Sunday 31 July 2011

terima kasih, sahabat!



TERIMA KASIH SAHABAT

Tatkala aku dirundung kepiluan
Seorang insan datang
Datang untuk memberikan semangat dan harapan
Sekaligus datang sebagai pendorong
Insan itu juga datang
Untuk menjalinkan satu tali persahabatan
Akhirnya
Tali persahabatn itu tersimpul mati
Suka duka dikongsi bersama
Susah senang dilalui bersama
Namun

Kerana segulung ijazah yang dikejar
Kita berpisah
Kau disini manakala aku pula disana
Walaupun kutahu kau tidak rela
Namun lambaian dan doa restumu tetap kau titipkan buatku
‘biarlah kali ini Tuhan yang menentukannya,’ bisikmu
Kini
Pengorbananmu tidak sia-sia sahabat
Aku berjaya keranamu
Namun tiada yang lebih menggembirakan
Selain dapat melihat kau tersenyum bangga
‘sahabatku telah berjaya,’ bisikmu gembira
Jasa dan pengorbananmu terlalu basar sebagai seorang sahabat
Hanya segulung ijazah dapat ku hadiahkan
Tanda terima kasihku buatmu..
Terima kasih sahabat


0 cakap-cakap tentang coretan ini:

 

Template by Web Hosting Reviews