againn... againnn,.. againnn...
addicted.. addicted... addicted...
hehe..
<muka depan>
<muka belakang >
~credit pictures to Google Image~
selalunya saya malas nak beli novel yang penulis tak kenal. tapi sebab dah boring sangat, apa2 yang nampak menarik ambik je.. :P tapi serius this one sangat superb best.. sukeeeee.. <3
RESENSI: Perkenalan zarul dan alia adalah detik termanis yang dirasakan oleh alia. 7 tahun bersama semenjak masing2 masih menuntut di IPT. 'couple version tak bercinta'. Itulah kisah mereka. bagi alia, dia tidak perlukan perlakuan romantis atau kata2 manis yang membuatkan dirinya terbuai dengan cinta zarul. cukuplah mereka memahami perasaan masing2. namun, impian dan harapan alia untuk bersama zarul hingga ke jinjang pelamin akhirnya musnah apabila zarul menghulurkan kad jemputan kahwin. majlis kahwin yang seakan2 meragut separuh daripada nyawanya. Alia hilang arah. dunianya hanya kerja. malahan dia lebih rela bekerja 24jam daripada pulang dan memori bersama zarul mengekori ke mana sahaja dia pergi. kejadia ragut yang menimpa alia tiba2 menyedarkannya kembali ke dunia kenyataan. kenyataan yang dia harus terima dan hadapi tanpa kehadiran zarul. namun ketenangan yang dicari diragut kembali. zarul dan keluarganya datang membawa hajat. hajat untuk menyatukan alia dengan abang zarul, faizul(joe). kerana dilema dan ingatan yang masih kuat terhadap zarul, pinangan joe diterima tanpa berfikir panjang. dalam benaknya hanya satu, dia ingin menjadi sebahagian daripada keluarga zarul!
setelah kahwin barulah segala kepincangan terbongkar sedikit demi sedikit. bagaimana hitamnya kisah silam hidup suaminya, joe. mereka seakan2 orang luar walaupun berkongsi bilik. berulang kali alia katakan pada joe betapa hatinya masih pada zarul, namun hanya satu janji yang diulang joe. dia tidak akan sesekali lepaskan alia walau apa pun yang terjadi. konflik jiwa cinta tiga segi. apabila masing2 berperang dalam kesenyapan suasana. tiada siapa yang tahu. tiada siapa yang perasan. hanya mereka. dan tatkala rahsia perkahwinan zarul terbongkar, sekali lagi hati alia memberontak. tegarkah dia meninggalkan dan melepaskan suaminya yang telah mendapat tempat dalam hatinya itu dan lari bersama zarul kerana kesilapan suaminya di masa silam itu? =)
ada lagi.. tak larat nak tulis. nanti berjela2 pulak.. apa2 pun novel ni memang best. semua orang boleh berubah kalau dia mahu dan tentunya dengan izin-Nya. jangan menilai seseorang itu melalui zaman silamnya. semua orang tidak sempurna. terima dan saling melengkapi itulah penting.. jika seseorang itu telah berubah ke arah yang lebih baik, tak salah kan jika kita menilai seseorang itu berdasarkan masa kininya dan bukan masa silamnya.. =)
KATA 1: berdebar menungggu hari esok.. ya ALLAH KAU kuatkanlah hambaMu ini ya ALLAH... =/
0 cakap-cakap tentang coretan ini:
Post a Comment