Sunday, 20 November 2011

orang yang sunyi

<3 Assalamualaikum <3


baru balik dari deeparaya (deepavali+hari raya) celebration kat foyer school pharmacy.. roomate tak balik lagi (actually kami lari awal sebab rasa macam boring duduk lama2 dalam tu).. so, duduk la dalam bilik ni sorang2.. janji pada diri sendiri nak siapkan practical dosage.. siapkah untuk malam ini?? hurmm
dapat satu quote untuk dikongsi.. untuk dijadikan peringatan+penghayatan untuk diri sendiri..


bila fikir2 balik betul jugak. orang yang senantiasa berusaha untuk gembirakan orang lain ni sebenarnya sangat sunyi.. disebabkan mereka faham erti 'sunyi' yang sebenar, jadi mereka berusaha supaya orang sekeliling mereka tak rasa apa yang mereka rasa.. temani mereka kerana mereka begitu sukar menuturkan perkataan yang menggambarkan betapa mereka amat memerlukan kita.. :'(
seperti kita lihat orang yang penuh dengan kegembiraan dan senantiasa tersenyum seakan-akan dalam hidupnya tidak pernah sekalipun ditimpa masalah adalah orang yang paling menyedihkan.. kenapa?? kerana kesedihan dalam diri mereka terlalu besar sehinggakan mereka sangat menghargai kegembiraan yang walaupun kecil.. dan kerana mereka sudah biasa dengan kesedihan, mereka menjadi begitu bijak dalam menyembunyikan perasaan dengan melahirkan sebuah senyuman yang berjaya mengaburi 1001 pasang mata..

mutiara kata :
Sometimes we struggle through a tasteless coffee till the last sip
&
we find sugar lying at the bottom
^^That's Life^^,
Enough sweetened but not stirred well... ♥
For real.. May ALLAH help us to stire our coffee well.!!!

kata 1: setiap orang ditimpakan musibah dan dugaan yang sama rata walaupun dalam bentuk yang berbeza
kata 2: minggu ini sangat letih+lelah.. kelas awal pagi berterusan hingga malam, presentation untuk management minggu ini? wah!!!
kata 2: my adeq sudah selamat menjadi penganggur di rumah sehingga cuti persekolahan tamat.. saya mengaku saya sangat jeles.
Thursday, 17 November 2011

stuck in my heart

<3 Assalamualaikum <3


selesai dengan kuiz bichem.. Alhamdulillah.. ok ke tak?? erk.. itu belakang kira... nasib sangat baik n syukur sebelum masuk test sempat terpandang principle of salting out.. kalau tak 10mark tu akan melayang2 ucap selamat tinggal kat aku.. huhuh.. after dari pukul 8 malam sampai 1 pagi menghadap biochem, structure amino acid sempat hafal semalam tapi tak banyak, agak kecewa sebab hilang markah kat structure yang tak sempat hafal.. huhuh.. :'(
tapi, syukur lah dengan at least kertas tu tak kosong kan.. =)
balik test, management kelas cancel, so, terus balik bilik..
buka fb, twitt n so on.. =)
tiba2 rasa rindu :p

gambar apa ni.. this is one of my favourite picture,, serius.. last party of 5Zarqali aka 5Udayana.. on farewell party.. masa ni aku jadi mc dengan my twin.. who?? tu yang sedondon dengan i pakai warna pink..
serius masa ni sangat susah nak paksa my twin ni nak guna 'pink' theme(actually tiap couple kena guna theme yang berlainan.. sje pilih pink sebab my twin ni memang allergic gila la dengan 'pink' colour ni.. hehe.. saya sangat jahat n saya mengaku.. (^^)
tapi demi kesiankan twin dia ni so dia dengan rela+berat hatinya mengikut kata hati i..
yeay!
masa ni gak tiap orang akan dapat hadiah dari SA (secret admire) masing2 n kita pun kena bagi kat SA kita.. errrrr??
siapakah SA saya n dalam diam saya ni SA kepada siapa??
well, all be the secret of the paper yang dicabut.. undian dilakukan n sebarang bantahan tidak dilayan.. eceh..
dan ditakdirkan my SA lelaki n saya pun SA kepada lelaki gak..
sebelum majlis, semua orang kena bagi surat or something like that kat orang yang kita minat ni..
creadit to husna yang banyak bagi dorongan+galakan+bantuan..
masa tu saya jadi sangat nakal..
hehehehehe,,,
kepada orang yang saya minat dalam rahsia tu (translate dari SA), ampun maaf yerr.. =)
n kepada SA saya, terima kasih daun keladi for all the presents really2 appreciate that even mula2 touching sebab tak dapat surat..
(^^)
serius rindu kelas ni, rindu my maktab ni, my frens n my romate+housemate..
semua dah bawak haluan masing2, most of them are currently in egypt ( a doctor to be)
wherever you are hope one day we can meet again..
semoga kejayaan milik kita bersama.. =)
luv u all..

our currently official website:


kata 1: ZARQALI actually our class's name tapi udayana tu nama special untuk kelas kami.. =) sebab? tu kena tanya orang bertanggungjawab.. =)
kata 2: munira di IIUM, husna di China, sangat rindu mereka.. :'( nanti balik kita dating together2 ok.. =)


Sunday, 13 November 2011

impian kami tercapai.. yeay!

<3 Assalamualaikum <3


kami?? siapakah?? yes, me n dayu.. well, setelah dirancang dengan rapi, akhirnya niat n impian kami utk bertandang ke tempat ni tercapai.. =)


perpustakaan awam, sungai petani..

well wat apa kami kat sini?? budget rajin?? muahahaha.. kuiz dah dekat.. study tak habis lagi.. :'(
akhirnya setelah lebih dua jam berhempas pulas, akhirnya siap la cover tutor biochem kami..(even ada certain question akhirnya tetap tak dapat solution, oh voet n voet, tapi kami dah cuba sebaik mungkin.. cheewah)  =)
then, lepas tu, apa lagi?? enjoy..
pergi taman jubli perak (actually kat sebelah lib tu je pun) jalan-jalan, naik buaian, n dapat tengok rusa..
yeay! best2..

 dapat naik buaian.. ok, serius macam budak.. tapi.. ada kesah?

 tasek@jubli perak

me+dayu+rusa (ada kat belakang tu, tak nampak sangat sebab rusa tu dah sedia nak lari)

 dayu...

tengok tak lama sebab kami ada planning lain..
main badminton..
budget terror.. haha.. 
 akhirnya bila dah penat kami pun blah dari tempat tu (plus kami mula perasan yang rasanya boys kat situ nak guna tempat tu main bola.. sorry ye adik2, 'akak2' ni tak tau.. ngee..

me+dayu

 kenapa nampak gemuk ni?? errrr...

 balik sakit tangan sebab dah lama tak exercise.. haha.. u deserve it..
credit to dayu yang sudi hantar balik.. =)
esok nak balik usm dah, kepala dah makin ribut, kuiz dah makin hampir,,
waaaa...
arini gak dapat invitation untuk majlis kawen my kakak angkat yang dulu rajin jaga i masa kat smk bandar sungai petani..
congratez yer kak yang for ur wedding.. semoga bahagia n berkekalan hingga akhir hayat.. InsyaALLAH klu tak ada aral, kami sekeluarga akan datang.. =)

mutiara kata:
hidup ini terlalu singkat untuk menyesali n menangisi sesuatu yang tak perlu.. move on and live ur life.. hidup ini terlalu indah untuk kita cemari.. kita tak akan boleh ketawa untuk lawak yang sama berulang kali tapi kenapa kita masih menangisi n meratapi sesuatu peristiwa duka berulang-ulang kali.. ALLAH tau apa yang terbaik untuk kita.. yakinlah padaNya.. InsyaALLAH.. ya ALLAH ya tuhanku, kuatkan lah aku, berilah aku kesabaran n ikhlaskan lah hatiku di setiap perbuatanku.. berikanlah yang terbaik buat hambaMu ini kerana sesungguhnya hanya Kau lah tempat aku meminta pertolongan.. =)

p/s 1: gambar tak boleh upload sebab masih kat dayu, will upload it later.. =)
p/s 2: nak balik usm dah tapi tak tau lagi nak balik ke tak this december.. wedding kak yang + my besday.. ngeee.. tapi mesti sibuk since due date research around the corner.. hmm
p/s 3: credit to dayu for today beautiful moment.. love it..  insyaALLAH diri ini akan makin kuat.. =) luvvvv
p/s 4 : lepas ni dah akan tak rajin upload blog.. sangat susah line wifi usm untuk upload blog.. :'(

impian : nak main badminton kat usm nanti, exercise.. tercapaikah?? hurmmm

Saturday, 12 November 2011

ALLAH sayang saya, ALLAH uji saya

<3 Assalamualaikum <3


kadang-kadang kita selalu merungut akan setiap dugaan dan ujian yang ALLAH berikan kepada kita. semestinya aku turut terlibat dalam 'golongan' itu.. tetapi sedarkah kita mengapa ALLAH menduga kita sekalian.. kita diduga, barulah kita terngadah dan kembali bersamaNya.. tetapi jika kita tidak diduga adakah kita akan bangkit dari mimpi-mimpi kita ini.. tiap kali diduga dan diuji ucaplah 'ALHAMDULILLAH' kerana ini membuktikan ALLAH sangat menyayangi kita dan ingin kita senantiasa ingat padaNya tanpa tersasar dari jalan yang sepatutnya.. bersyukurlah kerana kita menjadi insan n hambaNya yang bertuah yang diduga yang mana mungkin orang lain tidak berkesempatan mengalami 'pengalaman' berharga ini.. =)


 
Allah menguji seseorang itu kerana Allah swt mempunyai rahsianya tersendiri, sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita.

..............................
.....................

RINTIHAN

Ketika Allah rindu pada hambanya, Allah akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yang isinya adalah ujian...

Dalam hadith qudsi Allah berfirman:

“Pergilah pada hambaku lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya.”
(HR. Thabrani dari Abu Umamah)


Abu Said dan Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi SAW. bersabda: 

“Seorang muslim yang ditimpa penderitaan, kegundahan, kesedihan, kesakitan, gangguan, dan kerisauan, bahkan hanya terkena duri sekalipun, semuanya itu merupakan kafarat (penebus) dari dosa-dosanya.''
~H.R. Bukhari dan Muslim~


Tuesday, 8 November 2011

"architect" in the making

<3 Assalamualaikum <3


sangat rajin untuk update blog sejak kebelakangan ni... tak da kerja?? tipu la tu.. assignment bertimbun, research tunggu masa nak due date je.. kuiz dah pangil2..
arggghhhh....
ok fine.. relax.. (^^)
cerita untuk post kali ni ialah impian, cita2 n harapan..
kenapa tiba-tiba aku bukak cerita ni lak??
sebab kadang2 dalam hidup kita terlalu mengejar sesuatu untuk orang lain dan bukan untuk diri kita sendiri.. dan kadang kala mungkin juga sebab kekhilafan diri sendiri kita selalu mahukan orang lain mengikut kata hati kita tanpa kita sedar yang adakalanya seseorang itu juga mempunya jalan yang mereka ingin pilih dan lalui..
masa dulu kecik2 bila cikgu tanya apa cita2?
terlalu banyak cita2 yang kita ingin gapai.. tapi tercapaikah?
tiba2 aku teringatkan satu impian aku suatu masa dulu.. agak kelakar tapi iyalah masa tu kan budak2 lagi.. kanak2 ribena (^^)
aku pernah melawak n aku rasa masa tu serius kot, lepas habis PMR, nak masuk sekolah teknik n nak ambik bidang masak2.. nak belajar memasak.. (^^)
camna? ayu tak?? haha
tak ada cita-cita nak jadi doktor ke farmasi ke engineer ke or yang sewaktu dengannya.. senang, belajar masak paling2 jadi cikgu.. cikgu masak.. haha..
bila fikir balik mesti orang kata errr kolot gila cita-cita tapi itulah impian yang terlukis apabila saya berumur 12 tahun (after UPSR)
tapi semua berubah, masa form 4 masuk asrama, berdepan dengan orang2 luar cita2 pn berubah.. mula nak menggapai bintang di langit or cari mutiara di lautan.. ceh!
ambik SPM, msuk matrix n hah this is my new path in my life.. dah masuk u fikir bila masa aku pernah mimpi nak ambik course ni?? errrrr
ok, tutup pasal my old story, the story yang aku nak story mory ni pasal my brother, my only brother..
habis PMR, dia mula konpius sebab our parents lebih suka dia ambik biology, life science kot2 la ada rezeki leh jadi doctor selepas dua orang kakaknya gagal realisasikan impian tu.. (alhamdulillah my sis sekarang merupakan pelajar tahun akhir jurusan perakaunan di Universitas Negeri Medan, Indonesia) me? rujuk sini :-)
tapi yang ni je aku cakap dengan dia, dia kena fikir yang dia kena buat ni for the rest of his life.. klu salah pilih, he is the one who will suffer.. so?? decide my urself.. i'm always beside u does not take into account what is your choice.. ;-) sweet tak?
betul la aku tetap akan sokong even apa pun yang dia pilih, alhamdulliah akhirnya dia pilih jalan sendiri..
our parents kecewa skit, tapi lepas pujuk ok la.. itz about future, biar dia pilih jalan sendiri n berdiri atas kaki sendiri.. even satu hari dia menyesal, dia akan ambik iktibar n muhasabah diri.. itulah pengajaran hidup yang terbaik.. :P
tapi sekarang aku benar2 nampak potensi n minat dia ke arah mana..

his project for the spm (paper reka cipta)
gambar ini telah diambik secara senyap2 (bukan curi2) hehe..
cantek kan??

yang ni yang dah gabung.. idea asal ada kat bawah ni.. hehehe..




project membawa tema pemanasan.. tentang alat pembakar yang pada masa yang sama boleh memanaskan lauk yang lain yang berkuah.. senang untuk picnic sebab kecil dan ringan untuk dibawa.. macam sangkar je.. eh? aku lak yang promote :-)


apa2 pun gud luck my dear brother for the coming SPM.. jadikan mimpimu memori yang paling bermakna dalam hidupku.. kejarlah impianmu n ketahuilah kami senantiasa ada disisimu dik.. :p


p/s : adakalanya kita selalu terlepas pandang sesuatu yang bermakna dalam hidup.. kita selalu mengetepikan hati n perasaan orang lain kerana terlalu taksub mengejar kesempurnaan tanpa kita sedari kesempurnaan itu tetap akan hadir di celah kegembiraan dan kebahagian semua orang disekeliling kita.. ketahuilah bahawa ALLAH telah merancangkan sesuatu yang begitu indah dalam hidup kita, jadi jangan sesekali merungut dan bersyukurlah dengan setiap yang kita miliki.. :-)

holiday @ aidiladha

<3 Assalamualaikum <3



welcome back to the blog's world!!! erk?? in the other meaning welcome back home
salam aidiladha.. smoga aidiladha ini dapat membrikan ruang untuk kita melakukan pengorbanan walaupun hanya sekelumit.. dan semoga aidiladha kali ini memberikan kita peluang untuk memahami erti sebenar pengorbanan.. ^^
raya kali ni macam biasa, menu tak berubah untuk beberapa tahun kebelankangan ni
(idea aku untuk tukar menu tahun ini mendapat tentangan hebat dari my bro n jiran tetangga.. erk?? jiran?? haha.. another long story)
dari pagi sampai petang memang 2 kerja la aku buat.. buat kerja menghidang atau makan rumah orang.. macam2 makanan ada.. turn makan kat rumah aku, hah waktu tu baru padan muka sebukit pinggan untuk dicuci.. ;'(
tapi yang bestnyer petang tu, my dad and my uncle decided nak keluar jalan..
yeay..




ok fine my bro bising kata aku tak terror tangkap gambar.. errr... ce undi tengok gambar yang mana lagi cantekkk. (mood : riak + berlagak).. haha

yeah, itulah destinasi kami lewat petang tu membawak ke tengah malam..
wow?
tengah malam.. mesti la bertolak pun dah petang, jalan lagi makan lagi.. huha2 lagi.. kan dah malam :)
n special event waktu tu kami celebrate sekali dengan birthday puteri bongsu uncle i ni..
me+besday girl.. harap maklum yer muka adik kecik ni sememeh skit.. dia tak suka tangkap gambar.. tu muka jadi macam jeruk tu.. hehe

lama dah mengidam nak celebrate besday, sampai demam2 last2 ni baru tercapai..
biasa la budak2 ni lain skit, klu depa tak dapat apa yang depa nak sangat, then u have to deserve something from that.. ^^
bagi je apa depa nak.. terus ok.. :)




 terkedu dah tak tau nak cakap apa.. T_______T


cepat2 potong, pasni bleh kita mandi.. (mood : excited)

tempat tu ok la best tapi yang tak bestnya sebab kena pakai tudung sentiasa.. iya la kan ada boys skali.. sebenarnya ada je kolam tertutup untuk girls tu, tapi kami tak perasan.. dah siap mandi semua baru perasan.. tapi air kat situ tak berapa panas sangat..
masa kaki jejak air tu serius sangat panas, tapi bila dah lama2 ok la..
orang kata dah immune..
me n my bro and budak2 tu siap tunjuk tough lagi kat our parents konon tahan panas sedangkan kami dah lama dalan kolam tu, so dah jadi tak berapa panas sangat ler..
hehe.. :p
my dad cakap air tu bagus untuk yang ada allergik like me.. betul ke??
tapi mungkin sebab kami tak biasa, jadi xboleh terlalu lama sangat dok dalam kolam tu..
penat.. melaui teori adeq saya:
adeq: temperature increase, so pressure increase..
ceit mentang budak fizik wat ceramah lak kt sini. kihkih. :p
apa2 pun memang enjoy mandi kat sana.. :)


yang ni kolam utama.. sumber untuk kolam2 yang lain.. sangat panas.. tengok nampak berasap-asap..


masa kami datang orang tak ramai sangat sebab orang lagi suka datang tengah2 malam.. masa kami datang awal lagi sebab takut sesat.. :-)


wif my adeq spupu yang lagi sorang... kami ni memang gila gambar skit yer.. T_______T


akhirnya mendapatkan apa yang diidam idamkan.. (erk? idam???)


memang teruk gila dah makan nasi pun masih teringin nak makan burger.. tak tahan tengok orang ramai jual kat situ,, thnx to my adeq spupu yang sangat memahami keinginan kakaknya yang seorang ini.. kihkihkih

ok.. cuti raya ini memang saya makan banyak.. saya mengaku.. (^^)

pukul 3 pagi sampai rumah, solat trus lena tak sedarkan diri.. hehe..

Thursday, 27 October 2011

secukup rasa (e-karya)

<3 Assalamualaikum <3


saja nak kongsi novel my feveret writer..















Wednesday, 26 October 2011

a story to tell..

<3 Assalamualaikum <3



hari ni off ke guar cempedak.. buat apa?? saja membuang masa n jalan2 wif my parents and my uncle n of course dengan 2 orang budak yang nakal tu.. :)
jalan2 sambil beli barang sikit.. nak dekat balik my father tanya tak nak beli ke kain sembahyang yang baru alang2 dah keluar.. yang lama ada lagi tapi tinggal satu sebab yang lagi satu dah koyak so my dad kata beli je la yang baru kat sini.. jalan punya jalan my mum xlarat dah then suruh kami je pergi cari.. so jalan la me, my mak cik and 2 orang kanak2 tu.. hehehehe..

nak dijadikan cerita kat tempat terakhir kami pergi cari kain sembahyang tu, terjadilah satu peristiwa.. bukan kami memilih tapi my mak cik cakap beli yang buatan indonesia biar elok sikit.. dah alang2 ramai yang jual saja la nak wat perbandingan harga dulu sampailah ke satu gerai sorang mak cik ni.. my mak cik dah minta kebenaran nak buka n nak try jap kain sembahyang tu n mak cik tu dia je so kami consider dia xkisah.. ok la tapi terlalu terang sangat corak dia n harga dia quiet mahal dari gerai yang sebelum ni kami tengok.. so my mak cik cakap tunggu sekejap nak pergi tanya my mum sebab kami xbawak duit (actually alasan je la xkan nak direct cakap tak nak lak kan) n mak cik tu tiba2 marah.. kata2 mak cik tu yang sempat aku ingat:
"isyh kenapa tak cakap nak pergi tanya mak dulu.. buat apa nak tnya mak.. ni dah try bru nak bagitau... bukan senang nak lipat kain sembahyang ni balik.. ni kain sembahyang ni kena lipat elok2 tau.. lain kali bagitau la dulu nak tanya mak xnak beli lagi n bla2.... dah la bukak sampai dua.."

sentap jugak tapi kami diam je.. my mak cik dah laju kedepan, aku lambat skit sebab nak tarik budak 2 orang tu lagi... aku ingat nak say sorry tapi amarah mak cik tu tak habis lagi rupanya.. sempat lagi.. n ayat ni benar2 wat aku tersentap..
"nanti orang masuk meminang orang kata nak test dulu baru bagitau nak ke tak..pastu bagitau tak nak.. baru tau"

aik?? apa kena mengena lak beli barang dengan masuk minang? tak ada kaitan kan.. n kenapa perlu menyumpah orang.. harga maruah n harga sesuatu barang tak sama.. harga maruah sangat tinggi untuk dinilai.. sangat tersentap dengan kata2 itu.. tapi macam kata my mum n my dad kata
"sabarla, mungkin rezeki dia kurang arini, jadi dia mood tak baik.. or mungkin tadi dia marah kat orang lain tp tertempias kat kita.. biar je la, bukan kita kenal pun dia.."
sabarlah hati.. bukan dia yang tentukan jodoh n takdir untuk kita tp Allah S.W.T.



n hari ni aku dapat satu lagu ni untuk dikongsi.. sangat best n menyentuh hati..



<credit to Dunia Sarah >


Tuesday, 25 October 2011

the days with tears..

<3 Assalamualaikum <3



already at home.. finally.. sebab tu ada masa nak kacau my blog... sja nk crita sesuatu yg menjadi pengajaran utk diri sendiri.. hari Jumaat, tu my romate n sja makan kt luar... jemu dah makan dalam kafe tu tambah lago dh janji dengan dia, so pergi jugak even waktu tu hujan lebat.. nak kata lebat x la sangat tapi still la kena pakai payung.. naseb masa tu xda guruh ke petir ke.. kami naik bas dari desa n bila nak turun dari bas tu sesuatu berlaku.. entah la salah aku sendiri or memang takdir dh tertulis mcm tu, entah kenapa masa aku baru nk turun tangga pertama dari bas tu, selipar yang aku pakai terasa licin n aku tergelicir kt tangga tu.. naseb aku baek sangat coz sempt capai satu tiang kt tangga tu n terduduk kat tangga kedua. xda kecederaan serius cuma lebam n terguris sikit lengan kiri n trauma yg melampau.. serius trauma.. bertahun aku naek bas xpernah ada episod mcm ni.. if aku xsempat capai tiang tu, mesti dh tergelincir sampai bawah n aku xdapat bayang apa berlaku.. nauzubillah.. syukur alhamdulillah Allah masih sayang n lindungi aku..



xcukup dengan tu, malam tu aku diduga lagi.. dlm pukul 4.20 pagi, my romate yg blom tidur kejutkan aku krna nmpk makhluk ALLAH yg satu ni.. Ya Allah ya Tuhanku.. apakah dugaan ini.. alhamdulillah my senior ada utk tlg slepas aku kol stelah aku putus asa kol my fren yg lain xangkat2.. ye la pukul 4 pg siapa la yg xtidur lagi kan.. bahagian keselamatan dtg n try cari tp xjumpa.. kami just leh redha n doa agar smua selamat... my schedule yg spatutnya aku berada di pantai kerachut pd awal pg tu xdpt aku lakukan... trauma+ketakutan+keletihan membatasi segalanya.. credit to my mentor, my motivator yg banyak tolong aku bagi leteran+nasihat sepanjang berapa hari ni.. trauma tu masih ada tp macam yg my romate cakap, benda tu pun makhluk ALLAH jugak, kenapa kita harus takut? Ya Allah, kuatkanlah hamba-Mu ini dalam menempuh tiap dugaan Mu.. n my this weekend is full of tears.. why?



sometimes we need some space that not everyone can give it to us.. bak kata my motivator "za patut bersyukur sbb Allah duga za.. bererti Allah tu sayang kan za.. Dia ingat pada za sbb tu dia duga za.. at least za akan ingat dia bila dpt dugaan kesusahan, cuba bila dapat dugaan kesenangan adakah kita hambaNya ini akan ingat padaNya sama seperti bila diduga dengan kesusahan? Allah xkn sesekali menduga hambaNya lebih dr yg termampu.. jadi sabarlah sesunggunya ada reward di sebalik kejayaan menempuhi dugaan ini".. insyaAllah..



   (Wktu kiter baca "sadda" yg maksudnya benteng @ dinding. Kiter bygkan "perkara" yg ingin kita lindungi itu DIBENTENGKAN oleh BENTENG2 YG SGT HEBAT.)

 (Rasulullah s.a.w bersabda, sesiapa yg membaca doa ni 3kali wkt pg & 3 kali wkt petang, nescaya tidak dimudaratkan oleh sesuatu pun..)




Sunday, 16 October 2011

santapan jiwa..

<3 Assalamualaikum <3



assignment.. report.. study case.. research.. n bla2...
bila nak habis?? jangan mimpi.. akhirnya setelah berapa hari asyik mengadap laptop sampai juling biji mata akhirnya hari ni dapat relax.. sekejap..
ok la tu dari tak ada langsung... sebelum further utk meeting malam ni..
:'(

actually bukan ni crita benda2 tu, tapi sja nak wat penyedaran kepada diri sendiri,,
acehhh..
have an meeting with dr.Aidi, one of the lecturer kat sini.. bagi sedikit nasihat, semangat, dokongan , bla2.. (apa??? pikir sendiri)


tapi satu sesi nasihat yg dr.aidi bagi ni memang menyentuh jiwa..
topik:syukur
pernahkah kita bersyukur dengan anugerah yg ALLAH berikan pada kita?? kita dilahirkan bijak, diberikan keistimewaan tapi pernahkan even sekali sehari kita mensyukuri nikmat ini.. setiap orang dilahirkan denga kelebihan n kekurangan sama rata. semua diberikan keistimewaan walaupun dalam bentuk n cara berbeza.. tapi pernahkan kita bersyukur dengan semua ni? kita mengatakan diri sendiri tak pandai n bla2 tapi benarkah itu?

DIA menduga kita pabila DIA merasakan kita jauh dari-Nya..tatkala dia berikan kesenangan pernahkah kita ingat pada-Nya? adakah kita hanya mencari-Nya hanya tatkala kita kesusahan.. ALLAH itu maha adil n DIA akan n berhak tarik ssegala nikmat-Nya kepada kita andai kita tidak mensyukurinya..
moral of the story : muhasabah diri, adakah kita sudah terlalu jauh dari-Nya sehinggakan Dia memberikan dugaan yg maha hebat.. adakah kita mensyukuri nikmatNya or hanya merungut dia atas setiap brlaku.. ketahuila setiap aturan ALLAH di muka bumi ini sangat indah n cantik, hanya kita yang tidak tahu menghargainya.. ^^

~credit to dr.Aidiahmad Dewa~


 

Template by Web Hosting Reviews