Oleh : Osie
Hari minggu yang tenang. Ferrari kuning laju memecah kehangatan tengah hari. Sehangat hati pemandu.
“So scared of breaking it
But you won’t let it bend
And i wrote two hundred letters
I won’t ever send
Somehow it is cut so much..”
Hati Ed bengkak. Hatinya panas. Hampir mencapai 100 degree celsius. Kalau masak air dah boleh mendidih!
“Deeper then they seem
You’d rather cover up
I’d rather let them be
And i’ll set you free..”
Kelajuannya sudah hampir mencapai 140 km/j. Nasib baik ketika itu jalan sedikit lengang. Ed masih memecut. Terbayang-bayang dimatanya gelagat Ness dan Viz di depan mata. Boleh pulak mereka peluk-peluk macam tu? Kalau setakat duduk satu kereta tak adalah Ed marah sangat, ni siap peluk-peluk bahu, gelak-gelak sakan. Viz bukan tak tahu yang Ness itu teman wanitanya.
Memang. Viz memang sengaja! Sejak dari zaman university sampai ke alam pekerjaan, Viz memang suka mengambil haknya!. Viz memang memusuhinya. Ed tahu itu. Ness!! Perempuan itu pun satu. Memang selama ini Ed buat tutup mata sahaja jika Ness keluar dengan rakan-rakan lelakinya. Dia sayang untuk melepaskan Ness.
Dia sebenarnya bangga bila memperkenalkan Ness sebagai teman wanitanya. Ness cantik, wajahnya pan-asian, seorang model terkenal dan juga berpelajaran tinggi. Perfect!
Tapi kealpaan Ed mempawa padah. Ness semakin berani berlaku curang dengannya. Sekelip mata Ed sedar. Perfectnya seorang wanita bukan pada luaran semata-mata. Bak kata mama, wanita macam Ness tak boleh dijadikan isteri! Yes mama, you are right. Sekarang Ed sedar.
” I am in misery
There ain’t no other
Who can confort me
Why won’t you answer me?
Your silence is slowly killing me
Girl you really got bad
You really got me bad..”
Lagu Misery nyanyian Maroon 5 masih lagi rancak di radio. Ed menekan minyak untuk menambah kelajuan. Tak semena-mena Ed hilang arah. Keretanya kekiri dah ke kanan. Brek ditekan kuat.
“Sreeettttt….”
“dummm” Ferarinya melanggar sebuah pokok ditepi jalan. Kepala Ed terhentak di stereng. Darah pekat mengalir keluar. Mata Ed berpinar pinar. Dia seakan nampak seseorang bergerak menghampirinya. Ed kaku. Masih terkejut dengan apa yang baru berlaku. Kepalanya derdenyut-denyut.
*********************************
‘Bodohnya aku,’ untuk kesekian kalinya Fari merungut. Digumpal kertas testnya sekuat hati. Markah testnya teruk. Dua kali test, dua kali failed! Fari membiarkan sahaja air matanya yang dari tadi laju mengalir. Dia malu dengan teman-teman, malu dengan pensyarah. Malu dengan semua. Bukannya dia tidak belajar.
Tapi banyak mana pun dia belajar, markahnya tak kemana. Jika lulus, hanya cukup makan. Sesungguhnya dia tiada banyak masa untuk belajar. Tiada masa. Selepas kuliah, ada kerja yang menanti.
“Sretttt….!!”
“Dummm…!!”
Fari tersentak. Sesungguhnya dia terkejut yang amat. Hampir gugur jantungnya dek kerana terkejut. Bunyi hentaman itu sangat dekat dengannya. Fari bingkas bangun dan berpusing ke belakang. Sebuah kereta entah jenama apa tersadai di bawah pokok sena yang menjadi tempat duduknya dari tadi. Kerosakan kereta itu tidaklah teruk sangat, tapi kemek juga. Fari mendekati pemandu yang nampak macam kesakitan.
***********************
“Encik okey? Nak saya panggilkan ambulance?” Lembut Fari bertanya.
Suaranya masih lagi serak kerana menangis tadi. Ed mengangkat muka. Dia memandang perempuan yang menegurnya dengan rasa panas. Perempuan. Semua sama. Hanya tahu curang saja.
“Aku yang accident, kau yang menangis apahal? Dah sewel?”
Fari tersentak. Apa kena lelaki ni. Orang tanya pun marah? Atau dia yang sewel?. Ed cuba menghidupkan keretanya. Dua kali mencuba, enjin berjaya dihidupkan. Terus dia memecut laju meninggalkan perempuan yang menegurnya tadi. Bodohnya aku. Pasal perempuan bernama Ness, habis Ferarrinya kemek! Tak berbaloi langsung! Ed tak sudah-sudah merungut sendiri.
*****************
“Bro, lama kau tak bawak Ness lepak sekali. Apa cerita?” ketika itu, Ed dan Don baru sahaja melangkah masuk ke Restoran Western Here yang menjadi kegemaran mereka sejak sekian lama. Ed diam. Mengingatkan Ness, hatinya panas. Masa dan wangnya habis begitu sahaja disebabkan Ness.
“Kau jangan sebut pasal perempuan tu lah Don. Buat rosak mood je,”
“Eh, korang dah break ke bro?”
“Perempuan macam tu malas aku simpan lama-lama,”
“Hmm, rugilah Ed. Ness tu kan cantik, hebat, bijak pandai pulak tu,”
“You know what Don? Aku tak menyesal langsung,”
“Really?”
“Potong jari la kalau aku rujuk balik dengan dia,”
Don hanya tergelak. Bagi Don, Ness memang cantik. Ratu cantik dunia pun boleh kalah. Tapi memang perangainya out sikit. Jadi simpanan sahaja boleh lah, tapi untuk calon isteri macam tak sesuai.
Seorang pelayan bergerak menghampiri mereka untuk mengambil order. Dua buku menu diletakkan di atas meja. Don pantas mengambil dan meneliti setiap menu yang ada.
“Nak apa encik?”
“Nak nombor telefon awak boleh?” Don mengusik. Ed tergelak kecil. Apalah budak ni. Orang tanya la nak makan apa,
ataupun nak order apa. Kan dah kena sebijik. Sewel. Tak kan baru sehari kerja.
“Bagi saya satu set Chicken Chop dan nescafe ais,” Ed pantas membuat pesanan. Dia mengerling sekilas ke arah pelayan itu. Comel jugak budak ni. Don memesan makanan yang sama.
Tak lama selepas itu, pesanan mereka sampai. Pelayan itu meletakkan dua set chicken chop di atas meja. Sewaktu pelayan itu berpaling untuk pergi, Ed terpaku sejenak. Muka macam familiar. Ed berfikir-fikir. Wajah pelayan itu muncul samar-samar dalam ingatan Ed.
“Eh, kau yang jumpa aku accident dua hari lepas, kan?” Serta merta Ed teringat peristiwa itu. Seorang gadis menghampiri untuk menolong tapi dimarahinya bulat-bulat.
“Kemalangan? Tak kot” budak itu pelik. Keningnya sedikit terangkat. Seolah-olah sedang berfikir.
“Accident apa bro? Bila pulak kau accident?” Giliran Don pula bertanya.
“Dua hari lepas, kereta aku langgar pokok. Ada la budak ni datang nak tolong, tapi aku marah dia sebab masa tu otak aku kacau. Pasal si Ness tu la. Dan yang aku ingat, muka budak tu sebiji macam dia, ntah, salah orang kot,” panjang penjelasan Ed. Jari telunjuknya dihalakan ke arah pelayan yang menghantar makanan itu. Budak itu seperti memikirkan sesuatu.
“Err, aah, memang saya,” Fari bersuara. Baru dia teringat peristiwa itu.
“Laa, tadi cakap tak?”
“Lupa,” Fari sengih. Memang dia lupa
“Ada pulak lupa. Baru dua hari lepas kan. Berapa tong semut awak dah makan?”
“Err…”
“Aku sebenarnya nak minta maaf. Mood aku tak berapa okey hari tu. Kau pulak tiba-tiba datang, memang la kena,” giliran Ed tersengih. Kesian budak tu kena tengking itu hari. Dah la tengah menangis.
“Oh, tak mengapa,” Fari senyum segaris. Dia berpusing untuk menyambung kerja.
“Meh la duduk sini kita sembang,” Don pula bersuara.
“Eh, tak boleh, saya tengah kerja,”
“Apa lah kau ni, budak tu kan tengah kerja, ajak lepak sekali kenapa?” Ed mengeleng-geleng. Don, Don. Tak habis-habis perangai buayanya itu. Anak mata Ed mengekori langkah Fari sampai ke kaunter bayaran. Lemah lembut betul.
“Tak kan you dah minat dengan pelayan restoran kot,” Ness yang entah dari mana menegur dari belakang. Ed pantas berpaling. Ness dengan selamba menarik sebuah kerusi dan melabuhkan punggungnya di sebelah Ed. Don hanya membisu. Malas mahu mengeruhkan keadaan.
“You buat apa dekat sini?”
“Makan la. Takkan swimming kot,” Tangannya diangkat untuk membuat pesanan.
“Tapi kenapa disini. Kenapa tak ikut Viz?. Dia penaja you sekarang, kan?” tajam suara Ed.
“Babe, are you jealous?” senyuman Ness melebar.
Ed hanya membatukan diri. Kalau semakin dilayan semakin sakit hatinya. Fari berjalan ke arah meja mereka untuk mengambil pesanan Ness.
“Nak makan apa kak?”
“Excuse me! Bila pulak i jadi kakak you?”
“Err..maaf,” Muka Fari merah menahan malu. Hampir semua pelanggan restoran itu memandang.
“Bagi i mushroom soup and fresh orange, cepat sikit!”
“Okey,” Fari berlalu pergi. Ness menjeling tajam. Hatinya sebenarnya panas melihat cara Ed memandang budak itu. Sekali pandang, Ness dapat mengagak yang Ed suka budak itu.
“You ni kenapa? Tak boleh cakap elok-elok dengan orang lain?” suara Ed ditahan-tahan. Tak ada adab betul.
“Yang you nak bela sangat budak tu, kenapa? Dah syok dengan budak berhingus tu ke?”
“Jangan nak mengarut lah Ness. Tak ada kena mengena langsung dengan budak tu. You tu yang tak ada tatasusila dengan orang lain,” Ed pantas berdalih.
“And you, bila pulak belajar tatasusila?” sinis Ness membalas.
Ed terdiam. Kalau diikutkan hati yang panas, mahu sahaja dia menampar mulut celupar itu. Tapi dikuatkan hatinya. Sabar. Sabar. Tidak lama selepas itu, Fari datang membawa pesanan Ness.
Belum sempat diletakkan di atas meja, Ness pura-pura mengangkat tangan untuk menggeliat. Tangannya tertepis mangkuk mushroom soup panas yang sedang dibawa Fari. Serta merta sup itu tumpah terkena tangan dan kaki Fari. Fari terjerit kecil. Panas!!
“Opps, sorry. Mesti lambat lagi kan nak buat baru. Malas lah nak tunggu. I balik dulu darling,” Ness pantas bangun untuk meninggalkan mereka. Puas hatinya. Padan muka. Fari hampir menangis. Tangannya merah seakan dibakar, mungkin sudah melecur. Kakinya pula sudah berdarah dihempap mangkuk yang pecah.
“Ness, you sini. Mintak maaf elok-elok!,” Ed hilang sabar. Ness sudah melampau.
“Peduli apa I. Kalau you nak sangat, minta maaf sendiri,” pantas Ness meninggalkan mereka. Ed mengetap bibir. Dia rasa bersalah pada budak pelayan itu.
“Encik, saya pinjam dia sekejap. Nak bawa pergi klinik,” Ed melaung kepada pengurus restoran yang sudah menjenguk kepala untuk melihat apa yang berlaku.. Ed pantas menarik tangan Fari ke kereta. Pantas sahaja enjin dihidupkan dan kereta Lancer putih Ed terus meluncur laju ke arah klinik berdekatan.
********************
“Terima kasih”
“Its okay. Biarlah saya hantar sampai rumah,”
“Eh, tak apa, saya boleh jalan. Rumah saya area sini je,”
“Betul ni Farihani?” baru tadi dia mengetahui nama budak itu. Sewaktu nurse di klinik memanggil nama itu.
“Betul. Terima kasih,”
“Okay lah. Saya balik dulu,”
“Okay,”
Fari terhinjut-hinjut melangkah pulang kerumah. Dia harus cepat sampai. Dia mesti belajar. Tiga hari lagi dia exam. Dia tak boleh gagal kali ini. Ed hanya memandang sepi. Kesian dia. Tak pasal-pasal kena penyakit disebabkan Ness.
***********************
Fari cuti pagi itu, tetapi tetap jua dia melangkah ke Restoran Western Here untuk belajar. Dia tidak boleh belajar di rumah. Seminit belajar dia akan mula mengantuk.
Fari memilih meja paling hujung yang sedikit terlindung. Sebuah buku teks dan buku tulis diletakkan di atas meja. Telinganya disumbat earphone kelabu. Fari berada di dunianya sendiri.
I need another story
Something to get off my chest
My life gets kinda boring
Need something that i can confess
Fari mula membuat satu latihan. Susah. Dahinya mula berkerut-kerut. Kalkulator ditekan berkali-kali. Lagu Secret nyanyian One Republic masih setia ditelinganya.
Tell me what you want to hear
Something that were like those years
Sick of all the insincere
So I’m gonna give all my secrets away
This time, don’t need another perfect line
Don’t care if critics never jump in line
I’m gonna give all my secrets away
Ed memberhentikan keretanya di hadapan Restoran Western Here. Dia tidak bekerja hari itu. Melalui restoran ini, dia teringat peristiwa semalam. Ed melangkah masuk ke restoran dari pintu depan. Dia melilau-lilau mencari Farihani.
‘Kerja tak budak tu hari ni? Sihat ke dia? Macam tak ada je dekat kaunter tu’
Mata Ed terhenti ke bahagian hujung restoran. Dilihatnya Fari yang sedang berkerut-kerut sambil menekan kalkulator. Dia tersenyum nipis. Kakinya pantas melangkah ke arah Fari. Dikerling sekilas nama buku teks yang berada di sebelah Fari. Fluid Mechanics! Favourite aku ni. Ed menarik kerusi dan melabuhkan punggungnya di hadapan Fari. Fari yang dari tadi khusuk membuat latihan terkejut. Earphone di telinganya di cabut.
“Kau course apa?”
“Err.. mechanical engin,”
“Tahun berapa dah?”
“Tahun dua,”
“Yang dari tadi berkerut-kerut kenapa?”
“Soalan ni susah,” Fari mengeluh. ” Tak faham pun chapter ni, esok exam. Failed lagi la kot,” Fari mempamerkan gigi putihnya.
“Hah? Dah berapa kali kau ambil paper ni?”
“Masuk ni dua,”
“Subject ni boleh failed? Kan kacang je,” Ed tergelak-gelak. “Kau memang makan semut ke apa?”
Fari hanya sengih. Memang dia tak bijak. Tambah pulak kurang masa untuk belajar. Jadi, resultnya pun tak lah hebat.
“Bak sini pen dengan A4 paper,”
“Nak buat apa?”
“Cikgu nak mengajar” Ed sengih lagi.
***************************
Sungguh Fari tidak menyangka bahawa Ed sebenarnya seorang engineer. Lagak Ed tidak sedikitpun menggambarkan kerjayanya. Persis macam budak kolej! Hari itu sehari suntuk Ed mengajar Fari. Setelah habis belajar, Ed sempat memberi pesanan penaja,
“Malam ni tidur awal, awak dah usaha. Sekarang tawakkal. InsyaALLAH, tuhan ada bersama,”
Fari tersenyum sendiri mengenang hari itu. Tangannya masih lagi laju mengelap meja. Matanya liar memandang ke arah pintu depan restoran. Hari ini sudah mesuk hari ke 42 Ed tidak singgah untuk makan. Namun, Fari setia menanti.
Slip keputusan peperiksaan yang baru diambilnya dari fakulti disimpan rapi di dalam lokar pekerja. Dia tidak sabar-sabar untuk menunjukkan keputusan exammya kepada Ed. Sejenak Fari terfikir.
Semestinya Ed sibuk. Dia kan engineer. Fari mengeluh. Dia tidak sabar untuk menunggu esok. Menunggu kemunculan Ed. Fari bergerak ke kaunter bayaran.
En. Kamal memanggilnya untuk menggantikan Suria yang pulang awal. Sekilas jam ditangan dikerling. 8.00 malam. Fari termenung sendiri. Tidak ramai pelanggan hari ini. Hanya sepasang suami isteri, sekumpulan remaja perempuan dan seorang lelaki yang dari tadi melihat buku menu.
Lelaki itu bercap dan bercermin mata coklat tua! Malam-malam pun kena pakai glasses ke? Fari tersenyum gelihati. Kak Madi menuju ke kaunter, bahu Fari dicuit lembut.
“Dik, ada orang nak order kau,”
“Hah? Mana la nama Fari ada dalam menu, kak,” Fari tergelak kecil. Buat lawak pulak kak Madi malam-malam ni.
“Hish. Gelak pulak dia. Akak cakap betul ni,”
“Hah? Siapa yang order?”
“Itu hah, yang pakai cap putih tu,”
Mata Fari mengikut telunjuk Kak Madi. Kening Fari sedikit terangkat. Siapa pulak? Dah la macam orang jahat. Scary betul. Fari melangkah jua ke arah pelanggan itu. Buku kecilnya dipegang kemas.
” Nak apa encik?”
“Nak nombor telefon boleh?”
Fari tersentak. Lelaki itu membuka cermin matanya. Cap pula diletakkan diatas meja.
“cikgu!!!?” Fari menjerit. Ed hanya tersenyum kecil.
“Jangan lah panggil cikgu. Macam dah tua pulak. Saya muda lagi tau,”
“Hahaha, tua lah dari saya,”
“Cikgu, kejap eh,” Fari pantas berlari ke arah bilik pekerja. Ed hanya mengeleng-ngeleng. Ada-ada sahaja budak ni.
Sekembalinya di meja, Fari pantas menunjukkan slip keputusan peperiksaanya kepada Ed. Ed tersenyum bangga. Pandai jugak aku mengajar. Fluid Mechanics A-!!
Okey lah tu, dari failed langsung.
“Tahniah,”
“Terima kasih, sebab cikgu jugak,”
“Eh, kejap. Bak sini balik slip tu,”
Fari menghulurkan kembali ke tangan Ed. Mata Ed meneliti satu persatu subject yang diambil oleh Fari.
“Kenapa paper lain C?” Ed membeliakkan matanya. “Awak tak belajar ke paper yang lain?” sepanjang dia belajar, tidak pernah dia mendapat C!
Fari senyum. Kalau marah, muka berubah macam singa!
“Emm,, belajar. Tapi mungkin kena En. Edwan Haris yang ajar kot. Baru semua dapat A,”
“Farihani!”
Fari tergelak.
“Itu la. Lain kali jangan minum air yang ada semut!” sambung Ed lagi.
Giliran Fari pula membeliakkan mata. Ed tergelak besar.
‘Farihani, you save my soul’ desis hati Ed
‘En. Edwan Haris, you are my A!’
*****************
20/10/2010
thanx to:
0 cakap-cakap tentang coretan ini:
Post a Comment