Friday, 30 March 2012

my 2nd year..


setelah 2 tahun bersama..


another 2 years 2 go..
insyaALLAH..
strive for success.. <3
memories 2nd year..
School of Pharmaceutical Sciences..
Universiti Sains Malaysia..

~credit to Deffrey for this beutiful picture~

Saturday, 24 March 2012

makan2 senior n junior



*nyummy..nyummy..nyummy*

memang makin sedap makan bila ada orang belanjan.. :P

untuk belanja kali ni, a million thanx to kak nasma coz sudi membelanja adik2 juniornya dik..

thnx yer kak nasma..

macam biasa, dah jadi adat senior2 yang bakal ke USM Kubang Kerian/ Hospital Usm (HUSM) kt kelantan tu, sebelum pegi mereka akan belanja2 la junior2.

same like a farewell party..

*sobs..sobs*

dah 2 tahun di sini, tahun lepas kat Restoran Nazri, tahun ni kami semua diangkut (dengan bas) pegi KFC pulak.. nyummy.. nyummy.. kelainan tu..

tak kesah dah dengan keja tak siap tu.. habis je ko-k terus siap untuk keluar.. :p






~our pharmily~




~wif our foods~




~dah nak habis baru ingat ambik gambar~




masa balik, semapat talk2 dengan kak nasma. dia citer bagaimana sedihnya bakal tinggalkan semua ni.. especially lecture hall la kan.. dulu pakat2 ponteng kelas, sekarang semua rajin dah p kelas. sebab? nak menghayati detik2 ni semua. ye la kan.. lepas ni dah tak ada dah dewan kuliah semua ni.. dah tak merasa dah dok dalam lecture kuliah yang sejuk tahap giga tu. dah tak payah lari2 sebab dah lewat masuk lecture.. huhuhu..

memories are something that very meaningful,. seriously.. hmm..

kak nasma pun ada story jugak pasal 'on-call' for pharmacist.. ingat tu cakap2 semata2.. rupa2nya betol.. menurut k.nasma, masa on-kol tu, semua yang on duty akan diberi satu fon n ada orang yang akan kol untuk tanya pasal drug information n so on.. n we will be given about half an hour to respond back with the answer.. menurut k.nasma, yang penting bukan information tu, but the most important thing is how we handle the drug information request tu.. pelajaran communication skills masa 1st year, 2nd sem.. ok, dah tak ingat.. hahahaha,..

for the last words...

thanx so much kak nasma..

we will miss u a lot..

have a gud luck there n do not forget us junior2 mu yang nakal2 ney.. hehe

see u again during convo... <3



KATA 1: hadiah untuk convo kak nasma (permintaan kak nasma) : nak bunga warna purple.. errrr.. we will try to find it later yer sis.. hehehe.. ^^



Ketahuilah...


ketahuilah..



Seseorang yang sentiasa tersenyum riang di hadapanmu,
Ketahuilah dia sering menyapu air matanya tatkala sendirian.

Seseorang yang sentiasa bergurau senda di hadapanmu,
Ketahuilah dialah seorang pemurung tatkala sendirian.

Seseorang yang sentiasa menyuntik kata-kata semangat dan
perangsang kepadamu,
Ketahuilah tatkala itu dia sedang menyulam hatinya yang retak seribu.

Seseorang yang sentiasa kelihatan kuat di hadapanmu,
Ketahuilah dialah yang sentiasa mengadu lemah di hadapan Tuhannya.

Seseorang yang ketawanya menceriakan harimu,
Ketahuilah tatkala itu dia sedang membalut duka di dadanya.

Seseorang yang sering memberi hadiah kepadamu,
Ketahuilah dialah insan yang tidak pernah mendapatkannya.

Seseorang yang bebas mengeluarkan cetusan fikirannya,
Ketahuilah dialah seorang ‘pertapa setia’ yang tidak mampu
bersuara tatkala sendirian.

(copy paste~credit to the writer/owner)

a special congratez for u


this post is exclusively n specially dedicated for my dearie sis for her great achievement..
congratez yer dear. seriously we proud with u.. <3 love banyak2..


Alhamdulillah.. =)
insyaALLAH, klu tiada halangan, majlis konvokesyen bakal diadakan pada penghujung bulan april..
ok, dah mula buat belanjawan n usha2 ticket..
*excited*
(",)
sis, dont make everything too complicated n do not worry to much because insyaALLAH everything will be fine. we have work hard to make everything going through very smoothly without any difficulties. just do not too worried. there are always have a way out.. =)
the begining n the ending was always the hardest, remember that. u already felt the hard of the beginning , so just be strong for the ending..
kejayan itu akan jadi lebih indah dan bermakna seandainya pernah disulami dengan sedikit kegagalan dan kesusahan..
we love n miss u soo much..

with love,
ur dear sis <3

Friday, 2 March 2012

Sepanjang Rawatan


*catatan ini untuk diri saya sendiri dan untuk pihak-pihak yang terlibat*

Hari pertama (31/1/12) -Hospital Pantai, Sungai Petani
Hari pertama rawatan. Berdaftar menggunakan rekod perubatan dari hospital sebelum ini dan terus dibenarkan untuk merujuk pakar bahagia cardiovascular. di bawah rawatan :
x-ray dada sebelum ini kurang jelas.. diminta untuk menjalankan x-ray sekali lagi. tiada komen diberikan. setelah x-ray siap, masih tiada ulasan dapat diberikan. saya mula tertanya2. something wrong with the right lung. that only the thing that the doctor said. confirmed it was not tuberculosis. i asked, if it was an infection. but the doctor doesnt comment anythinng. suggestion:do the ct scan for the further result. perbincangan dilakukan, ambil keputusan untuk buat ct scan di hospital di penang memandangkan hospital pantai tidak dapat melakukan bronchoscopy test. semasa saya berjumpa doktor pakar bahagian radiology untuk maklumkan keputusan kami, dokot tu( maaf tak ingat nama) tersebut perkataan yang menyentapkan saya. saya bertanya apakah tujuan ct-scan dilakukan kerana ingin pendapat jika terus melakukan bronchoscopy test tanpa ct scan dilakukan. ct-scan dilakukan untuk melihat dimana sebenarnya cancer itu, jika ia berdekatan dengan bronchioles barulah bronchoscopy test dilakukan. masa itu saya tersentap. is it cancer.. itu hanya jangkaan awal. test seterusnya untuk memberikan keputusan penuh. hanya itu ulasan doktor pakar bahagian radiology. masa itu juga saya diterangkan perbezaan antara x-ray n ct-scan. x-ray hanya memberikan foto secara 2D tapi ct-scan memberikan gambaran n foto secara 3D. ilmu pertama tentang radiologi. saya diminta berjumpa sendiri dengan dr.lim. dapat keterangan dr dr.lim. it was probably cancer. dari pengamatan n pengalaman beliau itu adalah cancer. disebabkan keluarga ingin meneruskan rawatan di penang, dr.lim bersetuju untuk menulis surat rujuk ke hospital Lam wah ee atau island hospital. saya bertanyakan tentang cadangan rawatan, mungkin surgery atau seumpamanya. n sekali lagi saya tersentap apabila hanya gelengan menjawab soalan saya. komen dr. lim: cancer sudah merebak. tiada pembedahan dibenarkan. cancer jenis ini sangat cepat merebak, yang dapat beliau lihat, dah tiada harapan untuk sembuh. rahsia ini tersimpan kemas, atas permintaan, rekod n kata2 doktor hanya diketahui orang2 tertentu.. =(

Hari kedua (1/2/12) Hospital Lam Wah Ee 
Menggunakan surat rujuk dari hospital pantai, kami terus dirujuk kepada chest specialist doctor. setelah sedikit pemeriksaan (medical check-up) biasa, pesakit diminta melakukan ct-scan. jangkaan doktor makin tepat, ia adalah cancer. dicadangkan membuat bronchoscopy test untuk mengetahui jenis cancer. jantung diperiksa, bp, dan jika semua normal, test bleh dilakukan pada esok hari. Blood pressure hampir normal walaupun masih tinggi (sys:190) selepas dapat ubat prescribe by the doctor from pantai's hospital. sebelum ini, bp-> sys:250. semua ok, temujanji untuk bronchoscopy test dibuat.

Hari ketiga (2/2/12) Hospital Lam Wah Ee
Bronchoscopy test dilakukan. test ini hanya memakan masa selama lebih kurang 5 minit. 1 jenis tube kecil akan dimasukkan untuk melihat kedalam peparu n mengambil gambar. pesakit akan dibiarkan sedar sepanjang test dilakukan. tetapi, selepas test, pesakit harus dibiarkan rehat n tidur selama 2 jam sebelum dibenarkan discharge dari wad. mengalami komplikasi pada awalnya kerana blood pressure pesakit tiba2 naik tinggi, mungkin kerana takut. pesakit mesti berpuasa bermula jam 5 pg, dan saya pastikan yang dia telah mengambil hypertension drug sebelum berpuasa. tetapi, blood pressure tetap naik tinggi. kami mula risau. nurse rujuk ubat yang diambil n memang itu adalah ubat yang diberikan oleh doktor. setelah beberapa lama, nurse beritahu, semua telah bersedia, n kami bleh beredar n kembali selepas 2 jam. setelah lebih 3 jam, masih belum di'discharge' keluarga lain mula hilang sabar. saya buat kerja gila menyeludup masuk ke dalam wad, n nampak pesakit belum sedarkan diri. tapi, serius, keadaan dalam wad itu sangat mengerikan. serik nak masuk dah. keluar trus terdiam. =(


~pusat endoskopi~

setelah di'discharge' kami diberitahu keputusan ujian hanya akan keluar pada 2 hari kemudian.

Hari Ketiga (4/2-12) -Hospital Lam Wah Ee
keputusan bronchoscopy test hanya siap pada tengah hari itu. bad news. pathology lab masih belum dapat memberikan kepastian 100% ia adalah cancer. catatan pada keputusan: tumour at thr right lung. doktor meminta kebenaran untuk melakukan 1 lagi test. immuno-histchemical staining test menggunakan specimen dari bronchoscopy test yaang dulu. keputusan dijankan keluar 8/2/12 memandangkan hospital bakal bercuti untuk tahun baru cina. saya bertanyakan tentang rawatan susulan. chemotherapy mungkin. itu sahaja buat masa ini sehingga keputusan akhir siap. cancer stage 3, no operation will be allowed. itu komen doktor, jawapan yang sama dengan dr.lim. pada waktu tu juga saya bertanya sekiranya ada apa2 harapan untuk sembuh. tapi, jawapan sekali lagi mengecewakan. life span yang dapat diberikan doktor: 3-6bulan (tanpa chemotherapy), xlebih dr 1 thun (dengan chemotherapy). tapi semua hanya jangkaan. tiada yang tepat dalam hidup mati seseorang.

~gambar dari bronchoscopy test~

Hari Keempat (8/2/12) -Hospital Lam Wah Ee
keputusan immunohistochemical staining test masih belum siap. diminta untuk datang kembali 2/3 hari kemudian.

Hari kelima (11/2/12) -Hospital Lam Wah Ee
keputusan immuno-histochemical staining test siap. masih mengecewakan, pathology lab masih tak dapat memberikan kepastian tentang cancer. saya bertanya adakah kemungkinan ia bukannya cancer tp menurut dr.Ronney (doktor pakar yang merawat sepanjang rawatan di hospital lam wah ee), dia memberikan jaminan 90% yang ia adalah cancer. tapi yang memelikkan ada something lain dengan cancer tersebut. pathology lab mengesahkan yang ia adalah tumour tapi untuk memberikan kepastian yang ia adalah cancer masih belum dapat diberikan. dicadangkan melakukan satu pembedahan kecil untuk mengambil contoh cancer untuk diuji.




Kata 1: bersyukur dengan apa yang ada. tiada yang sempurna dalam hidup ni. semua yang berlaku ada hikmah tak kira baik atau buruk. perancangan ALLAH begitu cantik n redha dengan semua yang terjadi adalah yang terbaik.

CNY Dinner


25/2/2012.. post chinese new year celebration..
tak tau nak cakap pasal apa.. semua berjalan lancar. alhamdulillah.. masuk committe bahagian makanan.. tengok makanan je sepanjang event.. yer la tu..
satu je kot kesilapan kot masa event tu. masa game bola beracun tu, salah satu meja yang menang dapat hadiah jam loceng. kebetulan semua ahli kat meja tu chinese. terasa+tersentap dengan hadiah yang mereka dapat. =(
kami bagi pihak semua memohon maaf atas kesilapan hadiah, tetapi kami juga masih belajar n tentu la ilmu kami kurang dalam bab2 ni kan. terutama bab2 pantang larang agama lain. tak perlu rasanya nak kritik antara satu sama lain sebab semua buat silap. yang penting kami cuba belajar atas kesilapan hari ini untuk masa depan. dengar kata chinese pantang dapat hadiah jam loceng kerana sebutannya dalam bahasa cina membawa maksud yang kurang baik. (credit to Joanne)..
nothing is perfect kan, yang penting dah cuba yang terbaik, n enjoy with everything that we have now..
(tak ada idea nak cakap apa.. juz nak letak gambar.. hehe.. :)

~ainaa kritik warna background~

~apink,ainaa,dayu,me~

~our group~

~apink,ainaa,dayu~

~syieda,ainaa,dayu~

~apink,ainaa~

~ainaa,dayu~

~2nd year.. during CNY Dinner~

~muslim group batch 2nd year during CNY Dinner~

Kata 1: kenangan terbaik event ni: salah masuk batch+syafiq shuffle.. hehe.. =)

Thursday, 16 February 2012

Antara 2 Jalan..



malam ni saya jadi rajin.. semua benda nak buat.. kacau blog,. sedangkan benda yang sepatutnya tak diselesaikan lagi.. hehe.. apakah itu??
gambar atas, dapat dari picture yang di share oleh my sis..
nampak simple, nampak biasa tapi bagi saya gambar ni sangat bermakna.. sangat memberikan kesan di hati.. dan bagi saya gambar ini sangat luar biasa cantik..
hmm...
this picture tell us which way that we should choose in our life..
dalam hidup memang lumrah kita tak akan pernah lari dari membuat keputusan.. kesusahan n kekeliruan untuk menentukan jalan mana yang harus dipilih seakan-akan telah menjadi nada yang seiring dengan nadi kita.. hmmm..
saya masih ingat kata2 ini tapi kurang pasti antara ia adalah perkataan dari seseorang ataupun ia adalah quote or kata2 hikmah yang saya sering baca.. =)
ia membicarakan tentang membuat pilihan dari 2 jalan yang berbeza..
seperi gambar di atas.
jika kamu terpaksa memilih di antara kedua2 jalan di atas, renungla sejauh mungkin kedua2 jalan tersebut.. perhati, teliti n dengar jalan itu..
kenapa n mengapa?
sebabnya jalan yang menuju kejayaan itu tidak pernah disertai atau dikelilingi dengan bunga2 yang indah, tetapi is dipenuhi dengan liku duri dan ranjau yang menyakitkan dan adakalanya 'amat' menyakitkan..
dan tatkala kamu merenung jalan itu kamu berasa gembira dan bahagia dengan 'kecantikan' jalan itu, fikir lah kembali adakah patut jalan itu yang perlu diambil..
kita hanya akan menghargai sebuah kejayaan selepas menghadapi sebuah kegagalan..
kita hanya akan merasai betapa manisnya kebahagian setelah dibasuhi kesedihan..
dan kita hanya akan mengetahui betapa pentingnya bersyukur dengan apa yang kita miliki setelah kita hilang apa yang kita sayangi..
tiap orang diberikan kejayaa, kegagalan, kegembiraan, kesedihan yang sama tetapi dalam bentuk yang berbeza..
maka bersyukur lah dan ingatlah ini yang terbaik untuk kita pada masa ini, detik ini dan saat ini..
(",)

Wednesday, 15 February 2012

Welcome Sem 4!


welcome... welcome.. welcome..
errr... macam la welcome sangat la kan.. :P
13/2 jam 9 pagi bermulalah sesi daftar bagi sem2 sesi 2011/2012 (dengan kata lain sem 4 bagi saya)..
pukul 9 dah start dah online segala jenis.. fb, twitter, healthy campuss.. budget memang excited gila la kan nak daftar sem 4 ni..
yerrr.. saya sangat semangat.. (tipuuuu...tipuuu...tipu...) :P
punca awal2 nak online ni apalagi ada plan tersendiri.. tak kisah pun pendataran benda lain.. cuma kisahkan subjek bm je.. why??? why??? why???
sebabnya subjek bm dan bi (macam dulu) ada group sendiri.. group ditentukan bila kita mendaftar.. daftar waktu yang sama insyaALLAH group sama
group sama=kelas sama.. yeay.. itu yang penting..
in the end, our mission is complete and successs.... ngeeeee... =)
dayu, wawa, syieda, ainaa, apink, intan, anis.. we are in the sama group!
great! perfect! =)
GROUP 36..


20 unit tepat untuk untuk sem ni.. malas dah nak bukak buku hijau ke biru tu (guideline).. tanya je dayu kod subjek untuk sem ni.. hehe
tekan punya tekan tiba2 terkejut.. eh, orang kata 7 subjek je, apasal saya punya tiba2 8 subjekk..
grrrrr... apa ni
ok, sila sedar diri.. baru ingat sem ni ambik ko-k.. unit terakhir untuk ko-k untuk keperluan university..
ko-k yang dipohon dapat n diluluskan..
alhamduliilah.. =)
elektif ambik veterinary pharmacy.. belajar pasal haiwan.. habisla sem ni.. sem lepas nak pegang tikus kecik tu pun sampai nangis2 tak nak.. ni sem ni memang banyak tawakkal la kan..
bermula sem 4.. another 5 sem to go! chaiyokkk!

KATA 1 : esok result.. hati, jantung, otak dah mula tunjukkan funtion yang hyperactive.. errrr... apa ni.. tawakkal +redha.. insyaALLAH ini yang terbaik untuk sekarang.. =)



Friday, 10 February 2012

alhamdulillah.. =)


alhamduliilah.. alhamdulillah.. alhamdulillah..
akhirnya dengan rasminya saya menamatkan sem 3 saya.. =)
serius syukur tak terhingga..
walaupun baru provisional result yang keluar tapi saya tetap dah sangat bersyukur n gembira.. =)

serius memang tak sanggup nak tengok bintang2 kat my result atau perkataan lain dari perkataan 'LULUS'..
malam sebelum tu dah mula terbayang apa lah yang dah jadi dengan my med chem, dosage preparation buat silap macam mana ni n bagaimana perasaan nak nangis masa tengah jawab physic pharm..
serius itu la 3 paper paling killer yang saya rasakan untuk sem ni (even actually semua paper killer) tu belum lagi cerita pasal antimicrobe.. lagi haru.. huhuhuh..
terpaksa akui kata-kata senior2.. sem 3 sangat susah. ingat dulu senior2 tu main2 sebab for me dah 2 semester kat sini tak ada lagi sem yang senang.. haha.. =.='
sekarang baru sedar bagaimanakah 'kesusahan' sebenar sem 3.. huhuhuh..
ingat lagi masa sehari sebelum last paper, pergi bilik my senior untuk ambik nota sem 4, kata2 penenang my senior 'tak apa, kscp physic pharm senang'..
my senior cakap macam tu selepas mendengar junior dia ni mengadu betapa susahnya physic pharmm.. :'(
hmmm.. alhamdulillah, sekarang dah tak ada apa2.. =)
keluar je result, dengan rasminya jadual pun dikeluarkan.
tapi bleh tersenyum lebar sebab saya sangat lah sukakan jadual sem 4 ni.. hehehe


ok, kegembiraan terserlah bagi insan2 yang memang kaki balik rumah.. haha
jumaat tak ada kelas, hari khamis kelas sampai pukul 4, jadi secara rasminya after pukul 4 dah boleh ambik bas.. haha..
kejam.. =)
sem baru, azam baru.. niat di hati.
tercapaikah?? errrr.. kelu seribu bahasa..

aku malu padamu..
tahu kekuranganku..
tapi aku lebih malu.. bila Tuhan tahu..
ku tak terima hidupku
ikhlaskan apa adanya aku
tanpa harus ku mengeluh
Tuhan lebih tahu
ini yang terbaik untukku
tak perlu ada air mata
hidup belum habis semua
kerana aku yakin
Tuhan masih ada..
~wali band, aku tidak malu~

KATA 1: credit untuk kamu.. for make this song as your words to comfort me.. =)

Monday, 16 January 2012

karya kami


hmm.. saja nak story..
sem 3, semester yang memenatkan.. :'(
eh, apa ni?? errr... sebenarnya nak beritahu, untuk semester 3 ni kami kena ambik subjek Antimicrobial Therapy as one as our core subjek.. subjek apa ni?? belajar pasal benda yang jadi 'anti' untuk makluk-makhluk microorganism ni.. antibiotic.. antiviral.. antihalminth, anti fungal n yang sewaktu denganyya..
tapi yang tu tolak tepi, yang tolak tengahnya dan yang yang di story kan adalah pasal kerja kursus kami.. hehe.. setiap kumpulan diberikan satu tajuk daripada supervisor masing-masing n setiap kumpulan kena siapkan 1 article+ 1 video based on every group's topic... =)
article-article kami akan d publishkan..
wahhh... macam gempak je.. :p
sebab apa kami kena buat ni semua.. ini lah alasan dr.amin kesayangan kami ni.. (our course coordinator for this subject)
article: supaya kami ada karya sendiri yang di publishkan diperingkat antarabangsa
video: untuk memberi pendidikan pada semua.. sebab tu kami kena buat video sepenuhnya dalam bahasa melayu.. jenuh nak kena translate semua term-term medical dalam bahasa..guna google translate keluar bahasa pelik-pelik.. haha.. tapi insyaALLAH semua pengorbanan berbaloi.. =)
kat sini saya kongsikan article-article dan juga video hasil karya n kreativiti my dear coursemates.. =)

















TITLE : Choices of Antibiotics for MRSA Infection in Malaysia

alhamdulillah akhirnya semua dapat disiapkan dalam waktu yang ditetapkan.. on date.. hehe.. tapi ada lagi article n video yang saya tak dapat cari link.. dan ada juga video yang tidak di publishkan untuk tontonan umum di atas sebab-sebab tertentu.. memang nak siapkan ni memerlukan darjah kesabaran yang tinggi la.. for my group, memang berterima kasig gila kat Kwek Cheng Hau yang banyak berkorban untuk siapkan semua ni.. huhuh.. sampaikan dia pernah post dalam fb, betapa untuk 7.5 markah dia tak ada life dah.. huhuh.. so sorry ye Kwek, but want u to know, we always support u.. =)
for my group, betapa dugaan bila selepas publish video di youtube, tiba-tiba Kwek dapat email warning about the plagiarism on the song that we put on it.. lagi lah kelam-kabut kan.. buatnya video tu di delete sebelum dinilai tak ke haru.. :( tapi alhamdulillah everything is fine.. it is just a warning n they do not take any action towards us.. =)
dah la tiba-tiba usm wifi blocked sebarang access ke laman web youtube tambahlah derita.. nak upload video kena pergi marrybrown pulak.. haisyhh..
untung la sapa rumah dekat kan boleh balik upload kat rumah.. eh, tetibe lak..
hehehe..
tapi apa-apa pun when everything 'DONE' memang lega tak terkira.. boleh dah peningkan diri pasal final..
for all my cursemates.. congratez for all of ur amazing effort.. =)


KATA 1: masih dalam usaha mencari article n video group-group lain.. biasa la bila dah jadi penganggur ni, semua benda boleh jadi kerja.. :p

 

Template by Web Hosting Reviews