Friday, 2 March 2012

CNY Dinner


25/2/2012.. post chinese new year celebration..
tak tau nak cakap pasal apa.. semua berjalan lancar. alhamdulillah.. masuk committe bahagian makanan.. tengok makanan je sepanjang event.. yer la tu..
satu je kot kesilapan kot masa event tu. masa game bola beracun tu, salah satu meja yang menang dapat hadiah jam loceng. kebetulan semua ahli kat meja tu chinese. terasa+tersentap dengan hadiah yang mereka dapat. =(
kami bagi pihak semua memohon maaf atas kesilapan hadiah, tetapi kami juga masih belajar n tentu la ilmu kami kurang dalam bab2 ni kan. terutama bab2 pantang larang agama lain. tak perlu rasanya nak kritik antara satu sama lain sebab semua buat silap. yang penting kami cuba belajar atas kesilapan hari ini untuk masa depan. dengar kata chinese pantang dapat hadiah jam loceng kerana sebutannya dalam bahasa cina membawa maksud yang kurang baik. (credit to Joanne)..
nothing is perfect kan, yang penting dah cuba yang terbaik, n enjoy with everything that we have now..
(tak ada idea nak cakap apa.. juz nak letak gambar.. hehe.. :)

~ainaa kritik warna background~

~apink,ainaa,dayu,me~

~our group~

~apink,ainaa,dayu~

~syieda,ainaa,dayu~

~apink,ainaa~

~ainaa,dayu~

~2nd year.. during CNY Dinner~

~muslim group batch 2nd year during CNY Dinner~

Kata 1: kenangan terbaik event ni: salah masuk batch+syafiq shuffle.. hehe.. =)

Thursday, 16 February 2012

Antara 2 Jalan..



malam ni saya jadi rajin.. semua benda nak buat.. kacau blog,. sedangkan benda yang sepatutnya tak diselesaikan lagi.. hehe.. apakah itu??
gambar atas, dapat dari picture yang di share oleh my sis..
nampak simple, nampak biasa tapi bagi saya gambar ni sangat bermakna.. sangat memberikan kesan di hati.. dan bagi saya gambar ini sangat luar biasa cantik..
hmm...
this picture tell us which way that we should choose in our life..
dalam hidup memang lumrah kita tak akan pernah lari dari membuat keputusan.. kesusahan n kekeliruan untuk menentukan jalan mana yang harus dipilih seakan-akan telah menjadi nada yang seiring dengan nadi kita.. hmmm..
saya masih ingat kata2 ini tapi kurang pasti antara ia adalah perkataan dari seseorang ataupun ia adalah quote or kata2 hikmah yang saya sering baca.. =)
ia membicarakan tentang membuat pilihan dari 2 jalan yang berbeza..
seperi gambar di atas.
jika kamu terpaksa memilih di antara kedua2 jalan di atas, renungla sejauh mungkin kedua2 jalan tersebut.. perhati, teliti n dengar jalan itu..
kenapa n mengapa?
sebabnya jalan yang menuju kejayaan itu tidak pernah disertai atau dikelilingi dengan bunga2 yang indah, tetapi is dipenuhi dengan liku duri dan ranjau yang menyakitkan dan adakalanya 'amat' menyakitkan..
dan tatkala kamu merenung jalan itu kamu berasa gembira dan bahagia dengan 'kecantikan' jalan itu, fikir lah kembali adakah patut jalan itu yang perlu diambil..
kita hanya akan menghargai sebuah kejayaan selepas menghadapi sebuah kegagalan..
kita hanya akan merasai betapa manisnya kebahagian setelah dibasuhi kesedihan..
dan kita hanya akan mengetahui betapa pentingnya bersyukur dengan apa yang kita miliki setelah kita hilang apa yang kita sayangi..
tiap orang diberikan kejayaa, kegagalan, kegembiraan, kesedihan yang sama tetapi dalam bentuk yang berbeza..
maka bersyukur lah dan ingatlah ini yang terbaik untuk kita pada masa ini, detik ini dan saat ini..
(",)

Wednesday, 15 February 2012

Welcome Sem 4!


welcome... welcome.. welcome..
errr... macam la welcome sangat la kan.. :P
13/2 jam 9 pagi bermulalah sesi daftar bagi sem2 sesi 2011/2012 (dengan kata lain sem 4 bagi saya)..
pukul 9 dah start dah online segala jenis.. fb, twitter, healthy campuss.. budget memang excited gila la kan nak daftar sem 4 ni..
yerrr.. saya sangat semangat.. (tipuuuu...tipuuu...tipu...) :P
punca awal2 nak online ni apalagi ada plan tersendiri.. tak kisah pun pendataran benda lain.. cuma kisahkan subjek bm je.. why??? why??? why???
sebabnya subjek bm dan bi (macam dulu) ada group sendiri.. group ditentukan bila kita mendaftar.. daftar waktu yang sama insyaALLAH group sama
group sama=kelas sama.. yeay.. itu yang penting..
in the end, our mission is complete and successs.... ngeeeee... =)
dayu, wawa, syieda, ainaa, apink, intan, anis.. we are in the sama group!
great! perfect! =)
GROUP 36..


20 unit tepat untuk untuk sem ni.. malas dah nak bukak buku hijau ke biru tu (guideline).. tanya je dayu kod subjek untuk sem ni.. hehe
tekan punya tekan tiba2 terkejut.. eh, orang kata 7 subjek je, apasal saya punya tiba2 8 subjekk..
grrrrr... apa ni
ok, sila sedar diri.. baru ingat sem ni ambik ko-k.. unit terakhir untuk ko-k untuk keperluan university..
ko-k yang dipohon dapat n diluluskan..
alhamduliilah.. =)
elektif ambik veterinary pharmacy.. belajar pasal haiwan.. habisla sem ni.. sem lepas nak pegang tikus kecik tu pun sampai nangis2 tak nak.. ni sem ni memang banyak tawakkal la kan..
bermula sem 4.. another 5 sem to go! chaiyokkk!

KATA 1 : esok result.. hati, jantung, otak dah mula tunjukkan funtion yang hyperactive.. errrr... apa ni.. tawakkal +redha.. insyaALLAH ini yang terbaik untuk sekarang.. =)



Friday, 10 February 2012

alhamdulillah.. =)


alhamduliilah.. alhamdulillah.. alhamdulillah..
akhirnya dengan rasminya saya menamatkan sem 3 saya.. =)
serius syukur tak terhingga..
walaupun baru provisional result yang keluar tapi saya tetap dah sangat bersyukur n gembira.. =)

serius memang tak sanggup nak tengok bintang2 kat my result atau perkataan lain dari perkataan 'LULUS'..
malam sebelum tu dah mula terbayang apa lah yang dah jadi dengan my med chem, dosage preparation buat silap macam mana ni n bagaimana perasaan nak nangis masa tengah jawab physic pharm..
serius itu la 3 paper paling killer yang saya rasakan untuk sem ni (even actually semua paper killer) tu belum lagi cerita pasal antimicrobe.. lagi haru.. huhuhuh..
terpaksa akui kata-kata senior2.. sem 3 sangat susah. ingat dulu senior2 tu main2 sebab for me dah 2 semester kat sini tak ada lagi sem yang senang.. haha.. =.='
sekarang baru sedar bagaimanakah 'kesusahan' sebenar sem 3.. huhuhuh..
ingat lagi masa sehari sebelum last paper, pergi bilik my senior untuk ambik nota sem 4, kata2 penenang my senior 'tak apa, kscp physic pharm senang'..
my senior cakap macam tu selepas mendengar junior dia ni mengadu betapa susahnya physic pharmm.. :'(
hmmm.. alhamdulillah, sekarang dah tak ada apa2.. =)
keluar je result, dengan rasminya jadual pun dikeluarkan.
tapi bleh tersenyum lebar sebab saya sangat lah sukakan jadual sem 4 ni.. hehehe


ok, kegembiraan terserlah bagi insan2 yang memang kaki balik rumah.. haha
jumaat tak ada kelas, hari khamis kelas sampai pukul 4, jadi secara rasminya after pukul 4 dah boleh ambik bas.. haha..
kejam.. =)
sem baru, azam baru.. niat di hati.
tercapaikah?? errrr.. kelu seribu bahasa..

aku malu padamu..
tahu kekuranganku..
tapi aku lebih malu.. bila Tuhan tahu..
ku tak terima hidupku
ikhlaskan apa adanya aku
tanpa harus ku mengeluh
Tuhan lebih tahu
ini yang terbaik untukku
tak perlu ada air mata
hidup belum habis semua
kerana aku yakin
Tuhan masih ada..
~wali band, aku tidak malu~

KATA 1: credit untuk kamu.. for make this song as your words to comfort me.. =)

Monday, 16 January 2012

karya kami


hmm.. saja nak story..
sem 3, semester yang memenatkan.. :'(
eh, apa ni?? errr... sebenarnya nak beritahu, untuk semester 3 ni kami kena ambik subjek Antimicrobial Therapy as one as our core subjek.. subjek apa ni?? belajar pasal benda yang jadi 'anti' untuk makluk-makhluk microorganism ni.. antibiotic.. antiviral.. antihalminth, anti fungal n yang sewaktu denganyya..
tapi yang tu tolak tepi, yang tolak tengahnya dan yang yang di story kan adalah pasal kerja kursus kami.. hehe.. setiap kumpulan diberikan satu tajuk daripada supervisor masing-masing n setiap kumpulan kena siapkan 1 article+ 1 video based on every group's topic... =)
article-article kami akan d publishkan..
wahhh... macam gempak je.. :p
sebab apa kami kena buat ni semua.. ini lah alasan dr.amin kesayangan kami ni.. (our course coordinator for this subject)
article: supaya kami ada karya sendiri yang di publishkan diperingkat antarabangsa
video: untuk memberi pendidikan pada semua.. sebab tu kami kena buat video sepenuhnya dalam bahasa melayu.. jenuh nak kena translate semua term-term medical dalam bahasa..guna google translate keluar bahasa pelik-pelik.. haha.. tapi insyaALLAH semua pengorbanan berbaloi.. =)
kat sini saya kongsikan article-article dan juga video hasil karya n kreativiti my dear coursemates.. =)

















TITLE : Choices of Antibiotics for MRSA Infection in Malaysia

alhamdulillah akhirnya semua dapat disiapkan dalam waktu yang ditetapkan.. on date.. hehe.. tapi ada lagi article n video yang saya tak dapat cari link.. dan ada juga video yang tidak di publishkan untuk tontonan umum di atas sebab-sebab tertentu.. memang nak siapkan ni memerlukan darjah kesabaran yang tinggi la.. for my group, memang berterima kasig gila kat Kwek Cheng Hau yang banyak berkorban untuk siapkan semua ni.. huhuh.. sampaikan dia pernah post dalam fb, betapa untuk 7.5 markah dia tak ada life dah.. huhuh.. so sorry ye Kwek, but want u to know, we always support u.. =)
for my group, betapa dugaan bila selepas publish video di youtube, tiba-tiba Kwek dapat email warning about the plagiarism on the song that we put on it.. lagi lah kelam-kabut kan.. buatnya video tu di delete sebelum dinilai tak ke haru.. :( tapi alhamdulillah everything is fine.. it is just a warning n they do not take any action towards us.. =)
dah la tiba-tiba usm wifi blocked sebarang access ke laman web youtube tambahlah derita.. nak upload video kena pergi marrybrown pulak.. haisyhh..
untung la sapa rumah dekat kan boleh balik upload kat rumah.. eh, tetibe lak..
hehehe..
tapi apa-apa pun when everything 'DONE' memang lega tak terkira.. boleh dah peningkan diri pasal final..
for all my cursemates.. congratez for all of ur amazing effort.. =)


KATA 1: masih dalam usaha mencari article n video group-group lain.. biasa la bila dah jadi penganggur ni, semua benda boleh jadi kerja.. :p

Saturday, 14 January 2012

home sweet home..


alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah...
dengan ini saya secara rasminya telah menamatkan sem 3 yang memenatkan dan memulakan cuti yang tak berapa panjang n tak berapa pendek ni.. errr??
merepek apa ni?
dah mula create dalam kepala apakah yang bakal dilakukan???
hmmmm...hmmmm..
ntah tapi yang penting juz wany to express my happiness because finally
I'M HOME..
saya telah memecahkan rekod untuk tidak pulang lama sudah..
berapa lama?? jangan tanya.. sensitip.. :p
(even i homesick tahap petala kelapan tapi i tak balik tau.. i nanges je sorang-sorang.. kuat kan i.. hahaha.. riak pulak..)
tapi, apa-apa pun..

KATA 1: Ada satu update yang separuh siap yang penting untuk di post.. errrr.. tak la penting but it was created for someone.. (^^) will try to update it tonite..
(",)
KATA 2: post ini sangat sensitif untuk yang belum habis exam.. haha.. sabar ye.. masamu akan tiba jua.. :p
Saturday, 7 January 2012

Final Sem 3


setelah menghadapi 'brain damaging' untuk 4 paper, dan bersedia untuk menghadapi lebih 'brain damaging' for another 4 papers, akhirnya dengan mata mengantuk untuk terus menghadap nota-nota yang bertimbun, akhirnya terbuka blog.. eh apa merepek ni.. well, ini lah terjadi apabila terpaksa marathon for final exam.. 8 papers for 10 days..
berita gembira---> boleh balik awal..

(this schedule is for pharmacy student sem 3 that taking lmt100(english) and fel272(management).. yang lain tak sama, harap maklum.. tarikh balik je sama.. =p)

the most lovely schedule in the world.. haha..
even dah lambat gud luck yer semua..
(^^)

ya ALLAH, keluarkan aku dari gelapnya kebingungan, dan muliakan aku dengan cahaya pemahaman-Mu. Ya ALLAH, bukakan kepada kami pintu-pintu rahmat-Mu, dan curahkan kepada kami khazanah-khazanah ilmu-Mu dengan rahmat-Mu Yang Maha Pengasih dan segala yang mengasihi...
Amiinnn...


Saturday, 24 December 2011

'process' ending sem 3


alhamdulillah akhirnya dah nak tamatkan semester 3.. alhamdulillah jugak sebab semuanya kini dah hampir selesai.. tinggal nak tunggu masuk 'perang' yang terakhir sem ni.. perang?? ngeee... =)
balik dari ber'cuti' sebentar di rumah sempena my besday, terus masuk lab untuk aseptic technique.. ingat kan nak belajar rupanya test.. ==
memang la kan, lupa habis dah semua technique yang belajar masa sem 1, tu la buat lambat-lambat sangat test ni.. errr.. sampaikan pembantu makmal microbe tu sempat 'puji' lagi, mesti tidur masa sem 1 ni.. errr... abang, bukan xtau, tapi tak ingat,, semua ni gara-gara salah cara guna mixing machine tu masa nak mix serial dilution tu.. aseptic technique, teknik yang guna supaya kita dapat buat kerja dengan cermat n bersih serta selamat.. sebabnya kita kena pastikan segala bahan kita, n sepanjang eksperimen yang kita buat, tak akan ada microorganism asing masuk.. kiranya bersih la.. =)
n for this experiment, n for the first time i'm injured myself.. kena jarum suntikan, memang pembantu makmal tu geleng kepala la kan,, serius memang tak sedar bila kena, hanya sedar bila darah dah menitik-nitik dah.. :'(
minggu tu jugak ada kuiz dosage untuk theory n 3 ari lepas tu test untuk practical.. n for the test practical, i'have made a very stupid mistake on the easy question.. waaaa.. sedih sangat-sangat... mintak sangat-sangat supaya tak buat careless mistake yang tidak dapat diterima akal macam sem lepas.. huhuhuh..
tak nak dah masuk kelas dosage tu... :p
sempena berakhirnya practical dosage punya kuiz, kami semua kena bersihkan tempat n barang-barang kami sebab nanti final dah tukar tempat. masa final, tempat kami main aci campak je kat mana.. sepanjang ambik course ni tiap orang akan dapat 1 site tempat la, dengan barang-barang complete untuk buat preparation ubat masa kelas practical.. kekemasan n kebersihan tempat diberikan markah..
bawah ni gambar my 'port'.. dah bersih la sebab dah kemas, klu nak tengok masa tengak siapkan preparation tu memang nauzubillah la.. mak mertua tengok pun reject nak jadikan menantu.. hehe.. sebabnya kami kena siapkan 4 preparation ubat dalam masa 3 jam.. termasuk untuk extemperonous yang mana prscription ubat diberi waktu tu n kami kena buat calculation untuk dose n siapkan ubat tu waktu tu jugak,, :'( memang kelam kabut sangka ribut la kan.. tapi alhamdulillah buat masa ni, semua dapat disiapkan pada tepat waktunya..

barang-barang untuk buat ubat.. apparatus je, chemical dia kat tempat lain

laci setiap orang berbeza, barang dalam tu tanggungjawab sendiri, rosak n hilang kena bayar.. =P


jeng... jeng.. jeng.. ini la my tempat..

habis story pasal dosage.. viva presentation untuk medicinal chemistry pun dah berakhir.. syukur..berhadapan dengan kuiz antimicrobe n physic pharm.. antimicrobe sangat tragis.. tiba-tiba dalam hati berfikir, macam mana nak jaga ubat nanti masa kerja sedangkan nama antibiotic untuk certain-certain penyakit pun tak ingat.. ok... gerun..
after kuiz pharm, release tension jap, saya n roomate 'terlepas' ke QB.. hehehe.. kami tengok wayang ni


sangat best sebab sangat lawak.. thumbs up.. balik-balik memang terus cari katil la kan.. sangat mengantuk..


my roomate sekarang ni sangat addicted dengan barang yang ada tema 'HELLO KTTY'..

words for today:
it is easier to forgive an enemy than to forgive a friend.. =(

Monday, 19 December 2011

monday night


i have promised to myself to be STRONG... i have promised to let everything just go and out from my life.. but, donno why i always FAILED.. i always lost in my own world..
YA ALLAH, pinjamkan aku sedikit kekuatan.. berikanlah aku ketabahan hati.. tenangkanlah hatiku.. dan senantiasalah ingatkan diriku agar dekat denganMu..
sesungguhnya ALLAH S.W.T. tidak akan menduga hambanya lebih dari apa yang termampu oleh dirinya.. dan DIA senantiasa ada bersama hambaNya.. :'(



Sunday, 18 December 2011

pesta penang


akhirnya tahun ini dapat jugak peluang nak pergi pesta pulau pinang...


wahhhh... ye la kan, pesta tu ada tiap hujung tahun, tapi dah berapa tahun tak pergi.. ok, tak nak kira dah berapa lama tak pergi..
hari ni (my parents+my brother) pick me me about after maghrib... lepas tu terus pergi... bajet pergi awal la kan, tengok-tengok dah penuh dah tempat tu.. parking jangan cakap la.. sampai my mum boleh kata lagi, patutnya parking je kat usm tu, pastu jalan datang sini.. errrrr... larat ke ma..
memang agak jauh la parking tapi nak buat macam mana kan, yang tu je ada.. =(
masuk-masuk pesta memang pusing sakan la tempat tu.. dah plan dah nanti saya n adik, nak pergi main main-mainan kat belakang tu.. dengar jerita-jeritan.. woooo.. teruja... =O
lalu kawasan rumah hantu atau nama tempat tu'GHOST CASTLE' my adik, dah tengok saya sambil matanya berkata;'jom..jom...'
hah pandailah, malam ni balik usm dah la tidur dalam bilik sorang, dah tu ada hati nak ajak akak dia yang penakut ni masuk rumah hantu?? serius jangan cari penyakit..

klu dengar jeritan dari luar memang 'BEST' la kan..

penat berjalan, lepas tu kami tinggalkan our parents kat tempat makan.. kami meneruskan misi utama.. hehe..
banyak benda boleh naik kat sini.. untuk budah da untuk bukan budak lagi ada.. :p
tapi orang sangatlah ramai, almaklumlah malam hujung minggu, so kami sempat naik dua je.. 'TOP GUN' n 'CHALLENGER'.. (tu pun lama gila nak kena beratur..)

'TOP GUN'

'CHALLENGER'

'VORTEX'.. sangat scary.. terbalik, terjunam semua ada.. so kerana terlalu scary, saya tidak naek.. hehe

'EURO WHEEL' benda ni berpusing a bit slow.. jadi, saya tak semangat nak naek.. hehe.. ok, berlagak sangat la kan.. :p

p/s:kebanyakan gambar di copy n paste.. credit to GOOGLE IMAGES

akhir sekali, memandangkan tangkap gambar memang menjadi habit.. dah tak boleh ubah.. sampai la kami ke TAMAN MINI semata-mata untuk tangkap gambar.. cantek kat sini sebab banyak lampu-lampu warna-warni.. =)









konon-konon 'i'm freeeee' la kan.. :p

the destiny of my life already have already written by ALLAH but HE always give some time and space for me to create my own dream.. =)

KATA 1: my picture memang akan conquer dan menjadi bilangan terbanyak dalam setiap kamera.. lumrah.. hehe
KATA 2: relaxing my mind when meet my family.. =)
KATA 3:notes dah panggil-panggil tak henti.. sila study, kuiz anda depan mata jer tu.. :P
 

Template by Web Hosting Reviews