setelah ditimbang tara, ditambah, ditolak, didarab dan dibahagi..
setelah berapa hari mimpi nak buat keputusan nak pilih subjek apa..
then, finally this the final decision..
beban subjek untuk sem 5 (tahun 3 sem 1)
insyaALLAH ini yang terbaik..
tetap sama macam sem2 yang lepas..
beban 20 unit kredit dengan 7 subjekkk
grrrr.. ngeriii...
cosmetic, marketing, cosmetic, marketing..
akhirnya marketing jadi pilihan..
mungkin ada orang kata lebih baik ambik sesuatu yang berkait rapat dengan bidang ni.. rugi if tak ambik.. tapi saya buat keputusan sendiri. tak pa kot ambil sesuatu yang ada kaitan dengan sesuatu yang pernah jadi impian saya suatu masa dulu. masa depan berguna atau tidak itu perkara kedua.. tak salah kot saya cuba untuk mendalami sesuatu yang memang saya minat suatu masa dulu. even tak ada rezeki nak further dalam bidang tu. sebab kadang2 dalam hidup kita tak mungkin mendapatkan semua yang kita hendaki.. =)
so, chill je.. rezeki insyaALLAH akan tetap ada kan? pendirian yang penting. sekurang2nya apa pun yang berlaku nanti saya tetap berpuas ati sebab semua ini adalah pilihan hati saya sendiri..
so, for now..
welcome sem 5.. semoga sem ini membawa sinar baru buat saya dan rakan2..
semoga sem ini menjadikan saya dan mengajar saya menjadi seseorang yang lebih baik untuk masa hadapan..
insyaALLAH..
kuatlah selagi terdaya kerana tidaklah DIA menimpakan kamu dengan sesuatu yang tidak tertanggung olehmu.. jangan sesekali merungut dan menyalahkan takdir kerana tatkala DIA mengambil sesuatu dari tanganmu sedarlah bahawa DIA sedang membuka tanganmu untuk menerima sesuatu yang lebih besar dan baik dari itu.. redha dan menerima dengan ikhlas adalah jalan yang terbaik.. agar hati senantiasa tenang dan DIA sentiasa di ingatan dan di hati.. insyaALLAH.. =)
KATA 1: rasa malas untuk kembali ke Penang mula terasa. di tambah pula dengan mood raya yang masih ada.
KATA 2: saya masih sedang mencari maksud ikhlas dan mencari kembali sifat itu yang seakan-akan telah hilang dalam diri saya.. semoga Ramadhan dan Syawal kali ini memberi jalan dan arah untuk saya mencari jawapan soalan yang masih membelenggu diri saya..
0 cakap-cakap tentang coretan ini:
Post a Comment