Monday 16 May 2011




KEGAGALAN

Kegagalan
Tatkala aku menyandang namamu
Tatkala aku menghadapimu
Ku rasakan hidup ini tiada ertinya

Rakan-rakan menjauhiku
Buat kesekian kalinya
Ku rasakan betapa hinanya diri ini
Terasa kerdilnya diri ini
Segala-galanya seakan berubah warna
Hanya kerana aku menyandang namamu,
Kegagalan
Keranamu ku hampir berputus harap
Kurasakan hidup ini sudah sampai ke penghujungnya
Dan istana impianku yang hampir siap mahligainya
Ku rasakan hampir runtuh menyembah bumi
Tetapi
Kerana namamu jua
Aku kini mamou tersenyum bangga
Kejayaan akhirnya Berjaya ku genggami
Kini, ku sedar
Disebalik namamu yang tika dulu menyakitkan
Sebenarnya merupakan pendorong dan pembakar semangat
Yang tiada tolok bandingannya..
TERIMA KASIH, KEGAGALAN.



0 cakap-cakap tentang coretan ini:

 

Template by Web Hosting Reviews