 2 bulan. Itupun sewaktu program anjuran universiti. Kalau tak, memang dia tidak berpeluang untuk mengenali lelaki hebat seperti Edwan Haris!
Hati Viz panas melihat Ness senyum. Ya, sakit hati. Luka! Ed, semua kau. Kau dan kau!
Hati Viz panas melihat Ness senyum. Ya, sakit hati. Luka! Ed, semua kau. Kau dan kau!
Viz mengeluh. Peristiwa hampir 6 tahun dulu masih segar dalam fikirannya. Edwan Haris. Spoil! Matanya yang masih segar dipaksa untuk lena.Tidur Viz, kau ada plan terbaik esok!
***********************
“Awak, keluar makan dengan saya esok?”
“Awak, keluar makan dengan saya esok?”
“Kelas saya full esok,”
“Saya ambil awak lepas kelas, boleh?”
“Saya balik dengan abah nanti,”
“Bila awak free? Awak tak sudi keluar dengan saya?”
Fari mengeluh. Kata-kata Ed tempoh hari terngiang-ngiang di telinga. Betul ke aku senang percaya kan orang? Betul ke lelaki ni bukan orang baik? Betul ke semua? Ahh,, serabut!
“Awak, nama apa ya?”
“Kenapa nak tahu nama saya?” Spontan ayat itu terkeluar dari bibir Fari. Ya, dia tengah serabut. Terkasar pula pada lelaki yang duduk di hadapannya.
“Wah, panjang betul nama. Kenapa Nak Tahu Nama Saya. Binti?” Lelaki itu mengusik. Fari tergelak kecil. Entah apa-apa lah dia ni.
“Fari.” Ringkas Fari menjawab.
“Binti Fari?” Kening lelaki itu terangkat.
“Nope. My name is Fari. Farihani,”
“Owh, sweet.”
Fari senyum dipuji. Balik dari kuliah petang tadi, dia ternampak porshe di tempat parkir. Tepat jangkaannya. Lelaki itu ada di dalam restoran.
“Jom, keluar dengan saya. Saya kena belanja awak untuk hari tu. Nak tebus kesalahan.”
“Kan saya dah cakap. Tak apa. Bukan hal besar pun.” Fari berdalih. Dia risau. Apa kata Ed nanti?
“Sekali ni je. Please. Lain kali saya janji saya tak akan kacau awak. Saya datang makan je senyap-senyap,”
Fari gelak. Haih. Buat aku lemah jantung je lelaki ni. Akhirnya Fari mengangguk. Lelaki itu tersenyum. Fari melangkah ke arah dapur. Viz sengih. Susah sangat nak di ajak keluar. Bodoh betul kau perempuan. Tertipu! Viz gelak dalam hati, sekuat-kuatnya.
“KITA makan dekat mana ni bang?” Mata Fari melilau melihat sekeliling. Bukan jalan nak pergi Jusco. Bukan juga jalan nak pergi Mid Valley!
“Tempat yang tak ada orang,” Perlahan Viz bersuara. Fari tersentak. Erk, aku salah dengar ke ni? Dadanya berdebar-debar.
“Jangan main-main bang. Saya dah lapar ni,” Fari sengih untuk menghilangkan gugup. Boleh buat lawak antara benua pulak lelaki ni.
“Saya pun lapar. Tak sabar nak makan…awak,” sengih.
Bulat mata Fari memandang Viz yang masih memandu. Dia berulang kali mengucap dalam hati. Takut! Ya Allah, kalau lah aku dengar cakap Ed!
Bulat mata Fari memandang Viz yang masih memandu. Dia berulang kali mengucap dalam hati. Takut! Ya Allah, kalau lah aku dengar cakap Ed!
Kereta diberhentikan dengan tiba-tiba. Bunyi geseran tayar kuat kedengaran. Kepala Fari terhantuk dashboard. Viz sengih memandang Fari. Enjin dimatikan.
“Lain kali, jangan nak rapat dengan lelaki bernama Edwan Haris!” Suara Viz bertukar menjadi bengis. Fari memandang Viz. Apa kaitan dengan cikgu aku tu pulak? Tangannya sudah terketar-ketar. Takut..
“..sebab, sesiapa yang rapat dengan dia, akan menjadi mangsa aku!” Viz gelak jahat. “Macam kau!” sambungnya lagi.
“..sebab, sesiapa yang rapat dengan dia, akan menjadi mangsa aku!” Viz gelak jahat. “Macam kau!” sambungnya lagi.
Viz memegang kedua-dua tangan Fari. Baju kurung Fari dikoyak. Tudung Fari di tarik dengan kasar. Fari menjerit. Sungguh, dia tak mampu membuat apa-apa. Fari meronta-ronta minta dilepaskan. Namun, kudrat Viz ternyata lebih kuat.
Pranggggg!!!!
Viz dan Fari tersentak. Cermin di bahagian pemandu dipecahkan dengan sebatang kayu. Berderai bunyi kaca pecah. Viz menoleh. Ed!!?? Fari mengambil peluang untuk melarikan diri. Pantas dia membuka pintu dan melangkah keluar.
“Masuk ke dalam kereta saya!” Arah Ed. Suara Ed juga bertukar kasar. Tangannya masih memegang erat sebatang kayu yang baru digunakan untuk memecahkan cermin kereta Viz.
“Kau keluar Viz. Jangan nak jadi pengecut menyorok dalam kereta!” Kuat suara Ed. Tiada kereta yang lalu lalang di jalan itu. Viz senyum menyindir. Dia melangkah keluar. Berhadapan dengan Ed.
“Apa masalah kau Viz? Apa yang kau tak puas hati dengan aku!?” Mata Ed mencerlun ke arah Viz yang tersenyum sumbing. Kayu yang digunakan untuk memecahkan cermin kereta tadi di lempar ke tanah.
“Masalah aku, kau!!” serentak, Viz menumbuk Ed. Fari yang berada di dalam kereta Ed memejamkan mata. Sungguh. Dia takut untuk melihat. Dia tak sanggup melihat Ed ditumbuk. Dia tak suka melihat orang bergaduh! Dia takut!
Ed tak sempat mengelak. Dia terjelopok ke tanah. Pecah bibirnya ditumbuk Viz. Pantas juga dia bangun. Muka Viz yang sengih memandangnya ditumbuk. Balas! Terlentang Viz dibuatnya. Bertalu-talu Ed menumbuk sepupunya itu. Hatinya panas.
“Kalau setakat buat masalah dengan aku, aku tak kisah Viz. Ini sampai nak musnahkan anak dara orang. Memang tak boleh nak maafkan!. Kau tahu tak perempuan tu, perempuan yang aku sayang!?”
Viz semakin lemah. Dia sudah tidak berdaya untuk melawan. Ed melepaskan tumbukan terakhir. “Kalau kau bukan sepupu aku, sudah lama aku hantar kau ke dalam lokap! Tahu! Fikirkan keluarga la Viz. Jangan nak ikut kepala sendiri!”
Ed melangkah ke arah keretanya. Enjin dihidupkan. Laju dia memecut meninggalkan Viz yang tersadai lesu di tepi jalan. Hatinya masih panas.
Farihani pun satu. Dah cakap Viz tu bukan orang baik-baik, tak dengar cakap. Ed menjeling Fari yang teresak-esak di sebelahnya. Lidah Ed kelu. Sayu hatinya melihat Fari teresak-esak. Kerananya, Fari menjadi mangsa. Maafkan saya Farihani.
*********************
Sudah seminggu Ed melawat Fari. Selama seminggu jugalah Fari murung. Menurut Kak Madi, mungkin Fari trauma. Takut. Ed hanya diam. Rasa bersalah merajai.
Ed bersyukur dia sempat menghalang Viz dari melaksanakan niat jahatnya itu. Bersyukur kerana sempat mengejar kereta Viz yang laju meninggalkan restoran ini tempoh hari. Kepada abah Fari, dia menceritakan segalanya. Segalanya dari A sampai Z.
Bunga matahari kuning diletakkan di atas meja. Fari hanya memandang kosong. Dia senyum tawar. Dia tak salahkan Ed, tapi diri sendiri yang bodoh. Kau bodoh Fari, kau bodoh. Sebab tu lah kau hampir-hampir menjadi mangsa lelaki itu. Setitik lagi air mata Fari jatuh.
“Farihani. Stop it. Awak jangan menangis lagi. Tolong..” Lembut suara Ed memujuk.
Oh, cikgu, saya memang bodoh cikgu. Saya hampir-hampir hilang mahkota yang selama ini saya jaga.
“Awak jaga diri, ya. Esok saya datang lagi.”
Fari memandang kosong kelibat Ed meninggalkan restoran. Sudah seminggu Ed singgah sebelum pergi kerja. Sudah seminggu juga Fari tidak ke kuliah. Entah macam mana lah keputusan peperiksaannya nanti. Banyak betul dia ketinggalan. Farihani merenung ke luar tingkap. Kereta Ed laju meluncur meninggalkan restoran.
“KAK MADI, siapa tinggal kucing dekat sini?” Bulat mata Fari memandang kucing parsi berwarna putih bersih. Gebu! Matanya yang berwarna hijau memamdang tepat ke arah Fari. Serentak Fari senyum. Comelnya! Tangannya menguis-nguis bulu kucing yang berada di dalam sangkar kecil itu.
“Untuk awak Farihani,” suara garau dari belakang mengejutkan Fari yang sedang leka bermain dengan kucing. Pantas dia menoleh ke arah suara itu. Wajah Ed yang manis tersenyum memandangnya direnung. Kucing? Untuk aku?
“Mana boleh bawak masuk pet dalam ni,” Fari menegur. Restoran Western Here memang tidak membenarkan apa-apa binatang peliharaan masuk. Abah sendiri yang eletakkan peraturan itu. Untuk keselesaan pelanggan yang lain.
“Tak apa, saya dah minta kebenaran dengan your abah.” Ed sengih. Fari membulatkan mata. Biar benar abah izinkan? Fari mencari-cari kelibat abah di kaunter. Abah senyum memandangnya sambil mengangguk. Fari senyum.
“Jom keluar kejap, karang pelanggan awak semua lari sebab ada kucing!” Ed mengusik. Fari hanya menurut. Sangkar kucing itu di capai. Mereka berdua melangkah ke luar restoran.
“Awak suka?” Melihat muka Fari yang sedikit ceria dari hari-hari sebelumnya membuatkan hati Ed lega. Dia rindu wajah ceria Fari. Dia rindu senyuman nakal dari Fari.
“Sangat!” Fari senyum sendiri. Tangannya membuka sangkar. Kucing parsi yang gebu itu dikeluarkan. Comel!
“Suka kucing ke, suka saya?”
“Hmm,, kucing,,,”
Berubah terus muka Ed. Fari ketawa. Muka Ed yang cemberut di pandang.
“Saya suka orang yang kasi kucing ni,”
Ed senyum. Dia memandang Fari yang dari tadi memeluk kucing parsi itu. Suka benar melayan keletah kucing itu. Ini semua rancangan Kak Madi. Kak Madilah yang mencadangkan supaya Ed menghadiahkan seekor kucing kepada Fari. Thanks Kak Madi!
“Then, cepat-cepatlah habis belajar,”
“Kenapa?”
“Kita kahwin!”
“Tak payah..” Kata-kata Fari terhenti disitu. Ed tersentak.
“Kenapa?”
“Tak payah tunggu saya habis belajar. Kahwin masa belajar pun boleh,”
Lebar senyuman Ed. Apa mimpi budak ni? “Apa jadi dengan pengalaman kawan-kawan awak tu?” Ed mengusik.
Lebar senyuman Ed. Apa mimpi budak ni? “Apa jadi dengan pengalaman kawan-kawan awak tu?” Ed mengusik.
“Saya percaya love makes me strong. So, InsyaAllah saya tak fail nanti,”
“Confident je cakap,” Ed sengih. Farihani.. Farihani..
“Mesti. Sebab cikgu terbaik ada bersama saya,”
“Cikgu je? Ehem-ehem?” Ed sengih nakal.
“Itu kena tunggu lepas kahwin!”
Ed ketawa. Alhamdulillah ya Allah, kau telah bukakan hati dia. Kau telah sempurnakan hidup aku. Kau telah memberi sinar kepada kami. Syukur ya Allah.
“Cikgu, kalau saya masak air, kering macam mana?” Fari bersuara tiba-tiba. Ed tersentak. Senyuman terukir.
“Tak apa, nanti saya belikan heater!”
Fari sengih. “Okeh, kalau macam tu, saya setuju kahwin!” Fari senyum nakal. Kucing parsi di tangannya dicium beberapa kali. Senyuman Ed tidak lekang dari bibirnya. Fari menarik nafas lega. Ya, keputusannya tidak silap kali ni. Hanya Edwan Haris untuknya. Ya. Hanya Edwan Haris!
Fari sengih. “Okeh, kalau macam tu, saya setuju kahwin!” Fari senyum nakal. Kucing parsi di tangannya dicium beberapa kali. Senyuman Ed tidak lekang dari bibirnya. Fari menarik nafas lega. Ya, keputusannya tidak silap kali ni. Hanya Edwan Haris untuknya. Ya. Hanya Edwan Haris!
***********************
thanx to:
0 cakap-cakap tentang coretan ini:
Post a Comment