Thursday 6 September 2012

masa pengambilan ubat

sharing is loving.. yeay..
arini bebel pasal ubat.. banyak info boleh dapat pasal peraturan makan ubat ni. yang paling penting pasal "waktu" atau dalam omputihnya "time".. heeee


waktu pengambilan ubat sangatlah penting untuk dipatuhi terutamanya kalau ambik antibiotik. tolong jangan skip2 yer untuk elak ubat tu dah tak bagi fungsi.. :)
lain ubat, lain peraturan pemakannya. ada yang kena ambik sekali sehari, 2 kali sehari, 3 kali sehari ataupun 4 kali sehari. kenapa berbeza? sebab kekuatan ubat berbeza dan juga kerana fungsi ubat tu yang berbeza. ada sesetengah ubat yang kehadirannya diperlukan setiap masa dalam tubuh badan. jadi, adakalanya terpaksa diambil 4 kali sehari agar dose ubat dalam badan kekal maintain.. :)
all of these depends fully on pharmacokinetic of the drug. 
dan bagi antibiotik masa makan ubat tersangatlah perlu untuk mengelakkan bakteria2 tu aktif kembali.. :)

dan, oh.. bagi yang berpuasa masa pemakanan ubat bleh di 'adjust' sedikit. tapi tetap kena ikut juga kekerapan yang disarankan oleh doktor. tak ada istilah kalau 3 kali sehari tapi saya makan 2 kali je, sahur dengan berbuka jadi makan ubat pun 2 kali je la.. no.. no.. no..


#walaupun saya tak suka makan ubat, tapi saya tetap kena sarankan.. sila2 lah rajin2 makan ubat yer.. haha.. #

*gambar telah di 'copy' n 'paste'.. credit to the owner of the photo*


0 cakap-cakap tentang coretan ini:

 

Template by Web Hosting Reviews