Sunday 20 May 2012

vet visit...

catatan bertangguh..
berkurun baru nak update. peduli apa, my blog kan.. hehe
21 april 2012, bagi memenuhi keperluan kursus FEL273 Veterinar for Pharmacy, kami semua kena melawat ladang. ladang apa? ladang ayam n ladang babi.
oppsss... tempat lain2 ok, harap maklum..
setelah dapat sedikit talimat tentang ladang.. penjagaan ladang dan ubat-ubatan untuk ternakan di Pejabat Jabatan Perkhidmatan Veterinar Pulau Pinang, kami pun mulakanlah lawatan kami ini.. hehe..

Ladang pertama kami adalah ladang ayam iaitu SHH Poultry Farm Sdn Bhd. kat sini kami masuk tengok ayam2 yang comel2 dan tengok macam mana mereka gredkan telor ayam ni. pembahagian dan peng'gred'an telur2 ni semua berdasarkan berat. ada gred AAA sampailah F. memang seronok tengok mesin2 ni bergerak.. hehe..







info yang paling menarik yang kami dapat kat sini adalah tentang betapa bahanya telur yang mengandungi antibiotik. tapi semestinya kebanyakan telur2 ada antibiotik supaya telur tu dalam keadaan sihat. if banyak sangat makan telur yang mengandungi antibiotik ni boleh menyebabkan seseorang itu selalu keguguran.. errrr.. takuttt.. jadi lepas ni kena kurangkan makan telur. ok, azam! hehe..
menarik dapat masuk tempat yang memuatkan ayam untuk bertelur ni. tempat tu suhu sejuk sebab suhu kena kekal 30c supaya ayam2 tu bertelur n tak mati.. ayam bertelur dengan ayam daging tak sama. ayam betina yang bertelur, dok sama2 mereka saja. no fertilization ok. jadi telur yang terhasil tu if nak peram sampai bila pun tak adanya keluar anak ayam, hehe.. seriusm baru tau. betapa kurang pengetahuan tentang ayam. tau makan ayam n telur2nya sahaja. hehe...

aktiviti wajib kami!



makanan n ubat-ubatan ayam2 yang comel.






ok.. ladang kedua. K.B. Wong & Brothers Sdn. Bhd. ni ladang babi. agak jauh la, mana boleh dekat2 kan. kat situ memang baunya sangatlah tidak menyenangkan. sangat-sangat serius. tak dapat digambarkan dengan kata2. pergi sana baru tau. sebab tu kat situ gunakan 'enzyem water' untuk kurangkan bau. enzyme water ni pulak ada macam2 perisa buaha-buahan. unik kan. semua ni untuk kurangkan bau yang tersangatlah teruk ni. betol.. serius. n benar. kat sini tak ambik banyak gambar sebab usaha tak nak pergi dekat. tak nak pergi dekat. hehe.. ada gambar ni je. plus takut tengok haiwan tu macam nak kejar orang je. huhuhuhh...


ok, habis. nak cerita banyak2 dah tak larat. hehe.. a great visit walaupun penat.. =)



GROUP A VISIT FARM ON 21th APRIL 2012..

KATA 1: gambar sangat banyak. serius. prof. zaini siap bagi amaran. jangan jadikan report anda sebuah album. hehe.. tak jadi album sebab gambar dikecil-kecilkan dalam report tu.. hehe.. :p

0 cakap-cakap tentang coretan ini:

 

Template by Web Hosting Reviews